Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, August 30, 2014

Wirawan dan Aku

Wirawan dan Aku dalam Bicara Tokoh di Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak 
pada 30 Ogos 2014. 
MERDEKA!

Bual Bicara Kemerdekaan 2014

Selesai tugas penulis sebagai moderator Program Bicara Tokoh bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-57 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak pada hari ini, Sabtu, bersamaan 30 Ogos 2014. Panel jemputan ialah Leftenan Kolonel (B) Dr. Syed Othman bin Syed Omar dan Mejar TUDM (B) Nor Ibrahim bin Sulaiman.

Thursday, August 28, 2014

Hakim Nilam BM SM 2014

Selesai sudah tugas sebagai hakim Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Batang Padang 2014 Kategori BM Sekolah Menengah di Pusat Sumber, SJK(T) Tapah. Terima kasih kepada PKG Tg. Malim, Slim River, Sungkai, Bidor, Temoh dan Tapah. Salam NILAM.

Wednesday, August 27, 2014

Nilam BP 2014

Hakim Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Batang Padang 2014 Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah pada 27 Ogos 2014 di SRJK(T) Tapah, Perak Darul Ridzuan.

Monday, August 25, 2014

Tahniah!

Tahniah, LPS, PIBG dan Alumni SMJK Katholik, Tg. Malim!

Sunday, August 24, 2014

Sajak - Kembali Akhirnya, Sahabatku MH17



Kembali Akhirnya, Sahabatku MH17
(22 Ogos 2014 - Hari Berkabung Malaysia)

17 Julai 2014
sejak kauhilang di perbatasan
merah, Ukraine
daerah perebutan kuasa
buana siasah antarabangsa
kembali akhirnya, sahabatku
MH17

kepulanganmu
disambut pilu air mata
nusa bangsa Malaysia
yang cinta akan kemanusiaan
yang insaf akan kehidupan
ketika buana sarwajagat
menduka pilu
bertafakur menyambut kepulanganmu

sebenarnya
pemergianmu
diratapi
kepulanganmu
ditangisi
yang pasti tragedi ngeri
tertera di peta sejarah
kehidupan
tertulis di buana puisi
kemanusiaan

kembali akhirnya, sahabatku
MH17
ke bumi ibunda
di sinilah terakam
sejuta nostalgia
bersama keluarga tercinta
daripada tanah
kaudatang
kepada tanah
kaukembali
pasrah dan bersemadi
di tanah pertiwi
selamat pulang, sahabatku 
MH17
pulangmu
ke rumah Tuhan!

Chai Loon Guan,
Tg. Malim.

Cahaya dan Kebenaran


Tuesday, August 19, 2014

Puisi dan Lagu I

Pertandingan Puisi dan Lagu SM Negeri Perak Darul Ridzuan 2014 akan berlangsung di Dewan Besar, SMK Methodist, ACS, Sitiawan, Manjung, Perak Darul Ridzuan pada 23 Ogos 2014, Sabtu. MES Tg. Malim Boleh!

Monday, August 18, 2014

Peka Bahasa


Hakim Pemilihan Tokoh Nilam 2014

Hakim Pemilihan Tokoh Nilam (Kategori BM SR dan SM) Peringkat PKG Tg. Malim - Slim River - Sungkai di Pusat Kegiatan Guru, Slim River pada 18 - 19 Ogos 2014.

Saturday, August 16, 2014

Sajak - Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Malaysia...
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

membiru
laut akuatikmu
Selat Melaka - Nusantara
ada cinta
yang membenih bahagia
menghijau
landskap rimbamu
Titiwangsa - Kinabalu
tanah pusaka ibunda
ada fauna
ada flora
yang bernafas aman
di kebun hidup insan
membangun
kota tamadunmu
Kuala Lumpur - Kuching - Putrajaya - Kota Kinabalu
dipayungi transformasi
sains dan teknologi
bersendikan
ilmu dan ketakwaan
melahirkan
modal insan cemerlang
membangun
maju watan gemilang
di persada antarabangsa

dalam citra warna
warna-warni bangsa
warna-warni budaya
warna-warni agama
warna-warni bahasa
kita kibarkan panji-panji nusa
kita bangunkan anak-anak bangsa
kita semarakkan sumpah setia
demi nusa bangsa muhibah
demi nusa bangsa beramanah
demi nusa bangsa bermaruah
di landskap globalisasi

Malaysia
di sini lahirnya sebuah cinta
cinta bangsa kepada negara
yang merdeka
berdaulat
cinta bangsa kepada nusa
yang merdeka
bermartabat
cinta bangsa kepada tanah air
yang merdeka
bermuafakat
sentosa aman
di rumah perpaduan
zaman-berzaman
dirgahayu, Malaysiaku!

Chai Loon Guan,
Tg. Malim.
©Hak Cipta Terpelihara

Friday, August 15, 2014

AJK 2014

AJK Rumah Biru dan Persatuan Penulisan Kreatif 2014, SMK Methodist, Tg. Malim.


Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014


Satu MES, Satu Malaysia!

MERDEKA RAYA - 15 OGOS 2014

Cerpen "Mencari Nafas Baharu" dan "Segala yang Tercinta Ada di Sana"



CERPEN:
Mencari Nafas Baharu
(Ayusari MJ)

Sinopsis
                 Cerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan  Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya, Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya. Dia mendapati  Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang daripadanya. Peristiwa sedih itu menyebabkan Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat  kelahirannya.

Tema
Cerpen ini bertemakan pengorbanan seorang guru.
          Ana sanggup mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Pahang. Dia bersama-sama guru di situ berusaha keras menaikkan prestasi sekolah. Dia juga berhasrat untuk mendermakan sumsum tulang kepada muridnya, Milah yang menghidap leukemia. Malangnya, Milah meninggal dunia  sebelum sempat menerima sumsum tulang  Ana.

Persoalan
      i.        Kegigihan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah.
Contoh: Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat bekerja keras menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.
     ii.        Pengorbanan guru terhadap murid.
Contoh: Ana sanggup berkorban dengan mendermakan sumsum tulang kepada Milah.
     iii.        Kasih sayang guru terhadap murid.
Contoh:  Ana menyayangi Milah seperti adik sendiri.
   iv.        Suka duka guru yang mengajar di pedalaman.
Contoh: Ana gembira mengajar di pedalaman Pahang namun dia amat sedih apabila anak murid kesayangannya meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulangnya.

    v.        Kepentingan perubatan moden.
Contoh: Ana membawa Milah ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dia tidak sembuh dengan cara perubatan tradisional.

Latihan I:
Nyatakan Pola Ayat Dasar dalam cerpen "Mencari Nafas Baharu":

Bil.
Ayat
Pola Ayat Dasar
01.
Ana merenung jauh.

02.
Minah anak sulung.

03.
Perbualan mereka semakin rancak.

04.
Ajal maut di tangan Tuhan.

05.
Ana mengangkat tangan memohon restu Illahi.


CERPEN:
Segala yang Tercinta Ada di Sana
(Zainal Rashid Ahmad)

Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung.  Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal.  Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka.  Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong.  Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberikan kesan kepada penulis dan rakan-rakan.

Tema
Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung.  Masyarakat kampung bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi mereka.  Guru mengaji dan imam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang masalah dalam kehidupan harian. 


Persoalan

  1. Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.
Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. 
  1. Pendidikan agama dalam masyarakat.
Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat
  1. Ketaatan kepada guru.
Contoh: Masyarakat kampung tradisional, terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan imam kampung.
  1. Kemiskinan masyarakat di kampung
Contoh: Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin.  Penulis dan rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan kelaparan.

Latihan II:
Cari makna kosa kata dalam cerpen "Segala yang Tercinta Ada di Sana":

Bil.
Kosa Kata
Makna
01.
Meramukan

02.
Melimpah

03.
Serapah

04.
Memustajabkan

05.
Terkehel

06.
Melecet

07.
Semalaman

08.
Gusar

09.
Khatam

10.
Bertawakal

11.
Terjungkit

12.
Sejengkal

13.
Daif

14
Jenazah

15.
Terjengul



·         Cikgu Chai Loon Guan, PPP DG 48 - Munsyi Dewan (Bahasa), SMK Methodist, Tg. Malim.