Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, March 10, 2015

Sajak Belasungkawa - TENAS EFFENDY

TENGKU NASYARUDDIN EFFENDY - TENAS EFFENDY
(9 November 1936 - 28 Februari 2015)

9 November 1936
Kuala Panduk
Pelalawan, Hindia Belanda
menjadi saksi keputeraan
Tengku Nasyaruddin Effendy

Tenas Effendy
insan mulia berbudi bahasa
sasterawan budayawan
Riau
makalah demi makalah
lokakarya
diskusi
seminar
banyak menceritakan Melayu
dan kemelayuan
Nusantara hingga Madagaskar

Tenas Effendy
bitara menelusuri alam filsuf
dan weltanchauung Melayu
kental adab budaya
adat istiadat istana
pantun demi pantun
syair demi syair
gurindam
pepatah-petitih
khazanah Melayu
dan kemelayuannya
ditelaah ditelusuri
Yayasan Tenas Effendy
nadi peneliti
menghimpunkan khazanah
bahasa, budaya dan susastera Melayu
di Nusantara
di Belanda
di persada antarabangsa

"Adat hidup orang Melayu,
Duduk bertanya tegak berguru.

Adat hidup Melayu jati,
Tahu memelihara harga diri.

Kerja yang baik jadi ikutan,
Budi yang baik jadi ingatan."

belasungkawa Tenas Effendy
tokoh adat yang karismatik
cendekia bitara
susastera budaya
di alam Melayu

selamat pulang ke rumah Tuhan
jasa baktimu senantiasa mewangi
di taman insan
di taman kemanusiaan

Chai Loon Guan,
UPSI Tg. Malim.

No comments: