Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, March 4, 2015

Sajak - ZA'BA



Belasungkawa:
TAN SRI (DR.) ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD - ZA'BA

16 September 1895
lahir seorang putera bahasa
lahir seorang wira susastera
nusa bangsa yang tercinta
di Kampung Bukit Kerdas,  Batu Kikir, Jempol
Negeri Sembilan Darul Khusus
- Zainal Abidin bin Ahmad, Za'ba

Za'ba
buah fikiran diterjemah
dalam ratusan makalah
setiap buku menelusuri
pemikiran
ekonomi
budaya
dan sahsiah orang Melayu

ahli bahasa
cendekiawan Melayu
membangunkan bahasa
membangunkan bangsa
membangunkan negara

Za'ba
anak bangsawan
khatam al-Quran
hafal Surah Yasin
bersekolah Melayu
berpengajian Arab - Islam
anak pertama Melayu
menamatkan Senior Cambridge
pernah menjadi guru
di Johor Bahru
pemakalah "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling", Utusan Melayu
pelopor tatabahasa Arab - Inggeris dalam Bahasa Melayu
ketika berbakti
di Kolej Latihan Sultan Idris
Tanjong Malim

1932
terbitnya rencana agama, Umbi Kemajuan
dilantik sebagai Penasihat Umum
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya, 1937
Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor, 1945
AJK Penggubal Rang Piagam UMNO
pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London, 1947
sebelum bersara
ketika usia menjengah
lima dekad setengah

Za'ba
pensyarah senior
Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya Singapura, 1953
bersama-sama Ungku Aziz
mengaturkan pembentukan
Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
pendeta bahasa Melayu terulung
penerima anugerah
Pingat Mangku Negara, Tan Sri (1962)
Ijazah Doktor Kehormat Persuratan UKM, Doktor (1973)

Za'ba
peneroka tatabahasa Melayu
perancang kurikulum sekolah
penterjemah
pensyarah
penulis
tokoh bahasa dan susastera
nusa bangsa

kembalilah
anak watan ke rahmatullah
23 Oktober 1973
belasungkawa, Za'ba
ilmuwan
pendeta bahasa
nusa bangsa!

CHAI LOON GUAN,
UPSI, Tg. Malim.

No comments: