Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, May 1, 2014

Latihan Pemahaman 3 Sajak BM PT3



Latihan Pemahaman Sajak PT3
Sajak I - Kata-kata (Hashim Yaacob)

1. Perkara yang manakah tidak wajar dilakukan sekiranya kita dicerca?
A. Bertindak melawan
B. Mendiamkan diri
C. Pertahankan maruah diri
D. Melawan dengan kata-kata

2. Kemerdekaan negara kita dicapai melalui...
A. menutup pintu rundingan.
B. kebijaksanaan pemimpin berhujah.
C. menggunakan kekuatan senjata.
D. kepintaran pemimpin menggunakan tipu muslihat.

Kalau mereka mengherdik dengan kata
carilah daya kata

3. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam frasa di atas ialah...
A. anafora
B. epifora
C. metafora
D. personifikasi

Kita merdeka bukan kerana senjata.
Kita merdeka kerana bijak kata.

4. Nilai yang berikut cuba diterapkan oleh penyair melalui baris di atas, kecuali...
A. keberanian.
B. rasional.
C. kejujuran.
D. kebijaksanaan.

5. Pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah...
A. kita perlulah berhujah dengan cara yang bijaksana.
B. kita hendaklah bijak dan berani bergadai nyawa.
C. kita janganlah memberikan muka kepada pihak lawan.
D. kita perlulah menggunakan kata-kata yang tegas untuk mempertahankan maruah diri.

Sajak II - Seorang Insan Istimewa (Natasya Puteri)

Dia tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa

1. Maksud dua baris awal rangkap pertama sajak ialah...
A. dia tidak pernah minta dilahirkan kelainan upaya.
B. dia tidak pernah minta simpati daripada sesiapa.
C. dia tidak pernah minta diberikan kelebihan.
D. dia tidak pernah minta dilahirkan ke dunia.

2. Penyajak berharap agar orang kelainan upaya dapat menerima kenyataan yang berikut, kecuali...
A. menuntut hak mereka.
B. menganggapnya suatu ujian.
C. reda akan ketentuan Illahi.
D. berusaha meneruskan kehidupan.

sebuah suratan tertulis sudah
sebuah kehidupan tetap harus diteruskan

3. Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat pada kata sebuah dalam rangkap pertama sajak?
A. Anafora
B. Metafora
C. Responsi
D. Personifikasi

4. Sajak Seorang Insan Istimewa bertemakan...
A. peranan golongan kelainan upaya menyesuaikan diri dalam masyarakat.
B. dugaan yang dilalui oleh golongan kelainan upaya.
C. hak-hak golongan kelainan upaya yang perlu dijaga.
D. usaha untuk membantu meringankan masalah orang kelainan upaya.

5. Yang manakah bukan pengajaran dalam sajak ini?
A. Kita perlulah reda atas ketentuan Tuhan.
B. Kita hendaklah membantu golongan kelainan upaya dengan bersungguh-sungguh.
C. Kita hendaklah memberikan hak-hak golongan kelainan upaya.
D. Golongan kelainan upaya perlulah menginsafi kekurangan diri.

Sajak III - Rumput (Khadijah Hashim)

1. Kata aku sudah dipijak bermaksud...
A. dihina.
B. ditindas.
C. didiskriminasi.
D. diabaikan.

doa si pemotong rumput
cepat panjang
cepat dapat wang

2. Si pemotong rumput dikatakan bersikap...
A. materialistik.
B. individualistik.
C. egoistik.
D. optimistik.


sesak nafas bagai menunggu mati


3. Unsur gaya bahasa yang digunakan dalam baris sajak di atas ialah...
A. anafora.
B. metafora.
C. simile.
D. personifikasi.

4. Pilih baris sajak yang menunjukkan persoalan masih ada insan yang bersimpati.
A. mujur embun pagi membersih diri
B. tak sehijau rumput di padang
C. cuaca panas angin kering
D. baru sahaja tangan hendak menari

Nasib rumput di tepi jalan
tak sehijau rumput di padang.

5. Kata-kata yang diungkap dalam rangkap akhir sajak merupakan suatu...
A. sindiran.
B. rintihan.
C. harapan.
D. pujukan.

JUARA PMR T3, Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya, 2013

No comments: