Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, May 31, 2014

Sajak - Ceritera Seorang Bapa



CERITERA SEORANG BAPA

Pernah bermadah pujangga
bapa
ketua keluarga
umarak bangsa
kasih bapa persis nur mulia
menerangi kegelapan dunia
menyinari kesuraman jiwa
biarpun sejarah pernah menotelunkan
kisah seorang bapa ditinggalkan sepi di rumah kebajikan
atau pun di kaki-kaki lima jalanan
kendatipun pernah ia membesarkan anak-anak
bersama-sama ibu penyayang
di teratak usang bernama rumah
rumah kedaifan rumah kecekalan
 rumah ketabahan rumah ketakwaan
di desa pedalaman

bagaikan menatang minyak yang penuh
dicarikan anak-anak rezeki
tanpa mengira siang atau malam
kenyang kasih sayang
dipakaikan anak-anak busana impian
biarpun murah
janji menutup aurat
insan yang beriman
di rumah pedalaman

kini, dewasalah anak-anak
penuh ilmu mahir di dada
berjawatan tinggi
bergaji lumayan
berbanglo indah
bermobil mewah
bersuami elit
bersuri artis
harta melimpah ruah
di kota metropolitan
malangnya, si anak bertuah
di dunia alpa
berpijak di daratan lupa
gagal mencarikan bapa ruang teduh
buat penganyam kasih
gagal menumpangkan bapa kamar kehidupan
buat pengubat rindu
tatkala usia kian dipanjat uzur
menunggu ia dalam pasrah
sebelum kembali ke rumah Pencipta

benarlah kata pujangga
tangan perkasa bapa
tonggak harapan keluarga warisan
bisa membesarkan umarak yang mampu menggegar dunia
barangkali belum pasti sebenarnya
anak-anak cemerlang di persada gemilang
bisa menjaga seorang bapa yang papa
bisa menjaga seorang bapa yang tua
nyanyuk dan pelupa pula
di pinggir jalanan sebuah kota!


Chai Loon Guan,
Jabatan Bahasa Melayu,
SMK Methodist, Tg. Malim.

Friday, May 30, 2014

Sajak - KINJANG II

KINJANG II

warnamu
hijau dalam sejuta
hijau
nafasmu
kudus sekudus
kabus
menyelimuti pergunungan
banjaran Titiwangsa

alammu
aman tenteram
dibeningkan oleh melodi Kitaro
bukan fatamorgana
tetap menginsafkan insan
tentang keagungan Tuhan

makhlukmu
hidup harmoni
bebas tanpa asap polusi
cemar noda pembangunan rakus
sang algojo buas
dunia kebendaan

lata kinjang
ilham kepada insan
mententeramkan kehirukpikukan
dunia manusia skizofrenia
ilham kepada penyair
mendambakan bahasa alammu
di buana puisi

lata kinjang
keindahanmu
menggamit kedatanganku
sambil bertanyakan khabar
anak-anak Titiwangsa
dapat kupetik bait-bait aksara alammu
dapat kutelusuri laras rahsia sejarahmu,
menghiasi notelun puisi kinjangku!

Chai Loon Guan,
Taman Berop Idaman,
Tg. Malim.


Biodata
CHAI LOON GUAN
chaimestm@yahoo.com / chaimestm.blogspot.com

            Chai Loon Guan atau nama pena beliau, Adichonan telah dilahirkan pada 9 Februari 1960 di Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Beliau mula mendapat pendidikan awal di SRJK Methodist, Tg.Malim dan SMJK Methodist, Tg. Malim sebelum melanjutkan pelajaran perguruan di MPIK, MPRM - IAB, Institut Bahasa dan Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya.

            Beliau memulakan kerjaya perguruan sebagai Guru Penolong, Ketua Panitia BM, Guru Cemerlang dan Munsyi Dewan (Bahasa) pada tahun 1982 sehingga kini (2014). Sebenarnya, beliau amat meminati bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu tanah air. Antara genre yang ditekuni ialah sajak, cerpen, dan makalah berbahasa Melayu.

            Chai Loon Guan banyak menyumbangkan karya penulisan dalam majalah Dewan Sastera, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Mingguan Malaysia dan Berita Harian. Beliau pernah memenangi  Hadiah Puisi MAYC Perak, Hadiah Sajak Hari Guru Perak, Hadiah Sastera Utusan – Public Bank, Hadiah Sastera DBP – Maybank, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008 - 2009.

            Beliau juga pernah dianugerahi beberapa anugerah yang berprestij tanah air. Antara lain Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2002 dan 2009), Munsyi Dewan DBP (2004), Guru Cemerlang Bahasa Melayu (2008), Anugerah Khas Hari Guru Daerah Batang Padang (2009) dan Anugerah Pingat Penghormatan Guru Negeri Perak 2013. Antara antologi perseorangan beliau yang pernah diterbitkan ialah "Di Padang Kehidupan" (Sajak) – DBP 2008 dan "Di  Perantauan Impian" (Cerpen) – DBP 2009.

Selamat Hari Kaamatan / Hari Gawai

Selamat Hari Kaamatan dan Hari Gawai!

Mural Kafe Wheeler

Lukisan mural - Sang Beruang di dinding Kafe Wheeler, 67, Love Lane, 10200 Georgetown, Pulau Pinang. Hayati seni bersama-sama secawan dua kopi!
(Pelukis: Chai Wuang Shen, IPGM Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim)

Thursday, May 29, 2014

Daulat Tuanku!


Kesantunan Berbahasa

Renungan Dinihari - 30 Mei 2014
(...muhasabah diri di buana ilmu, pendidikan dan perguruan)

Tuesday, May 27, 2014

Hari Guru MES Tg. Malim

HARI GURU MES TG.MALIM
16 Mei 2014
Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
27 Mei 2014
Tema: Kembali ke Sekolah

Monday, May 26, 2014

SYABAS!

Syabas, pasukan badminton Malaysia biarpun kita tewas kepada pasukan Jepun (2 - 3) dalam Kejohanan Piala Thomas di New Delhi, India pada 25 Mei 2014. Tewas kita, tewas yang bermaruah!


Sunday, May 25, 2014

Piala Thomas 2014

Kita perlu belajar menerima hakikat dan kenyataan selepas berusaha gigih dan sungguh-sungguh. Adat permainan, ada kalah dan ada menangnya. Adat kehidupan, ada suka dan ada dukanya. Kita kalah secara bermaruah, berjuang bermati-matian hingga mata yang terakhir sebelum kita tewas kepada pasukan Jepun (3 - 2) di gelanggang badminton Piala Thomas, New Delhi, India pada 25 Mei 2014. Syabas, atas semangat berpasukan dan kesukanan para wirawan badminton Malaysia! Sayonara dan selamat malam, Malaysia.

AJK MESA Tg. Malim 2014 - 2015



AJK INDUK
PERSATUAN ALUMNI SMK METHODIST,  TANJONG MALIM
2014 - 2015

Jawatan
Nama
Presiden
Encik Abdullah Kamal Shafii
Timbalan Presiden
Encik David Kok Yong Keng
Setiausaha
Encik Nor Azlan b. Zainuddin
Penolong Setiausaha
Puan Khairiyah bt. Harun
Bendahari
Encik Miow Malek Ab Malek b. Miow Yahya
AJK
Encik Azizudin b. Zainuddin

Encik Hasnul Adi b. Hamdan

Dr. Nishan Rao

Pn. Suhaida Borhan
Pn. Christine Lee Thye Thai

En. Kamachee a/l Raju Pather
Juruadit Dalam
En. Mohamed Shahibi b. Mohd Sharif
Penolong Juruaudit Dalam
Dr. Kumaresan

Kosa Kata BM

Kosa kata BM:
a. *di atas (x) - atas (/)
b. *memperolehi (x) - memperoleh (/)
Bahasa Jiwa Bangsa.

MESA II

Penulis dan para Alumni MES Tg. Malim bergebang seketika di luar dewan sebelum bermulanya MAT Ke-3, Alumni MES Tg. Malim pada pukul 11.00 pagi bersamaan 25 Mei 2014 (Ahad). Lux Et Veritas.