Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, December 29, 2013

Antologi Sajak - Cerpen ITBM

Menjelang tahun baharu 2014, sempat saya hasilkan dan e-melkan manuskrip antologi sajak perseorangan kedua (Akulah, Pelaut Hidup) dan cerpen pilihan (Srikandi Pasir Salak) kepada Sidang Editor Penerbitan ITBM untuk diantologikan. Bahasa Jiwa Bangsa.


Saturday, December 28, 2013

Bangunan Baharu MES Tg. Malim


Penulis baru balik dari sekolah - SMK Methodist, Tg. Malim, yakni memantau pemasangan logo dan nama sekolah pada dinding bangunan baharu dari pukul 9 pagi hingga 3.30 petang pada 28 Disember 2013 (Sabtu). Lux Et Veritas, MES Tg. Malim.

Friday, December 27, 2013

Sajak - Ceritera Sebuah Tanjung



CERITERA SEBUAH TANJUNG
(dedikasi buat kaum Rawa sarwajagat)

I
melewati deras alir di sungaimu, Bernam
dapat kubaca susur galur sejarahmu, Tanjung Jambu
hadirmu, 1790-an
wira enam Bugis
mudik menghulu-hulu
sampailah ke Kuala Ingkeh
sepohon jambu menjadi saksi
ketamadunan bangsa zaman-berzaman

menyusuri dataran pinggir di kalimu, Bernam
dapat kutafsir salasilah kisah silammu, Tanjung Jambu
pertalian darah Melayu Melaka
pertautan kisah kekuala sungai
tumpuan anak dagang saudagar berwawasan
berurus niaga mengasah bakat siasah
di alam Melayu nusantara

mengimbau lakaran sejarah di muara kalimu, Bernam
ada ceritera duka 1511
ada ceritera lara 1641
gugusan alam Melayu milik empayar dagang Hindia Timor Belanda
dan bersahabatlah penjajah
“Kerasnya tak dapat ditakik, lembutnya boleh disudu”
maka melampan, melanda (mendulang)
berdagang berkampung halaman
Kompeni Belanda di alam Melayu
bermandikan mewah dagangan rempah ratus Melaka, Bengkulin dan Betawi

II
biarpun sudah berabad lamanya, sejarahmu Sungai Pahlawan Berenam – Sg. Bernam
ceriteramu masih menakjubkan untuk kutafsir
rahsiamu masih mengagumkan untuk kubongkar
Kuala Ingkeh – hujung tanjung lidah tanah, di kiri air di kanan air, tebingnya tinggi mencuram ke sungai
di atas tebingnya, tumbuh pokok Jambu
subur merendang condong ke sungai
dan tersebutlah nama Tanjung Jambu!


di sinilah, kemudiannya diwartakan Kampung Jambu
zuriat keturunan Pahlawan Berenam
bermastautin bermenteri lima tinggang (keturunan)
dan berkesinambunganlah kisah pembukaan dan penerokaan
orang Kampar – Minangkabau – puak Rawa
di sebelah kanan menghilir Sungai BernamKampong Kubu Kampong Masjed Lama
dari Kuala Sungai Geta, di baruh Keramat Cabang
dipugar kaum Rawa, Sungai Kubang Nyiur dan Seberang Selangor
sebelum berpindah kekal ke Simpang Empat, Lubok Salak dan Gumut Kalumpang
berurus niagalah puak Rawa
ke Bidor
ke Kuala Bernam
ke Kuala Perak
ke Kuala Lumpur
ke Pahang
ke Pulau Pinang
seantero benua berbulan-bulan bertahun-tahun
sebelum kembali ke Kampung Jambu

hadirmu, madrasah di tanjungmu
manifestasi ilmu agama dan akhirat
tempat berjemaah bersembahyang
membaca kitab suci al-Quran
hadirmu, Raja Itam Ketua Sabak Bernam
mudik bersama-sama Tuan List – wakil Inggeris Teluk Kawali, Sepong
kealiman warga Rawa dikagumi
maka Tanjung Jambu mendapat ingatan
Tanjung Malim mendapat gelaran!

Chai Loon Guan,
Jabatan Bahasa Melayu,
SMK Methodist, Tg. Malim.

Bibliografi:
Zainal Abidin Daud (Murid Tua SiTC 1929). Meninjau Kisah Purba – Riwayat Tanjung Malim: Siri Sastera “Lanang Budiman” Edisi Pertama. Percetakan Buyong Yunos, Teluk Anson. 1979.
(Sumber: Antologi Puisi Rao Nusantara, Karyawan Perak)

Wednesday, December 25, 2013

AKU dalam Sketsa

Sketsa seorang "AKU". Terima kasih Tuan Salleh Saad. Selamat Tahun Baharu 2014 - warga Malaysia, Nusantara, dan Dunia. Cikgu CLG, MES Tg. Malim.


Monday, December 23, 2013

Selamat Hari Krismas

Selamat Hari Krismas dan Tahun Baharu 2014.
Cikgu Chai Loon Guan dan keluarga, Tg. Malim.

Potret Diri II - CLG

Potret Diri II - CLG oleh Tuan Salleh Saad.

Sunday, December 22, 2013

Pelita Bahasa 2013

Pendapat, makalah dan sajak penulis tersiar dalam majalah Pelita Bahasa sepanjang 2013. Terima kasih Sidang Pengarang Pelita Bahasa. Bahasa Jiwa Bangsa. CLG.

Saturday, December 21, 2013

Tahniah, Encik Koh Kian Ming!

Penulis bergambar kenangan dengan pasangan pengantin baharu (Encik Koh Kian Ming, bekas anak murid) bersama-sama ibu bapa mereka (bapa pengantin lelaki, Encik Koh Chong Han, bekas guru saya semasa Darjah 3 Merah pada tahun 1969 di SRJK Methodist, Tg. Malim) di Restoran E-Place, Tg. Malim pada 21 Disember 2013.

Friday, December 20, 2013

BM dalam PAT MCA


Bahasa Melayu dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60. Bahasa Jiwa Bangsa.

Thursday, December 19, 2013

PMR 2013


Tahniah MES Tg. Malim

Kughan Ramachandra, Tingkatan 3 Meekness, SMK Methodist, Tg. Malim - 8A dalam PMR 2013. Tahniah dan syabas!

TERIMA KASIH

Selamat sejahtera.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah, Pengetua Cemerlang, PIBG, barisan pentadbir, guru-guru SMJK Katholik, Tg.Malim, guru-guru bimbingan, rakan-rakan seperjuangan dan isteri yang tercinta atas iltizam, didikan, bimbingan, dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini sehingga anak bongsu saya, Chai Wuang Xing berjaya memperoleh keputusan 7A dan 1B (BC) dalam peperiksaan PMR 2013. Bahasa Jiwa Bangsa. Cikgu CLG.

Wednesday, December 18, 2013

Gambar Kenangan 2013

Penulis bergambar kenangan dengan YBhg. Prof. Dato' Dr. Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia bersempena dengan Persidangan Perancangan Bahasa Kebangsaan, Ideologi Bahasa Kebangsaan pada 10 - 11 Disember 2013 di Dewan Dato' Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Tuesday, December 17, 2013

PMR 2013

19 DISEMBER 2013 (Khamis) - Keputusan PMR 2013.
...menunggu khabar keputusan dalam sabar penuh debar, anak-anak didikku di SMK Methodist, Tg. Malim dan anak bongsuku di SMJK Katholik, Tg. Malim. Cemerlang, gemilang dan terbilang hendaknya. Cikgu CLG, Tg. Malim.

Sunday, December 15, 2013

Sajak - KUCING



KUCING

deria matamu,
Felis catus
seterang bintang
deria baumu,
sehebat pemangsa
lincah
biarpun manja
sesekali kaugarang
bagaikan harimau
sesekali kautenang
bagaikan lautan di pelabuhan
seterumu, tikus
tidak pernah berdamai
sesekali mengerip mengunggis
sesekali melompat merangkak mencakar
seperti
kucing belanda
kucing batu
kucing hutan
kucing emas
kucing jalang
kucing kerang
kucing negeri

ingat, jangan sekali-kali kita
menjadi kucing kurap
alim-alim kucing
bagai kucing kehilangan anak
bagai kucing dengan panggang
menanti kucing bertanduk
sesekali ada baiknya
biarkan kucing lalu
agar tikus tiada berdecit lagi
bangkitlah kita
membaiki hidup
duduk seperti kucing
melompat seperti harimau
di buana kehidupan
yang berteka-teki ini.

Chai Loon Guan,
MES Tg.Malim.
(Sumber gambar: Wikipedia BM)

Saturday, December 14, 2013

Sajak - KETAM



KETAM

ketam
berkaki sepuluh
bersepit
bergelar Brachyura
ada
ketam batu
ketam hantu
ketam galah
ketam nipah
ketam lelabah
ketam kajang
ketam padang
ketam renjung
ketam bangkang
ketam bunga
ketam pasir
ketam ukas

lumrah kehidupan
ketam siasah
sering luka tumpas
dijatuhkan rakan
di buana perjuangan
sesekali
hadir ketam cauvinis
menyuruh anaknya berjalan betul
sesekali
perlu kita tafsir
kuat ikan kerana radai
kuat burung kerana sayap
kuat ketam kerana sepit!

Chai Loon Guan,
MES Tg.Malim.
(Sumber gambar: Wikipedia BM)

Friday, December 13, 2013

PISA 2012

PISA oh PISA. Bisakah kita?
Sesungguhnya, bangsa yang membaca ialah bangsa yang berjaya. Membaca jambatan ilmu. Ilmu pelita hidup.
(Sumber: PISA 2012)

Anugerah Fotografi Dunia SONY

PERLUMBAAN HIDUP

Thursday, December 12, 2013

AJK LPS MES

AJK Lembaga Pengelola Sekolah, SMK Methodist, Tg. Malim 2013 - 2014.

Yang duduk dari kiri ke kanan:
YBhg. Cik Chew Poh Thoi, JP (mantan senator), En. Mohgana Selvam Nadarajah (Timbalan Pengerusi), En. James Selvaratnam (Pengerusi), YBrs. Cik Liew Siew Fong (Pengetua, SMK Methodist, Tg. Malim - Setiausaha), En. Ganesan Suppiah (Bendahari).
Yang berdiri dari kiri ke kanan:
En. Allen Chew Eng Whye (Alumni), En. Abel  Neelagandan (bekas Guru MES), Pn. Irene Kwan Gook Siew (AJK PIBGi), Pn. Suriathy Abdullah (Guru - Penolong Setiausaha), En. Chai Loon Guan (Guru/Alumni), En. Ramachandra Ponniah (YDP PIBG) dan En. Leong Tak (bekas Guru MES). Terima kasih. Salam. CLG.

Wednesday, December 11, 2013

Persidangan Perancangan Bahasa Kebangsaan 2013




Persidangan Perancangan Bahasa - Ideologi Bahasa Kebangsaan

10 Disember 2013
Ucapan Pengenalan YBhg.Prof.Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Pengerusi Panel Bidang Perancangan Bahasa.
Ucapan Perasmian dan Ucap Utama: "DBP sebagai Penggerak Nasionalisme Linguistik" oleh YBhg. Datuk Dr. Hj. Awang Sariyan, Ketua Pengarah, DBP.

Kertas I:
Kedudukan Bahasa Kebangsaan di Sabah oleh Prof. Madya Dr. Saidatul Nornis Mahali.
Kertas II:
Kedudukan Bahasa Kebangsaan di Sarawak oleh Dr. Norazuna Norahim.
Kertas III:
Dasar Bahasa Kebangsaan oleh Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Salleh.
Kertas IV:
Kesantunan Berbahasa dalam Media Penyiaran oleh YM Prof. Madya Dr. Raja Masittah Raja Ariffin.

11 Disember 2013
Kertas V:
Nilai dan Fungsi Bahasa Melayu oleh Prof. Dr. Noriah Mohamed.
Kertas VI:
Sikap terhadap Bahasa Kebangsaan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim.
Kertas VII:
Bahasa Kebangsaan dalam Masyarakat Multibahasa oleh Prof. Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah.
Kertas VIII:
Bahasa Melayu dalam Sektor Pendidikan oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Ishak Haron.
Kertas IX:
Pengisian Bahasa Kebangsaan oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan.
Kertas X:
Konsep Nasionalisme Linguistik oleh Prof. Dato Dr. Teo Kok Seong.
Kertas XI:
Estetika Bahasa Melayu Moden oleh Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud.

1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara. Bahasa Jiwa Bangsa.