Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, March 18, 2015

DIARI 2015

18 MAC 2015, Rabu:
Antara item "serah tugas" ketika insan kerdil ini menelusuri dunia persaraan pilihan pada 1 MAC 2015 (setelah berkhidmat selama 32 tahun 09 bulan di buana perguruan dan keguruan) ialah Diari Pendidik Bestari JPN 2015 (walaupun pada awal tahun, diari tersebut dianggap sebagai cenderamata sekolah kepada setiap guru). Beberapa halaman yang telah saya catatkan butir peribadi bersertakan notelun catatan, puisi dan minit curai terpaksa saya "koyak dan lupuskan serta-merta" sebelum diserahkan kepada pihak pentadbir semula (kononnya diari terpakai tersebut akan diberikan kepada guru ganti). Barangkali, diari tersebut bukan rezeki saya. Dan, hari ini bersamaan 18 MAC 2015, pihak pengurusan MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM telah bermurah hati menghadiahi saya (sebagai MMS) senaskhah Buku Harian Rasmi MDTM 2015, bak kata peribahasa Melayu, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Terima kasih YDP MDTM!

No comments: