Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, March 13, 2015

Menjelang TBC 2015



Menjelang Tahun Baharu Cina

          Matahari yang bersinar keluar dari pertapaan di balik gunung. Ketika itulah, kami sekeluarga bangun awal pagi untuk membersihkan diri sebelum membuat persediaan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina. Tahun ini, tahun berzodiakkan kambing. Oleh sebab cuti panjang,  maka ayah bercadang untuk membawa kami, seisi keluarga berdarmawisata dan membeli-belah di Cameron Highlands sebagai persediaan Tahun Baharu Cina 2015.

           Selepas sarapan, kami sekeluarga pun bertolak ke Cameron Highlands dengan menaiki kereta baharu ayah, Vios yang kehitam-hitaman warnanya. Ibu saya turut menyediakan makanan ringan. Dalam perjalanan, saya dan adik saya dapat menikmati pemandangan yang indah. Landskap yang yang berbukit-bukau amat mengagumkan kami. Ayah pula memandu kereta dengan berhati-hati kerana bentuk muka bumi dan jalan ke Cameron Highlands bengkang-bengkok seperti ular kena palu.

          Perjalanan memakan waktu selama satu jam setengah. Akhirnya, kami selamat sampai di Cameron Highlands. Udara di tanah tinggi itu sangat nyaman dan sejuk. Seterusnya, kami pun pergi ke kebun sayur yang terkenal di Cameron Highlands. Di sana, kami telah membeli beberapa banyak sayur yang segar. Selain itu, kami juga membeli bungkusan coklat dan buah strawberi untuk dijadikan ramuan manis-manisan kami pada malam ini.

          Selepas bersiar-siar seketika dan bergambar kenangan, kami pun bertolak balik ke rumah. Kami selamat sampai di rumah pada pukul 6 petang. Sebaik tiba di rumah, saya dan adik saya mengambil peluang keemasan untuk bermain mercun dan bunga api yang dibeli oleh ayah beberapa hari yang lalu. Kami berasa gembira kerana dapat memeriahkan sambutan malam Tahun Baharu Cina.

          Menjelang malam, kami sekeluarga duduk menjamu selera. Masyarakat Cina menggelarkan jamuan tersebut sebagai "Makan Besar Malam TBC". Pelbagai lauk, seperti sayur, ikan dan ayam telah dimasak dan disediakan oleh ibu. Ibu turut dibantu oleh kedua-dua orang kakak saya yang pulang dari perantauan. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menyambut ketibaan malam Tahun Baharu Cina bersama-sama keluarga yang tersayang. Gong Xi Fa Cai.

Disediakan oleh:
Chin Zi Quan,  Tingkatan 1 Hijau, SMJK Katholik, Tg. Malim.

No comments: