Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, May 6, 2014

Sajak - Monolog (i)



Monolog (i)
SAKIT

yang sakit
disoal yang sihat
sakit?
dalam sakit
yang sakit
meluahkan aksara
dalam santun bahasa
sakit apa?
dalam sabar
yang sakit
memberitahukan
sakit ujian Tuhan
sebagai muhasabah diri
tulen, watikahnya?
dalam sabar
yang tercabar
yang sakit
memberitahu yang sihat
"Nah, ambil sakitku
sebagai ganti sihatmu!"
yang sihat terpinga-pinga
teraba-raba makna kata
dalam wacana pesakit
yang benar-benar sakit!

Chai Loon Guan,
Poliklinik KKB.

No comments: