Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, April 9, 2014

Latihan Pemahaman Cerpen PT3 (Jawaban)



KOMSAS BM T3
Latihan Pemahaman Cerpen I:  "Budi Semangkuk Daging"

1. Mengapakah Puan Ainun berasa kurang senang terhadap Punita?
Jawaban: Punita telah memulangkan masakan yang diberikan oleh Pn. Ainun.

2. Frasa "bagai ditarik ke belakang" merupakan gaya bahasa simile.

3. Latar masyarakat yang digambarkan dalam cerpen "Budi Semangkuk Daging" ini ialah masyarakat yang gagal memahami adat dan budaya berjiran.

Latihan Pemahaman Cerpen II: "Mutiara Bonda"

Mencari hari kelmarin yang tercicir, lalu mengutipnya sebagai pedoman berharga.

1. Frasa dalam petikan cerpen ini membawa maksud menjadikan kenangan lalu sebagai pengajaran.

2. Cerpen "Mutiara Bonda" dimulakan dengan bonda menerima surat daripada adik yang sedang menuntut di Jordan.

3. Nyatakan jasa-jasa watak Bonda dalam cerpen "Mutiara Bonda"
Jawaban: Bonda telah berjaya mendidik dan membesarkan adik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Jordan.

Latihan Pemahaman Cerpen III : "Harga Sebuah Lukisan"

1. Apakah matlamat utama Kamal Hijaz menyertai pertandingan melukis itu?
Jawaban: Kamal Hijaz ingin mengasah bakat dalam bidang lukisan.

2. Apakah kata-kata perangsang Kamal Hijaz kepada Maryati?
Jawaban: Mereka perlu bersama-sama menyumbang kemenangan sekolah.

3. Sifat yang dimilik oleh Kamal Hijaz ialah merendah diri.

·        Cikgu Chai Loon Guan, Munsyi Dewan (Bahasa), DBP.

No comments: