Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, April 5, 2014

Analisis Novel T3 - 6:20



Analisis Novel T3 -  6:20
Penulis: Siti Jasmina Ibrahim
Latar

Latar Tempat
Kawasan bandar di sebuah daerah di Semenanjung Malaysia
Berlakunya peristiwa misteri yang akhirnya merungkai segala persoalan yang membelenggu hidup Sukma.

Banglo mewah milik Haji Syaqir di Taman Megah
Peristiwa kedatangan tetamu-tetamu misteri pada pukul 6:20 pagi. Taman Megah juga merupakan kawasan tempat tinggal Rafiq dan Ros.

Kafe Flora
Tempat Sukma sering bertemu dengan rakan-rakannya. Di sini juga Sukma berkenalan dengan Reny, salah seorang penari kumpulan Waris Cinta yang berasal daripada kaum Iban.

Kelab WX2
Sebuah kelab hiburan yang dikunjungi golongan remaja dan juga pelancong. Di dalamnya terdapat ‘ruang sepi’ yang mengumpulkan remaja yang dipengaruhi oleh suatu fahaman baharu.

Rumah nenek Aim
Aim tinggal bersama-sama neneknya sejak ayahnya meninggal dunia dan di sini juga tempat Sukma, Teja, dan Rafiq bertemu dengan nenek Aim yang menceritakan serba sedikit tentang kaitannya dengan keluarga Sukma.

Rumah Tok Siak
Sukma bertemu dengan lelaki bernama Aim yang telah muncul di hadapan rumahnya sebelum ini dan mengetahui kisah sebenar lelaki tersebut.

Rumah Ehsan
Sukma mengikuti ayahnya menghadiri Majlis Malam Amal Persatuan Kraf Wanita daerah tempat tinggalnya dan di situlah dia berjumpa dengan Ehsan, iaitu kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik.

Latar Masa
Latar masa bagi novel 6:20 adalah pada zaman moden dan kisah ini berlangsung hanya selama 7 hari, iaitu seminggu . Bermula dari hari Isnin dan berakhir pada hari Ahad. Dua minggu kemudian, Sukma muncul  pada bab akhir untuk memberikan keterangan sebagai saksi di mahkamah berkenaan kisah yang telah berlaku.

Pada waktu pagi
Tetamu-tetamu misteri muncul pada pukul 6:20 pagi di hadapan pintu
pagar kediaman Sukma dan keluarganya.

Pada waktu petang
Sukma ternampak akan lelaki dewasa yang pernah datang ke rumahnya pada awal pagi berhampiran dengan Kelab WX2 ketika sedang menunggu kedatangan Jerry.

Pada waktu malam
Kelab WX2 beroperasi dan ketika inilah para pengunjung, terutamanya golongan remaja berkumpul di ‘ruang sepi’.

Latar Masyarakat
Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam menjaga ikatan kekeluargaan agar hidup sejahtera
Ikatan kasih sayang antara Sukma dengan ibu bapanya tetap utuh walaupun mereka diuji dengan dugaan yang amat berat.

Masyarakat yang bertanggungjawab
Haji Syaqir menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul oleh beliau.

Masyarakat yang gigih berusaha dan mementingkan pendidikan.
Sukma merupakan mahasiswa cemerlang dalam pengajiannya. Begitu juga dengan Rafiq yang bersungguh-sungguh menjalankan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Teman Sukma yang lain seperti Teja, Jerry, dan Alvin juga menunjukkan keperibadian mahasiswa yang rajin dan memberikan fokus terhadap pelajaran mereka.

Masyarakat yang sanggup berkorban kerana kasih kepada keluarga.
Ibu Sukma, iaitu Puan Delia telah melakukan pengorbanan yang sangat besar dengan merahsiakan tugasnya yang sebenar sehingga beliau rela jika suami dan anaknya sendiri menganggapnya seorang pengkhianat negara. Nenek Aim sanggup berkorban apa-apa saja demi kebahagiaan cucunya.

Masyarakat yang terpengaruh oleh sesuatu perkara baharu yang datang dari luar.
Iskandar, Reny, dan Jerry adalah antara golongan remaja yang mengikuti satu fahaman baharu yang diajarkan dan disampaikan melalui Kelab WX2. Mereka tidak menyedari bahawa fahaman yang datang daripada pengaruh Barat itu ternyata salah dan terpesong daripada jalan yang benar.

Masyarakat yang mengambil berat dan prihatin akan orang yang tersayang.
Ibu Sukma sentiasa mengambil tahu tentang keadaan anak tunggalnya itu walaupun sikapnya menimbulkan salah faham, namun semuanya itu disebabkan oleh perasaan sayang dan sikap prihatin.

Wong Shun Xin dan Tan Qian Rou, Tingkatan 3 Meekness, SMK Methodist, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.


No comments: