Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, April 16, 2015

R - LANE

R - LANE
Seusai urusan di SMK Methodist (MES), Tg. Malim pada pagi ini, 17 April 2015,
penulis bergegas ke Klinik Kesihatan Tg. Malim untuk memenuhi janji temu dan mendapatkan bekalan ubat bulanan. Yang menariknya, penulis terpandang akan notis untuk makluman dan tindakan para pesakit, khususnya pesara kerajaan. R - LANE? Maksudnya, YBrs. Ketua Jabatan, Klinik Kesihatan Tg. Malim? Barangkali, Pengerusi, Lembaga Pelawat Klinik Kesihatan dapat menghulurkan bantuan dan khidmat nasihat kepada para pesakit, khususnya penulis merangkap pesara kerajaan. Bahasa Jiwa Bangsa.
Cadangan: 
"R - LANE" ditulis sebagai KAUNTER PESARA, LALUAN SEGERA atau KAUNTER EKSPRES PESARA. Terima kasih.

No comments: