Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, April 21, 2014

Sajak - Sepagiku di KL



Sepagiku di Kuala Lumpur

keresahan menunggu aku
di gapura pagi Isnin
yang malu
bersiponganglah gelisah
ketika sepasang kaki
menjejaki bumimu, Kuala Lumpur
apa khabar, warga kota?

sayang,
pak teksi di central market
mempamerkan angkuh
sebagai penumpang
barangkali ringgitku
tidak semahal dolar amerika

sebaik tiba
di menara ilmumu, DBP
teruja aku dalam pesona
wacana fikrah ummah
penuh hikmah
penuh muzakarah

sepagiku di Kuala Lumpur
masih ada luka noda warga
bersarang di rimba kota
masih ada duka lara warga
berpesta di rumah elitmu
berbaki dendam
yang masih terpendam
di buana kehidupan

sepagiku di Kuala Lumpur
dapat kutimba ilmu
dapat kubaca pengalaman
di medan kehidupan
pasti pulangku nanti
bertemankan keinsafan
bertemankan kesedaran
betapa kerdilnya insan
di sisi-Mu, Tuhan!

Chai Loon Guan,
DBP, Kuala Lumpur.

No comments: