Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, April 23, 2014

BM PT2



SYARAHAN BM PT2
            Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi saksama. dif-dif kehormat, guru-guru dan siding hadirin yang dikasihi sekalian. Saya, Fong Zi Ying dari SMK Methodist ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Peranan Komputer dalam Bidang Pendidikan pada Masa Ini”.
Sidang hadirin sekalian,
Komputer merupakan satu alat elektronik yang telah banyak membawa manfaat kepada manusia. Komputer boleh digunakan untuk mencari maklumat melalui Internet seperti program Google, Firefox dan sebagainya. Dengan kewujudan komputer, kita tidak perlu pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sendiri sama ada murid-murid, guru ataupun ibu bapa juga boleh mengaksesnya.
            Selain itu, komputer akan menjadikan kita mahir selain memudahkan kita dalam pengurusan pendidikan seperti mencari maklumat, menyiapkan projek dan folio. Kita boleh mendapat bahan di seluruh dunia dengan duduk dalam rumah dan melayari Internet. Komputer boleh diakses di rumah, sekolah dan sebagainya jika ada kemudahan wifi atau laman sesawang.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
            Komputer juga membantu murid-murid malah guru-guru dalam membuat tugasan atau kerja rumah seperti menyiapkan tajuk perbincangan, pembentangan berdasarkan topik, tugasan kertas kerja, dan membuat nota-nota ringkas. Pelajar juga menggunakan komputer untuk melihat dunia pendidikan yang lebih luas sekali gus membuat persediaan di buana peperiksaan di samping kerjaya pada masa depan.
            Sebenarnya, komputer juga telah memudahkan interaksi antara manusia sama ada di dalam negara atau di luar negara. Terdapat pelbagai aplikasi komunikasi yang boleh diakses seperti Facebook, Twitter, Wechat, Whatsapp dan sebagainya. Aplikasi tersebut memudahkan kita untuk berkomunikasi. Dengan adanya prasarana komputer, maklumat mudah diperoleh hanya di hujung jari kita. Komputer telah menjimatkan masa dan wang kita. Bahan yang dihasilkan dengan komputer juga sangat menarik dan bermutu.
Sidang hadirin sekalian,
            Sesungguhnya komputer memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan. Komputer amat penting, terutamanya kepada golongan pelajar. Oleh itu, pelajar perlu berusaha untuk menguasai teknologi dan kemahiran komputer agar menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang Wawasan 2020.
Sekian, terima kasih.
FONG ZI YING, Tingkatan 2 Meekness, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim.

No comments: