Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, July 22, 2014

BM PT2 - Syair Nasihat



BM PT2
Syair Nasihat
(Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
Abu Hassan Sham (Penyelenggara)

Dengarkan tuan ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan negeri.

Ayuhai anak-anak muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajin pada bekerja.

Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmu yang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.

Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.

Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukumkan dengan adilnya.

Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Rakyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk tengadah.

Puisi-Puisi Raja Ali Haji, 1993, DBP.

Latihan Pemahaman

1. Syair Nasihat bertemakan pesanan bapa kepada anaknya jika anaknya dilantik sebagai pemerintah atau raja agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.

2. Klausa "nasihat kebajikan ayahanda beri" ialah unsur gaya bahasa inversi.

3. Senaraikan tiga pengajaran dalam syair tersebut.
a. Sebagai pemerintah, kita perlulah berilmu.
b. Sebagai pemerintah, kita perlulah bijak.
c. Sebagai pemerintah, kita perlulah menyelesaikan masalah rakyat dan negara, selain taat kepada Tuhan dan rajin bekerja.

No comments: