Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, February 28, 2014

MATEMATIK

Aksara Kata:
Ilmu Matematik amat penting sekali dalam kehidupan manusia, lebih-lebih lagi dalam dunia kerjaya guru, perguruan dan keguruan. Terima kasih. Bahasa Jiwa Bangsa.

GERKO BK 2014


Latihan Bola Keranjang 16TKB (Lelaki dan Perempuan) di gelanggang BK SMK Methodist, Tg. Malim pada awal pagi 1 Mac 2014 (Sabtu, yakni memikul tanggungjawab dan menelusuri amanah buana seorang guru tua). Kedua-dua pasukan dilatih oleh En. Soon Boon Wha.


NILAM


Aktiviti NILAM murid-murid Tingkatan 3, SMK Methodist, Tg. Malim pada setiap waktu pertama hari Selasa saban minggu. Nadi Ilmu Amalan Membaca - NILAM. Bangsa membaca, bangsa berjaya.



Thursday, February 27, 2014

Majlis Manaqib Dr.Hj.SHM

Gambar kenangan bersama dengan panel Majlis Manaqib 
Dr. Hj. Suhaimi Hj. Muhammad (r.h) 
di JKKN, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 22 Februari 2014.

Stesen Kereta Api Tanjong Malim


AKU

Wajah seorang AKU - Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Murid, 
SMK Methodist, Tg. Malim 2014. 

Betulkan Kesalahan Ejaan BM



Latihan Ejaan - Koleksi Lembar Bahasa I (DBP)
Salah
Betul
Analisa

Atlit

Aturcara

Bistari

Calun

Cendikiawan

Cop

Dailog

Definasi

Deraf

Ehsan

Ekslusif

Ekspot

Emel

Engkar

Fax

Gembeleng

Ibubapa

Iktizam

Injin

Insuran

Istirehat

Jawatan kuasa

Juwita

Lanskap

Lebel

Mee

Masaalah

Mekanisma

Keunikkan

Komersil

Komplek

Kontingen

Minima

Otomobil

Pelancung

Perabut

Pertunjukkan

Pesaraan

Prosidur

Perihatin

Suratkhabar

Sayugia

Stesyen

Urusetia

Ugama

Warong

talipon


Drama T5 - Tiang Cengal Dinding Sayung



SINOPSIS DRAMA T5
TIANG CENGAL DINDING SAYUNG oleh Suriani Mohd Yusof.

            Pak Man berkunjung ke rumah Sani dengan membawa ikan yang ditangkapnya. Mereka berbual-bual tentang ibu angkat Sani, Jimah yang enggan pulang ke rumah kerana menunggu suaminya, Pak Jumaat yang hilang di laut sebagai akibat bencana tsunami. Shahrul pula meminta Sani memberitahu emaknya tentang hasratnya yang mahu pulang ke Kuala Lumpur kerana cutinya telah habis.

            Setibanya Sabariah dari London, dia mempersoalkan tindakan abangnya, Sabri yang membiarkan ibunya menunggu kepulangan bapa mereka di tepi pantai. Sabariah pula menyalahkan bapanya yang masih mahu ke laut biarpun menerima duit belanja daripada anak-anak. Sabariah turut menegur Shahrul apabila mengetahui adiknya itu mahu kembali ke Kuala Lumpur sedangkan bapa mereka masih belum ditemui. Sementara itu, Mak Jah menasihati Shahrul agar mengenang jasa ibu bapanya dan meletakkan mereka di tempat yang tinggi.
           
            Sabariah mendesak emaknya yang masih setia menunggu kepulangan bapanya agar pulang ke rumah kerana beranggapan mayat bapanya sudah hancur di laut. Sabariah juga mengungkit tentang wang 100 paun yang diberikan kepada bapanya setiap bulan. Sabariah mempersoalkan tindakan bapanya yang masih ke laut dan tindakannya itu memalukan anak-anaknya. Jimah berasa sangat sedih dengan kata-kata Sabariah. Dia telah mengeluarkan buku-buku tersebutg kepada mereka. Jima memberitahu Sani bahawa dia dan suaminya tidak pernah menggunakan wang pemberian anak-anak mereka.

            Sani menyerahkan buku akaun yang diberikan oleh ibunya kepada abang dan kakaknya. Sabariah, Sabri, dan Shahrul terkejut apabila mendapat tahu bahawa orang tua mereka tidak pernah menggunakan wang pemberian mereka selama ini. Pak Man yang singgah ke rumah Jimah menasihati Sabariah, Shahrul, Sabri dan Salmah agar menghargai pengorbanan ibu bapa mereka dan menghormati mereka.

            Dalam pada itu, Man Bengap memberitahu bahawa Pak Jumaat telah ditemui selamat dan kini berada di Balai Polis Kuala. Jimah seterusnya meluahkan ketidakpuasan hati dan perasaan sedihnya berhubung dengan sikap anak-anaknya yang lebih mementingkan kerjaya masing-masing dan wang ringgit berbanding dengan dirinya dan suaminya. Sabariah, Shahrul, dan Salmah menyedari kesilapan masing-masing lalu memohon ampun daripada Jimah. Setelah dirayu, akhirnya Jimah memaafkan kesilapan dan kealpaan anak-anaknya. Jimah dan anak-anaknya bergerak ke balai polis untuk menjemput Pak Jumaat.

Tema:
Pengabaian kasih sayang dan perhatian anak-anak terhadap ibu bapa sebagai akibat kesibukan masing-masing dalam urusan kerjaya dan sikap mereka yang lebih mementingkan wang ringgit.

Persoalan:
Kesetiaan seorang isteri terhadap suami. Contohnya, Jimah sanggup menunggu di tepi pantai sehingga empat hari kepulangan Pak Jumaat yang hilang di laut sebagai akibat ombak tsunami.
Kesibukan anak-anak dalam kerjaya sehingga mengabaikan perhatian terhadap ibu bapa.Contohnya, Salmah hanya pulang ke kampung selepas empat hari bapanya hilang di laut kerana sibuk dengan urusan perniagaannya.
Jasa ibu bapa tiada ternilai harganya. Contohnya, Pak Jumaat bertungkus lumus bekerja sebagai nelayan untuk menyara dan membesarkan anak-anaknya sehingga mereka berjaya menjawat jawatan yang baik
Kasih sayang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit.
Ketentuan qadak dan qadar Tuhan.
Keceluparan mulut anak-anak yang mengguris perasaan ibu.


·          Chai Loon Guan, Munsyi Dewan (Bahasa), SMK Methodist, Tg. Malim.
·          Kupasan dan Kajian KOMSAS T5, Sasbadi Sdn. Bhd., Petaling Jaya.