Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, December 17, 2014

ZIARAH BAHASA DBP - MPS 2014


LAPORAN
Program Ziarah Bahasa di Majlis Perbandaran Sepang (MDS) bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan 2014.
Tarikh:
09 - 10 Disember 2014
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:
Cyber Valley, Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi, 101 City Mall, Putrajaya (9 Disember 2014), Bagan Lalang, Sungai Pelek dan sekitar Hotel Tune DPulze Cyberjaya (10 Disember 2014).
Penganjur:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Selangor Darul Ehsan.
Aktiviti:
Pemantauan papan-papan tanda premis perniagaan di sekitar Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Selangor Darul Ehsan.

Peta MPS I:
Mukim Dengkil, Mukim Labu dan Mukim Sepang

Peta MPS II - Lokasi Majlis Perbandaran Sepang

 











 

Logo Korporat MPS
Sistem Pengangkutan di MPS

09 DISEMBER 2014 (Selasa)

          Puan Zuraini bt. Abu Bakar (Pegawai Bahasa DBP), Encik Mohamad bin Musip (Munsyi Dewan Bahasa) dan Encik Chai Loon Guan (Munsyi Dewan Bahasa) diiringi oleh YBrs. Tn. Hairol Azman bin Hj. Razali (Timbalan Pengarah Penguat kuasa, Majlis Perbandaran Sepang) telah membuat kunjungan hormat ke pejabat YDP Majlis Perbandaran Sepang, Selangor Darul Ehsan, dan berkesempatan untuk beramah mesra dengan YBhg. Tuan Hj. Mohd Sayuthi bin Bakar, SMS, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Selangor Darul Ehsan.
Pn. Zuraini Abu Bakar (DBP), Tn. Hairol Azman (tengah) dan YBhg. Tn. Mohd Sayuthi bin Bakar, SMS, YDP MPS.
Encik Mohamad Musip (Munsyi Dewan) dan Encik Chai Loon Guan (Munsyi Dewan)
















Cenderamata dan sijil penghargaan DBP untuk YDP MPS

          Ziarah Bahasa bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan Negeri Selangor Darul Ehsan 2014, turut disertai oleh Pn. Khalillah Sulaiman (Penolong Pengarah Kesihatan Persekitaran, Bahagian Pelesenan), Pn. Habibah Habi bt. Mat Dian (Penolong Penguat kuasa), Tn. Mohammad Rafiz bin Mindar (Pembantu Tadbir), diiringi barisan penguat kuasa MPS mengikut zon-zon dalam Majlis Perbandaran Sepang. Antara premis yang telah diziarahi, termasuklah premis di Cyber Valley, Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi dan 101 City Mall, Putrajaya. 
Panel Ziarah Bahasa DBP - MPS pada 9 Disember 2014
 
Papan tanda premis perniagaan yang perlu diperbetul dan ditambah baik:

PUSAT TERAPI, KECANTIKAN & KESIHATAN
HOTEL COOP
Putrajaya & Cyberjaya

KEDAI MOTOSIKAL YU LIANG
MEMBAIKI & MENJUAL MOTOSIKAL
PASAR MINI
KEDAI SOON KIAT
MENJUAL ALAT TULIS SEKOLAH DAN FOTOSTAT

PASAR RAYA ZM
RESTORAN DAH DATY
TOM YAM & MAKANAN LAUT
AGENSI SRI SALAK
WAKIL INSURANS AM
PUSAT FOTOSTAT MAA SENG
KAFE SIBER SIHAT
STOR KONSEP PADINI
SATE
KEBAB KYROS
KAUNTER TIKET ICESCAPE

Papan tanda premis perniagaan yang perlu dicontohi:


HOTEL TUNE DPulze Cyberjaya
















Pn. Zuraini Abu Bakar bergambar kenangan dengan Munsyi Dewan (Bahasa)

10 DISEMBER 2014 (Rabu)

          Program Ziarah Bahasa diteruskan pada hari kedua, iaitu 10 Disember 2014 bersamaan Rabu, merangkumi premis-premis perniagaan di sekitar Bagan Lalang, Sungai Pelek, Cyber Valley dan sekitar Hotel Tune, DPulze Cyberjaya.

Panel Ziarah Bahasa DBP - MPS  pada 10 Disember 2014

Papan tanda premis perniagaan yang perlu diperbetul dan ditambah baik:













HOTEL TUNE DPulze Cyberjaya
KEDAI BARANGAN ELEKTRIK JIN CHEW
















KEDAI FESYEN ELLA
SJK (C) WAH LIAN, SG. PELEK
FARMASI SOFTCARE
PUSAT SERVIS DAN AKSESORI PENYAMAN UDARA KERETA LIONG
KEDAI KOSTUM & BARANGAN KEMAS YIN SIN

Papan tanda premis perniagaan yang perlu dicontohi:



 































MAKAN TENGAH HARI
Panel Ziarah Bahasa DBP - MPS

Analisis Ziarah Bahasa DBP - Majlis Perbandaran Sepang (MPS) 2014

          Hasil daripada program Ziarah Bahasa DBP dengan kerjasama MPS di premis-premis perniagaan di sekitar Majlis Perbandaran Sepang (Mukim Dengkil, Mukim Labu dan Mukim Sepang), pihak kami amat berpuas hati dengan penggunaan bahasa kebangsaan di premis-premis perniagaan tempatan, yakni hampir 85% premis perniagaan di MPS menggunakan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) yang betul dan persis pada papan-papan tanda premis masing-masing. Yang jelas, kesalahan-kesalahan bahasa yang cukup kerap ditemukan pada papan tanda premis perniagaan merangkum kesalahan dari segi ejaan, golongan kata, kata pinjaman, pengaruh bahasa ibunda dan Hukum D - M. Keprihatinan dan ketegasan pihak Majlis Perbandaran Sepang, yakni Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Undang-undang MPS dalam usaha menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di premis-premis perniagaan amat dihargai dan dialu-alukan agar matlamat kita untuk mendaulatkan, memartabatkan dan menyebarluaskan penggunaan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) yang betul dan persis tercapai serta terpelihara sepenuhnya.

Cadangan penambahbaikan

          Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disarankan agar mengadakan kursus penataran bahasa Melayu dalam kalangan kakitangan Pendaftar Syarikat (ROS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran di seluruh negara agar bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) digunakan dengan betul, penuh iltizam dan berkesan dalam kalangan masyarakat Malaysia di seluruh pelosok tanah air. Program Ziarah Bahasa perlu diperluas ke seluruh negara dan disyorkan agar sijil penghargaan DBP dianugerahkan kepada premis perniagaan yang telah menggunakan papan tanda yang betul dan menepati piawaian Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, kempen dan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan Melayu perlu diperluas dan dimantapkan secara berkesinambungan selain khidmat nasihat dan audit bahasa Melayu (DBP) secara berterusan, bersepadu dan mesra pengguna untuk memperkasakan, memartabatkan dan menyebarluaskan bahasa Melayu di persada tanah air, nusantara dan antarabangsa.

Kesimpulan

          Papan tanda premis perniagaan perlu mendukung dan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) yang betul dan persis dari segi ejaan, kosa kata (kata pinjaman dalam bahasa Inggeris), frasa (Hukum D - M) dan klausa selain menepati syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Undang-undang, Majlis Perbandaran Sepang,  Selangor Darul Ehsan. Penggunaan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) yang betul dan persis bukan sahaja menjunjung Perkara 152, Akta Perlembagaan Persekutuan bahkan juga sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat dan merdeka, kita wajib bertanggungjawab untuk mendaulatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kehidupan kita sehari-hari, sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta. Slogan "betulkan yang biasa, biasakan yang betul" perlu kita amalkan senantiasa demi kelangsungan dan masa depan bahasa kebangsaan kita. Bahasa Jiwa Bangsa.

Laporan disediakan oleh,
Encik Chai Loon Guan,
PPP DG 48 (KUP), Munsyi Dewan (Bahasa), 
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
17 Disember 2014

No comments: