Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, May 14, 2014

Latar dan Gaya Bahasa dalam Novel Azfa Hanani



Analisis Novel Tingkatan 4: Azfa Hanani
Penulis: Halis Azhan Mohammad Hanafiah
Tajuk: Latar  dan Gaya Bahasa

Latar Tempat:

Makmal Sains:
Tempat Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu bahawa perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakaan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu.
Bilik Pengetua:
Tempat Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan.
Hotel Universe:
Tempat Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi.
Sekolah Menengah Taman Sari:
Tempat perjumpaan yang diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima untuk membincangkan projek Hari Sumbangsih.

Latar Masa:

Selama beberapa bulan: 
Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah. 
Pada waktu malam:
Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mencari nama penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. 
Pada waktu petang:
Semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17. 
Pada waktu pagi:
Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.

Latar Masyarakat:

Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta kelangsungan masa depannya:
Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan. 
Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu:
Masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima Kenanga. 
Masyarakat yang berpegang pada janji:
Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. 
Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya:
Tengku Datuk Makmur memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. 
Gaya Bahasa:

1) Peribahasa:
Cempedak menjadi nangka, hidung tinggi, beraja di mata, bersultan di hati, melukut di tepi gantang, rusa masuk kampung, kais pagi makan pagi kais petang makan petang

2) Bahasa Inggeris:
You’re very clumsy kampung girls, humble, backdrop

3) Sinkope:
ku, ni, tu, tak, nak

4) Simile:
Aku terasa umpama seorang pesalah, dia seperti juara perlumbaan motosikal 500cc dunia

5) Metafora:
pintu ilmu, arus lamunan, gelora cemburu

6) Hiperbola:
sejuknya terasa hingga ke tulang-temulang, hanyut dalam arus lamunan

7) Personifikasi:
hati ini ditusuk hiba, desakan yang menjolok hati, kata-kata Elina menyapa kucing telinga

Hasil kerja:
Yap Kai Lun, Tingkatan 4 Sains 1, SMJK Katholik, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: