Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, April 5, 2014

Tragedi Nahas MH370



Tragedi Nahas MH370
            Pada 8 Mac 2014, negara kita telah digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH370.  MH370 ialah sebuah kapal terbang Boeing 777 milik MAS. Kapal terbang tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Pesawat MH370 hilang daripada radar jam 1.22 pagi ketika memasuki ruang udara Vietnam di Laut China Selatan. 

Sebanyak 12 kru (anak kapal terbang) dan 227 orang penumpang di dalam pesawat MH370. Pengumuman rasmi kehilangan MH370 telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Usaha menjejaki dan mencari MH370 bermula sebaik berita kehilangannya disahkan jam 2.40 pagi oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). 

            Pesawat MH370 dipercayai patah balik. Oleh itu, usaha pencarian MH370 diperluas ke Selat Melaka meliputi perairan Pulau Pinang. TUDM terkesan akan sebuah pesawat yang tidak dikenali pada kedudukan 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang. Empat aspek disiasat oleh PDRM berhubung dengan kehilangan MH370, iaitu unsur rampasan, sabotaj, masalah psikologi serta konflik penumpang dan kru pesawat. China telah mengaktifkan 10 buah satelit beresolusi tinggi untuk mengesan kedudukan MH370.

            Pada 12 Mac 2014, TUDM mengesahkan bahawa sebuah pesawat yang tidak dikenali dikesan pada kedudukan 200 batu nautikal di barat Laut Pulau Pinang pada pukul 2.15 pagi, 3 Mac yang lalu. DCA dan MAS mengesahkan bahawa kapal terbang MH370 dalam keadaan baik sebelum terbang. Usaha pencarian meliputi kawasan seluas 27000 batu nautikal persegi. Pada 14 Mac, usaha pencarian diperluas ke Lautan Hindi, sebelah barat benua Australia. Pihak berkuasa juga mendapati tiada kesan pesawat itu dirampas oleh pengganas.

            Pada 15 Mac 2014, disahkan bahawa transponder pesawat sengaja dimatikan, manakala ACARS dimatikan sebelum MH370 sampai di pantai timur Semenanjung. MH370 disahkan menukar arah dan sengaja diterbangkan di kawasan luar liputan radar tentera. Pada 17 Mac 2014 pula, PDRM telah menyiasat kehilangan MH370 mengikut Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan dan Akta Penerbangan. MAS mengesahkan bahawa pesawatnya, MH370 hanya boleh terbang  di udara selama 8 jam.

            Pada 18 Mac 2014, 9 buah negara dari luar koridor SAR tampil menawarkan bantuan. Pada 19 Mac 2014, polis mendapati log dalam simulator milik juruterbang MH370 telah dipadamkan pada 3 Februari lalu dan simulator pula mengandungi tiga permainan penerbangan. Pada 20 Mac 2014, sebuah objek sebesar 24 meter  dan 5 meter dikesan oleh satelit Australia tetapi gagal ditemukan di Lautan Hindi.

            Pada 21 hingga 23 Mac 2014, banyak objek dikesan oleh satelit China, Australia dan Perancis. Pada 24 Mac 2014, Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat pengumunan bahawa pakar satelit INMARSAT dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom, merumuskan bahawa penerbangan MH370 berakhir jauh di selatan Lautan Hindi.

            Usaha mencari MH370 masih diteruskan. Saya amat berharap agar usaha pencarian membawa kejayaan. Yang penting setiap anak kapal terbang dan penumpang MH370 selamat pulang ke tanah air.
Disediakan oleh:
Leong Ming Feng, Tingkatan 3 Meekness, SMK Methodist, Tanjong Malim.

No comments: