Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, April 9, 2014

QING MING



Qing Ming

          Qing Ming ialah hari perayaan tradisional masyarakat Cina sedunia. Hari Qing Ming jatuh pada 5 April setiap tahun mengikut kalender gregorian. Kebanyakan tarikh perayaan masyarakat Cina mengikut kalendar bulan Cina seperti Tahun Baharu Cina. Hanya perayaan Qing Ming sahaja yang mengikut kalendar gregorian.

          Qing Ming bermaksud jernih dan terang. Tujuan perayaan Qing Ming adalah untuk menghormati leluhur serta mengingati kampung halaman. Pada hari tersebut, orang Cina akan menziarahi kubur nenek moyang (leluhur) dan ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Orang Cina akan bersembahyang dan membersihkan kawasan kubur sebagai tanda menghormati dan memperingati jasa bakti nenek moyang mereka.

          Satu daripada perkara yang menarik perhatian kaum-kaum lain ialah kepelikan mereka melihat rumah-rumah kertas, barang-barang kertas dan juga wang-wang kertas yang biasanya dibakar untuk upacara tersebut. Mengikut kepercayaan orang-orang Cina, roh ahli keluarga yang sudah mati akan menjalani kehidupan sama ada di syurga atau di neraka. Kononnya, 'mereka' perlu mempunyai atau memiliki rumah, kereta dan wang ringgit agar dapat hidup dengan mewah dan tenteram.

          Kita tidak boleh menunjukkan sikap yang tidak hormat seperti mengambil gambar, bermain-main dan bergurau-gurau di kawasan kubur. Kita haruslah bersembahyang dengan ikhlas untuk memberikan penghormatan kepada nenek moyang atau leluhur. Menurut masyarakat Cina, orang yang tidak memberikan penghormatan kepada leluhur akan ditimpa malang berpanjangan dalam kehidupan seharian.

          Kebanyakan kawasan biasanya mengalami hujan pada hari Qing Ming. Suasana ini melambangkan rasa sedih dan rasa rindu ahli keluarga terhadap orang yang sudah meninggal dunia. Sajak terkenal yang berbunyi "hujan turun tidak henti-henti pada hari Qing Ming, mereka yang dalam perjalanan untuk menziarahi kubur kaum keluarga juga kelihatan sedih yang amat sangat."

          Pendek kata, perayaan Qing Ming adalah untuk anggota keluarga berkumpul dan mengeratkan tali persaudaraan dan silaturahim mereka sambil mengingati jasa pengorbanan nenek moyang atau leluhur mereka.

Leong Lee Min, Tingkatan 3H, SMJK Katholik, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.


No comments: