Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, May 6, 2014

Watak dan Perwatakan dalam Azfa Hanani



Analisis Novel Tingkatan 4:
Novel: Azfa Hanani
Penulis : Halis Azhan Mohammad Hanafiah
Tajuk: Watak dan Perwatakan

Watak Utama:
Azfa Hanani
a. Berumur 17 tahun.
b. Kehilangan kedua-dua orang tuanya semasa dia masih lagi bayi.
c. Murid Tingkatan Lima Kenanga (aliran Sains), Sekolah Menengah Sri Dian setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperikasaan SRP, kecuali dalam subjek Bahasa Inggeris.
d. Dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam serba kekurangan.
e. Gigih dalam menuntut ilmu. Contohnya, setiap hari dia berulang - alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 kilometer dengan menggunakan bas sekolah.
f. Taat kepada Pak Long dan Mak Longnya. Sebagai contoh, dia meminta keinzinan Pak Long dan Mak Longnya lebih dahulu sebelum bersetuju untuk mengikut Abang Mazran dan isterinya pulang ke Kuala Lumpur.
g. Baik hati dan sanggup berkorban. Buktinya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana dia tahu bahawa dengan cara tersebut Zuraini, anak kepada Pak Long, akan mendapat rawatan untuk menyembuhkan penyakit lumpuh yang dihadapi apabila Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz bersetuju untuk menanggung kos rawatan Zuraini sebagai imbal balas kesudian Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.

Watak Sampingan:
Tengku Murni
a. Anak perempuan dalam keluarga Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
b. Wajahnya seiras dengan wajah Azfa Hanani.
c. Meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpanya semasa memandu bersama-sama ibunya, Datin Maziah.
d. Peramah. Contohnya, Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Tengku Murni baik dengan hampir semua pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari.
e. Tidak memandang rendah terhadap orang lain. Buktinya, Syafikah dan Fuziana ditegur oleh Tengku Murni kerana sering merendah-rendahkan orang lain.
f. Tidak mudah mengalah. Sebagai contoh, melalui perbualan antara Abang Mazran dengan Azfa Hanani, Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila bergaduh dengan abang-abangnya.

Datin Maziah
a. Isteri kepada Datuk Tengku Makmur.
b. Ibu kepada Tengku Murshadad, anak sulungnya, Tengku Mirzan, Tengku Mazran, Tengku Muzaffar dan akhir sekali Tengku Murni.
c. Ibu yang penyayang. Contohnya, dia sangat menyayangi dan memanjakan Tengku Murni.
d. Mengalami tekanan perasaan. Buktinya, Tengku Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni bagi meredakan tekanan perasaan yang dialami oleh ibunya itu.

Datuk Tengku Makmur
a. Isterinya Datin Maziah.
b. Bapa kepada Tengku Murshadad, anak sulungnya, Tengku Mirzan, Tengku Mazran, Tengku Muzaffar dan akhir sekali Tengku Murni.
c. Mempunyai dua orang isteri.
d. Angkuh. Contohnya, dia menilai pertolongan yang diberikan oleh Azfa Hanani berdasarkan pertimbangan wang ringgit semata-mata.
e. Berpengang teguh pada janji. Sebagai contoh, selama 16 tahun beliau dan Datin Maziah mencari Azfa Hanani namun tidak berjumpa. Tujuannya adalah untuk menunaikan janji mereka untuk memelihara Azfa Hanani.

Tengku Mazran
a. Anak kepada Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
b. Isterinya bernama Syafinas.
c. Anak yang bertanggungjawab. Contohnya, dia berusaha menyembuhkan ibunya dengan meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.
d. Penyayang. Sebagai contoh, dia berusaha menyembuhkan tekanan perasaan yang dihadapi oleh ibunya.
e. Mengambil berat. Buktinya, dia senantiasa mengambil berat keperluan Azfa Hanani.

Catatan: Chai Wuang Xing, Tingkatan 4 Sains 1, SMJK Katholik, Tg. Malim.

No comments: