Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, June 9, 2014

Kelisa 1.0 GXku

Sedekad lebih, kereta Kelisa 1.0 GX telah berkhidmat dengan cemerlang, gemilang dan terbilang kepada tuannya, insan kerdil di maya pada ini. Hampir seluruh negeri Perak Darul Ridzuan dan negeri-negeri yang berjiran telah pernah diterokai dan dijelajahi bersama-sama tuannya demi tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik marhaen selain menyebarluaskan bahasa dan susastera Melayu kepada anak-anak bangsa Malaysia.

Dari Tg. Malim ke Kuala Gula, Pengkalan Hulu, Sungkai, Lumut, Teluk Intan, Padang Rengas, Seri Iskandar, Cameron Highlands, Slim River, Genting Highlands, Ipoh, Alor Setar, Parit Buntar, Kuala Perlis, Tapah, Georgetown, Kuala Kubu Bharu, Hulu Yam Bharu, Taiping, Batu Gajah, Rawang, Gerik, Kalumpang, Kuala Kangsar, Proton City, Jalan Ketoyong, Gopeng, Hulu Bernam, dan Kampung Berop Idaman, Tg. Malim. Jasa Kelisa itu cukup banyak.

Akhirnya, pada hari ini, sekembali daripada Seminar MMS PBT Negeri Perak Darul Ridzuan 2014 di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, kereta BMW Kelisaku terpaksa menziarahi 'doktor' di Bengkel Kereta Chin, Ipoh. Beristirahatlah seketika keretaku sambil menerima rawatan terbaik untuk selama lima hari sebelum kembali berkhidmat kepada tuannya menjelang sesi persekolahan semester baharu 2014.

No comments: