Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, June 11, 2014

Koleksi Puisi Penyair Muda Malaysia 1987

KOLEKSI PUISI PERHIMPUNAN PENYAIR MUDA MALAYSIA '87 merupakan koleksi sajak penulis muda Malaysia yang bangkit menyuarakan hak mereka. Antologi ini diterbitkan bersempena dengan Perhimpunan Penyair Muda di perkarangan rumah Anak Alam, Padang Merbuk, Kuala Lumpur, sekitar bulan Disember tahun 1987, di bawah pimpinan M. Hanafiah A. Samad.
Sajak penulis yang berjudul "Berita Suatu Pagi" tersiar dalam halaman delapan belas. Bahasa Jiwa Bangsa.

1 comment:

dariana said...

Sajak saya pun ada kat buku nih....SALAM PUISI UNTUK SEMUA!!!