Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, June 9, 2014

Seminar MMS PBT Negeri Perak 2014

Penulis telah menghadiri Seminar MMS PBT peringkat negeri Perak Darul Ridzuan 2014 di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 9 Jun 2014. Seminar telah dirasmikan oleh YB Datuk Shamsudin bin Abu Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil, Perak Darul Ridzuan.

Tiga kertas kerja telah dibentangkan, yakni Peranan Ahli Majlis Masyarakat Sivil (MMS) PBT oleh Encik Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Taklimat Pelaksanaan LA21: Pengenalan Program Local Agenda 21 oleh Encik Mohd Muqsidi bin Tohid @ Zulkifli, Bahagian Kesejahteraan Bandar, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dan Program Sekilo Budi, Majlis Daerah Kampar oleh Encik Nor Akmal bin Yang Ghazali, Setiausaha Majlis, Majlis Daerah Kampar.

No comments: