Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, April 9, 2014

Nilai dan Pengajaran dalam Kembara Amira



NOVEL: KEMBARA AMIRA
TAJUK TUGASAN: NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

KECEKALAN
Profesor Zaidah tetap meneruskan usaha-usaha cari gali arkeologi walaupun pergelangan tangannya terseliuh akibat terlibat dalam suatu kemalangan.

BANTU-MEMBANTU
Tau membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika mencari Amira yang telah dihanyutkan oleh arus sungai.

KASIH SAYANG
Jidin membesarkan Samantha atau Ipah dengan penuh kasih sayang walaupun kaumnya tidak dapat menerima Ipah yang bermata biru dan berambut perang.

SETIA KAWAN
Amira mengajak Jacinta menghabiskan cuti bersama dengan ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya supaya Jacinta tidak keseorangan di asrama.

KEBERANIAN
Tau berani melawan dan membunuh seekor beruang yang hendak menyerang isterinya, Ipah dan anaknya Sabi.

BELAS KASIHAN
Ludin amat simpati akan Tau yang telah mengasingkan diri daripada kaumnya kerana kecewa akan tindakan Ipah yang lari meninggalkannya tanpa sebab.

BERPEGANG TEGUH PADA ADAT
Itai diadili dalam mesyuarat adat kaumnya kerana kesalahannya membawa Amira ke sebatang sungai yang banyak mempunyai ketulan emas.

MEMPERKAYA KHAZANAH BANGSA
Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar universiti tahun akhir melakukan pelbagai kajian arkeologi bagi memperkaya khazanah ketamadunan bangsa.

PENGAJARAN

Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.
Contohnya, Amira dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam kerja arkeologi di Bukit Mat Raya.

Kita tidak harus berputus asa ketika berhadapan dengan cabaran.
Contohnya, Profesor Zaidah tetap meneruskan kerja arkeologi meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah seperti tali khemah putus, terlibat dalam kemalangan dan sebagainya.


Kita perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah.
Contohnya, Ludin membantu merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan.

Kita janganlah membelakangkan ibu bapa apabila ingin melakukan sesuatu tindakan.
Contohnya, tindakan Amira yang menunggu Malique di kawasan air terjun sehingga menyebabkannya dihanyutkan oleh arus sungai telah menimbulkan kemarahan ibunya, Profesor Zaidah.

Seorang ketua hendaklah bertanggungjawab menjaga pekerja-pekerja bawahannya.
Contohnya, selaku pengarah kerja lapangan, Profesor Zaidah mengambil berat akan keselamatan pelajar universiti tahun akhir yang terlibat dalam projek arkeologi di Bukit Mat Raya.

Kita perlu mengamalkan kerja secara berpasukan bagi menjamin keberhasilan yang berkesan.
Contohnya, Amira, Jacinta dan Itai sering melakukan pekerjaan secara berkumpulan seperti membantu mencari dan mengesan Malique yang hilang di dalam hutan.

Setiap masalah yang timbul perlu dibincangkan dengan pihak yang berwibawa supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan baik.
Contohnya, Rusdi melaporkan kejadian tali khemah yang terputus ketika hujan lebat kepada Profesor Zaidah dan Dr. Zawawi.

Kita hendaklah mempertahankan hutan daripada sebarang pencerobohan dan penerokaan.
Contohnya, Malique mencipta sistem virus untuk memusnahkan laporan yang berkaitan dengan projek cari gali emas dalam usaha memelihara hutan di sekitar perkampungan suku Orang Asli Semai.

Kita harus berani bertindak untuk menyelamatkan nyawa.
Contohnya, Pak Lias berani berdepan dengan makhluk berbulu tebal yang cuba menyerangnya demi menyelamatkan nyawa Amira, Itai, Roslan dan Malique.

Janganlah kita lupa akan asal usul kita.
Contohnya, Itai kini yang melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan tidak lupa akan asal usulnya yang pernah dibesarkan oleh Ludin di perkampungan suku Orang Asli Semai.


Hasil kerjasama:
Goh Xin Deik, Rashwinder Kaur, Leong Yien Leng, Danesh a/l Batamalar dan Nur Hasya Zakirah bt. Hasbdullah, Tingkatan 5 Sains 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan,

No comments: