Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, August 14, 2014

Cuti Sakit

14 - 15 Ogos 2014:
Cuti Sakit - makan ubat dan berehat di rumah selain berpeluang untuk menyemak kertas Ujian Mendengar BM PT3, menentukan markah purata bagi kertas Ujian Bertutur BM PT3, merekodkan dan memfailkan setiap helai skrip calon bersertakan borang penskoran untuk tujuan rekod dan pemantauan. Selain itu, bahan PdP BM untuk hari-hari yang mendatang perlu disediakan, yakni nota dan peta minda untuk dua buah cerpen BM PT3 dan sajak "Pasar Perasaan" BM Tingkatan 5 bersertakan tiga soalan pemahaman berteraskan KBAT dan i-Think. Tambahan pula, penulis haruslah bersiap siaga dengan tugas baharu sebagai hakim Tokoh Nilam pada 18 Ogos 2014 di PKG Slim River. Selamat menyambut Merdeka Raya buat barisan pentadbir, guru-guru dan murid-murid, MES Tg. Malim. Kesihatan itu kekayaan. Terima kasih, Tuhan.

No comments: