Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, March 25, 2015

Tema dan Persoalan dalam novel KEMBARA AMIRA (T5)



TEMA dan PERSOALAN dalam novel KEMBARA AMIRA karya Amir Hamzah B.L.Kadir

TEMA
          Novel Kembara Amira bertemakan ketabahan dalam menjayakan sesuatu misi tanpa mengenal erti putus asa. Perkara ini dapat dibuktikan melalui tindakan Amira yang begitu tabah semasa berada di Gunung Mat Raya, iaitu di tempat ibunya bersama-sama pelajarnya menjalankan aktiviti mencari gali bahan bersejarah (arkeologi). Pelbagai cabaran yang dihadapi bukan sahaja ibunya sendiri, malah Jacinta, Itai dan juga pelajar-pelajar ibunya, Profesor Zaidah yang sedang bekerja di tapak kerja lapangan tersebut. Amira hampir mati lemas akibat tergelincir ke dalam sungai. Dia bernasib baik kerana telah dapat diselamatkan oleh Itai. Jacinta turut menghadapi masalah, iaitu dia jatuh pengsan dan tersesat di dalam hutan ketika hendak menjejaki Amira yang telah dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Profesor Zaidah pula mendapat kecederaan, yakni terseliuh pada tangannya apabila kereta yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan dan terbabas.

PERSOALAN
1.       Kebijaksanaan dalam mengambil tindakan pantas. Contohnya, Amira menunjukkan kebijaksanaannya dengan bertindak pantas, yakni menggerakkan usaha untuk menyelamatkan Malique.

2.       Amalan tolong-menolong dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya, Itai telah menyelamatkan Amira daripada mati lemas di dalam sungai. Tau telah menyelamatkan Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan ketika hendak menjejaki Amira. Ludin pula merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya.

3.       Keberanian dalam menempah cabaran. Contohnya, Amira, Itai dan Jacinta berani pergi ke Gunung Gua Gajah untuk menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berjumpa dan bertentang dengan makhluk berbulu yang telah mengurung Malique.

4.       Suka akan cabaran. Sebagai contoh, Amira suka bersama-sama ibunya ke tapak kajian arkeologi kerana suka akan cabaran.

Hasil dapatan:
Chai Wuang Xing, Tingkatan 5 Sains 1, SMJK Katholik, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: