Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, February 28, 2015

Sajak - AKU SEORANG GURU

AKU SEORANG GURU
(Barangkali bermulalah kerjaya aku dengan kata gelar, Yang Berusaha...)

1978 - Aku seorang Guru Sementara (GS) di SMJK Katholik (Persendirian) Tg. Malim.
1980 - Aku seorang Guru Pelatih Maktab (GPM) di MPIK, Kuala Lumpur.
1982 - Aku seorang Guru Sandaran Terlatih (GST) di SM Dato Bendahara CM Yusuf, Tg. Tualang.
1983 - Aku seorang Guru Penolong (GP) di SM Dato Bendahara CM Yusuf, Tg. Tualang.
1992 - Aku seorang Guru Muda (GM) di SMK Sungkai, Sungkai.
1998 - Aku seorang Guru Siswazah (GS) di SMK Slim, Slim River.
2002 - Aku seorang Guru Dewasa (GD) di SMK Methodist, Tg. Malim.
2004 - Aku seorang Guru Munsyi Dewan (GMD) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2008 - Aku seorang Guru Panitia (GP) di SMK Methodist, Tg. Malim.
2008 - Aku seorang Guru Cemerlang (GC) di SMK Methodist, Tg. Malim.
2013 - Aku seorang Guru Penolong (GP) di SMK Methodist, Tg. Malim.
2014 - Aku seorang Guru Tua (GT) di SMK Methodist, Tg. Malim.
2015 - Aku seorang Guru Pencen (GP) di No.12, Taman Intan Setia, Jalan Ketoyong, Tg. Malim.


(Barangkali berakhirlah kerjaya aku dengan kata gelar, Yang Bersara...)
YB ENCIK CHAI LOON GUAN,
Tanjong Malim.
1 MAC 2015

No comments: