Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, October 7, 2014

Analisis Cerpen TA dan PB - BM T5


CERPEN: TANGGAR AMANAT
(Amaruszati Noor Rahim)

SINOPSIS:
Di Yellowstone Hawa dan Adam, iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam, suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan pula kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan oleh Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan oleh janin dalam kandungannya, maka Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

TEMA:
Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga. Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malayisa mengikut suaminya, Adam yang mahu akan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.

PERSOALAN:
Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang.
Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.
Persoalan perkahwinan campur di luar negara.
Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.
Persoalan kepincangan hidup di tempat orang.
Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri.
Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar.
Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

CERPEN: PAHLAWAN BUNTUNG
(S. Othman Kelantan)

SINOPSIS:
Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat.  Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang oleh tentera Jepun.  Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan.  Selepas itu, Pak Husain terkena akan serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

TEMA:
Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

PERSOALAN:
Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga, terutama semasa kesusahan hidup.
Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
Persoalan berusaha membina kehidupan semula selepas kesengsaraan hidup.
Persoalan hormat akan warga tua atau warga emas.

Cikgu Chai Loon Guan, PPP DG 48 - Munsyi Dewan (Bahasa), 
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
(Sumber: BPK, Kementerian Pendidikan Malaysia)

No comments: