Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, March 10, 2015

Watak dan Perwatakan - Kembara Amira



Analisis Novel Tingkatan 5: Kembara Amira
Penulis: Amer Hamzah B.L. Kadir
Tajuk: Watak dan perwatakan

Watak Utama

Amira Amir
-  Seorang murid sekolah swasta.
- Anak kepada Profesor Zaidah dan ayahnya seorang ahli teknologi yang sibuk.
- Rakan baiknya, Jacinta. Contohnya, mereka sering bersama sama ada di sekolah mahupun pada masa cuti sekolah.
- Gemar melakukan kerja cari gali. Contohnya, semasa cuti persekolahan, Amira sentiasa mengikut ibunya untuk menyerta aktiviti cari gali.
- Setia kepada kawan. Contohnya, Amira mengajak Jacinta menyertai ekspedisi mencari gali bahan arkeologi untuk menghiburkan Jacinta yang sedang dalam kesedihan.
- Berani. Contohnya, Amira berani mendaki gunung dengan Itai untuk menyelamatkan Malique walaupun mereka sedar bahawa mereka berhadapan dengan ancaman makhluk berbulu dan berkaki dua.
- Bijak. Contohnya, Amira dapat membuka mobile disk yang dijumpai di dalam gua walaupun memerlukan kata laluan dan mengetahui pemiliknya ialah Malique.
- Mudah mesra. Contohnya, Amira cepat menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar ibu dan juga sudah mesra dan rapat dengan Malique dalam perkenalan yang singkat.
- Tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun berjam-jam di dalam gua Gunung Gua Gajah, Amira tidak berputus asa untuk terus mencari Malique.
-Jujur. Contohnya, dia berterus-terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya di dalam sungai dan memulangkan emas itu kepada Ludin.
- Penyayang. Contohnya, Amira menjaga ibunya yang mengalami kecederaan akibat kemalangan.

Watak Sampingan
Jacinta
- Berkulit cerah.
- Berbangsa Cina.
- Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
- Anak seorang jutawan.
- Ibunya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu.
- Mudah merajuk. Contohnya, Jacinta merajuk apabila isu keluarganya diungkit.
- Tidak tahan menghadapi cabaran. Contohnya, Jacinta tidak tahan akan bau busuk daripada najis kelawar.
- Seorang sahabat yang setia. Contohnya, Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.
Itai
- Berkulit gelap.
- Berbadan tegap.
- Pemuda orang asli suku kaum Semai.
- Anak Tau yang dipelihara oleh Ludin.
- Bakal dilantik sebagai ketua suku asli.
- Bertanggungjawab. Contohnya, Itai menjaga keselamatan Amira ketika mereka meredah hutan untuk mengambil emas.
- Berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh masyarakat orang asli.

Profesor Zaidah
- Ibu kepada Amira.
- Wanita pertengahan usia.
- Seorang pensyarah arkeologi di sebuah universiti.
- Tabah. Profesor Zaidah tetap meneruskan projek mencari gali bahan arkeologi di hutan walaupun diganggu oleh orang asli, kumpulan pembalak dan pencari gali emas.
- Penyayang. Contohnya, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang telah dihanyutkan oleh arus. 
- Tegas. Contohnya, Profesor Zaidah tegas dalam memberikan arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan. Beliau meminta Amira dan Jacinta mematuhi peraturan.
- Suka membantu. Contohnya, Profesor Zaidah membantu Malique mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan projek teknologi komunisasi di kampung Orang Asli.
Tau
- Seorang yang tinggi lampai.
- berbadan tegap.
- Bapa kepada Malique dan Itai.
- Bekas suami kepada Ipah.
- Adik kepada Ludin.
- Sanggup berkorban. Contohnya, Tau sanggup menggantikan abangnya, Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat dilantik menjadi ketua kampung.
- Mengakui kesalahan. Contohnya, Tau meminta maaf kepada Pak Lias kerana menyerangnya.
- Bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.
Malique
- Remaja lelaki yang berketurunan Inggeris dan Orang Asli, suku Semai.
- Berkulit gelap dan berambut kasar.
- Anak Tau dan Ipah.
- Abang kepada Itai.
- Mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
- Tidak lupa akan asal usul. Contohnya, Malique tidak membantah apabila dia dicalonkan untuk menjadi ketua kaumnya untuk menggantikan Ludin.

Hasil kerja:
Lee Lip Wai, Tingkatan 5 Sains 1, SMJK Katholik, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: