Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, April 19, 2014

Hari Guru 2014

Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-43/2014 akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada 16 Mei 2014, jam 9.00 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.


WARKAH BUAT GURU II
(16 Mei 2014)

setitis ilmumu
persis selautan jasa
sebaris ayatmu
terserlah wacana cendekia
aksara demi aksara
membunga di kebun bitara
kata demi kata
penyemarak azam tekadku
frasa demi frasa
pemangkin hasrat impianku
klausa demi klausa
mewarnai buana hidupku
ayat demi ayat
mempersubur jati diriku
sebagai anak jati bangsa
sebagai warga nusa
perkasa berwibawa

guru
kaulah suri teladan
sumber inspirasi
tonggak aspirasi
terampil dedikasi
mendidik anak-anak generasi
dekad-berdekad
dekad-berdekad
terima kasih, guruku!

guru
kaulah pelita ilmu
pencetus kreativiti
penjana inovasi
modal insan beriman
nusa bangsa berwawasan
zaman-berzaman
zaman-berzaman
dirgahayu, guruku!

Chai Loon Guan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

No comments: