Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, February 17, 2015

GONG XI FA CAI


GONG XI FA CAI
(...bersempena dengan zodiak kambing)

kuaci
limau mandarin
mercun
nian gao
kuih kapit
bunga api
angpau
mengalu-alukan ketibaan
Tahun Baharu
ah, kenangan indah
mengusik kalbu
kisah muhibah
Ah Seng, Ali dan Mutu
biarpun sudah dipanjat usia
kembali bermukim nostalgia
musim perayaan
di buana kehidupan

2015
datang lagi
tahun baharu
tekad baharu
azam dalam iltizam
setahun lagi kehidupan
setingkat lagi kemajuan

mari, marilah kita
rapatkan barisan
eratkan persahabatan
tingkatkan perpaduan
perkasakan kemanusiaan
bersatu kita
membina kesejahteraan
bersatu kita
membina kemakmuran
bersatu kita
membina kecemerlangan
bersatu kita
membina kebahagiaan
berpelangikan kesetiakawanan
berpaksikan kesepakatan
silaturahim
nusa bangsa Malaysia!
gong xi fa cai

Chai Loon Guan,
Tg. Malim.
(Mingguan Malaysia - 22 Februari 2015)

No comments: