Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, September 8, 2014

Pola Ayat Dasar BM



POLA AYAT BAHASA MELAYU
PT3 - Tingkatan 3 Endurance dan Tingkatan 3 Obedience

Teks
SAHABAT KARIB

          Ah Chai murid Tingkatan 3. Dia sedang belajar di SMK Methodist, Tanjong Malim. Mutu dan Ali sahabat karib Ah Chai. Mereka sangat rajin. Persahabatan mereka amat intim. Mereka bekerjasama di dalam bilik darjah.

          Ah Chai, Mutu dan Ali beriadah pada masa lapang. Ah Chai dari Kampung Ketoyong. Mutu pula dari Kampung Slim. Ali tinggal di Kampung Berop. Persahabatan mereka menjadi suri teladan kepada rakan-rakan di sekolah.

Arahan:
Kenal pasti jenis pola ayat dasar [FN + FN, FN + FK, FN + FSN dan FN + FA] bagi ayat-ayat yang berikut.

1.       Ah Chai  seorang murid Tingkatan 3.
2.       Dia sedang belajar di SMK Methodist, Tanjong Malim.
3.       Mereka sangat rajin.
4.       Persahabatan mereka amat intim.
5.       Mereka bekerjasama di dalam bilik darjah.
6.       Ah Chai dari Kampung Ketoyong.
7.       Mutu pula dari Kampung Slim.
8.       Ali sahabat karib Ah Chai.


Perbendaharaan Kata

Bil.
Kosa Kata
Makna
01.
Karib
Rapat, erat
02.
Intim
Sangat mesra, rapat, karib
03.
Beriadah
Bersenam
04.
Persahabatan
Perihal bersahabat
05.
Suri teladan
Contoh yang baik

·         Cikgu Chai Loon Guan, PPP DG 48 - Munsyi Dewan (Bahasa),
SMK Methodist, Tg. Malim.
·         9 September 2014

No comments: