Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, April 21, 2014

Plot, Tema dan Persoalan Novel T4 - Azfa Hanani



Novel Tingkatan 4: Azfa Hanani
Penulis: Halis Azhan Mohd Hanafiah

Plot
Permulaan
Azfa Hanani berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang yang mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan yang dikenal pasti dan akan ditangkap. Dia kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua. Tengku Mazran dan Kak Syafinaz meminta Azfa Hanani menyamar menjadi adik mereka, Tengku Murni.

Perkembangan
Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara Tengku Murni bertutur, makan, dan bergaul dengan Datin Maziah. Azfa Hanani dibawa ke rumah Datin Maziah dan diperkenalkan sebagai Tengku Murni. Selepas itu, dia dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari.

Permasalahan
Azfa Hanani menerima bungkusan daripada Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya berkawan rapat dengan Tengku Murni tetapi tidak disenangi oleh seseorang.

Puncak
Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar apabila mengetahui bahawa Tengku Muzaffar yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Tengku Muzaffar juga menghalang perhubungannya dengan Ekran. Pertengkaran tersebut didengari oleh Datin Maziah menyebabkan rahsia penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Azfa Hanani telah ditampar dan diusir keluar oleh Datin Maziah.

Peleraian
Keluarga Datuk Tengku Makmur memujuk Hanani kembali ke pangkuan mereka. Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa beliaulah yang menyebabkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Azfa Hanani kembali ke banglo Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri.

Tema
Pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis yatim piatu dan miskin bagi mencapai cita-citanya serta menggembirakan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran wang daripada Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni kerana Azfa Hanani hendak mengurangkan beban pak longnya yang miskin dan membantu anak pak long, Zuraini yang memerlukan rawatan bagi penyakit lumpuhnya.

Persoalan
Desakan hidup menyebabkan seseorang itu sanggup berbohong. Contohnya, Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni untuk berbohong terhadap Datin Maziah demi meneruskan persekolahannya kerana pak long akan bila-bila masa sahaja akan memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Selain itu, kos perubatan Zuraini juga menyusahkan kehidupan keluarga pak long.
Kegigihan seorang murid untuk berjaya dalam pembelajaran. Contohnya, Azfa Hanani gigih dan tekun belajar demi masa depan nya hingga sanggup “meminjam”   buku-buku rujukan dari perpustakaan semata-mata untuk membuat ulang kaji.
Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat. Contohnya, Datuk Tengku Makmur beranggapan bahawa Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni kerana tamak akan harta.


Disediakan oleh:
Lee Lip Wai, Tingkatan 4 Sains 1, SMJK Katholik, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: