Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, October 31, 2013

Wednesday, October 30, 2013

Sajak - GURU

Penulis sempat mendeklamasikan sajak - GURU, istimewa buat YBhg. Encik Lee Weng Woh, Pengetua, SMK Methodist (MES), Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.
 (1 April 2011 - 23 Oktober 2013).

Jasamu Dikenang

31 OKTOBER 2013 - KHAMIS
Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung - YBhg.Encik Lee Weng Woh, Pengetua, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim ( 1 April 2011 - 23 Oktober 2013). Terima kasih, Cikgu!


Tuesday, October 29, 2013

USM

Tiba-tiba, USM muncul dalam mimpi lenaku yang panjang pada petang Selasa, bersamaan 29 Oktober 2013.

Sunday, October 27, 2013

Jamuan "Hi-Tea" MES Tg.Malim 2013



SMK Methodist (MES) Tg. Malim
Jamuan "Hi-Tea" MES 2013
dan
Jamuan Perpisahan Pengetua
YBhg. Encik Lee Weng Woh

Tarikh:
10 November 2013 (Ahad)
Tempat:
Riverside Restaurant  
Putra World Trade Centre,
41, Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.
Masa:
12.30 tengah hari - 4.00 petang
Pakaian:
Rasmi

Bayaran:
RM 70.00 (seorang) 
Alumni, AJK PIBG dan LPS yang berminat untuk hadir, sila sahkan penyertaan tuan/puan kepada urus setia sebelum atau pada 6 November 2013 (Rabu), Terima kasih.

Sila hubungi:
Puan Suganthi a/p Vasudevan
(012 - 2213714)
atau
Encik Chai Loon Guan
(012 - 3549306)

BBK Negeri Perak 2013

Penulis sempat bergambar kenangan dengan YBhg.Prof. Emeritus Dr. Abdul Hamid Mahmood, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI bersempena dengan Majlis Pelancaran BBK 2013 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 27 Oktober 2013 (Ahad) di Dewan SITC, UPSI, Tg. Malim.


Saturday, October 26, 2013

Sajak - Aksara Bahasa dari UPSI



Aksara Bahasa dari UPSI
(...bersempena dengan Majlis Pelancaran BBK Sektor Pendidikan KPM di Dewan SITC, UPSI pada 26 Oktober 2013)

alangkah bertuah
dapat aku singgah
di rumah ilmumu, UPSI

di sini,
aku antara
ribuan warga
mahasiswa
sarjana bitara
umarak nusa
bahu-membahu
memartabatkan
Bulan Bahasa Kebangsaan

sesekali,
nostalgia perjuangan
SITC - MPSI
madah cendekia
karya berwibawa
Buyung Adil - Pungguk - Za'ba
mendewasakan usia
mendaulatkan upaya
bahasa
di persada bangsa
di persada antarabangsa

sesekali
buana ilmumu, UPSI
membenihkan ilham
menyuburkan azam
menyemarakkan iltizam
dalam aksara sumpah setia
mahu aku
perkasa bahasa
mahu aku
pelihara susastera
mahu aku
angkasakan bahasa
bahasa Melayu
bahasa rasmi bahasa ilmu
bahasa perpaduan
bahasa kebangsaan
bahasa jiwa bangsa
di pentas antarabangsa!

Chai Loon Guan,
Dewan SITC,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tg.Malim.

Friday, October 25, 2013

Sajak - DIWALI



DIWALI

Diwali
datang lagi
hiasan rangoli kolam
aroma bunga-bungaan
kerlipan lilin
cahaya pelita
terang-benderang
menghiasi rumah kehidupan
mensejahterakan insan

hadirmu, Diwali
cahaya menerangi kegelapan
kebenaran menewaskan kejahatan
atas keberkatan
Lakshimi Puja, Ganesha
Ridhhi dan Siddhi
kekangan ditangani
keamanan ditelusuri
kesihatan dilindungi
kebahagiaan diberkati

feng shui
busana fabrik sutera
antara doti
dan sari kanchipuram
kali salwar kameez Aishwarya
memeriahkan sambutan
mendamaikan kemanusiaan
merapatkan perpaduan

Diwali
datang lagi
bersama-sama muruku
idli, paratha puri, beriani, achi muruku
putu mayam, adhirasam, wade masalode
kallu urundai, chittu urundai
santapan tradisi
kudapan manusiawi
sahabatku, Mutu
zaman-berzaman
di buana kehidupan

Chai Loon Guan,
Poliklinik KKB,
Kuala Kubu Bharu.

Jasamu Dikenang

Berita Mutakhir:
JASAMU DIKENANG
YBrs. Encik Lee Weng Woh, Pengetua, SMK Methodist, Tg. Malim telah bertukar ke SMK Methodist (ACS) Ipoh mulai 23 Oktober 2013. Saya bagi pihak warga sekolah, Alumni, PIBG dan LPS, SMK Methodist, Tg. Malim mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa bakti dan iltizam tuan yang amat dedikasi dan cemerlang kepada pihak sekolah, khususnya anak-anak didik (MES Tg.Malim) yang tercinta. Selamat bertugas di sekolah baharu, SMK Methodist (ACS), 30200 Ipoh dan maju jaya selalu. Salam.


Thursday, October 24, 2013

2014

DIARI PERGURUAN 2014:
(...dari Tanjung Tualang ke Tanjong Malim)

Penulis memulakan kerjaya perguruan pada 1982 di SM Dato' Bendahara CM Yusuf, 31800 Tanjung Tualang, sebuah desa yang terpencil dan terpinggir tetapi kaya akan lombong bijih timah, kapal korek, udang galah dan ikan air tawar. Kini, penulis masih meneruskan kerjaya dalam perkhidmatan perguruan, 2013 di SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, sebuah pekan kecil yang kaya akan catatan sejarah, landskap Banjaran Ttitwangsa, pau ayam Yik Mun, UPSI, Bandar Proton, INSTUN, dan Politeknik SAS, Behrang,  Perak Darul Ridzuan. Yang jelas, hari demi hari, mata kian kabur, minda kian lupa, badan kian uzur...maklumlah, sang pengembara sedang dijejaki oleh senja waktu kerjaya dan usia. Apakah masih ada mentari pada keesokan hari? Terima kasih, Tuhan kerana sudi memberi aku kesempatan untuk bernafas di bumi-Mu yang kaya dan menduga ini! Salam Bahasa Jiwa Bangsa.


Tuesday, October 22, 2013

Potret Digital CLG

Seni Potret Digital CLG oleh Tuan Salleh Saad. 
Terima kasih, Tuan Salleh Saad. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Monday, October 21, 2013

Kongres Puisi Sedunia

Sayang, penulis tidak dapat hadir oleh sebab tugas rasmi dan MMI. 
Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Friday, October 18, 2013

MATOA

Tengah hari, 18 Oktober 2013, sekembali dari sekolah, isteri memaklumkan bahawa saya telah dihadiahi segugus buah MATOA dari Irian Jaya, Indonesia oleh seorang sahabat dan juga Alumni MES Tg. Malim. Kulit MATOA agak keras tetapi isinya persis buah longan (mata kucing), manis dan enak rasanya. Terima kasih, Encik Allen Chew!

Thursday, October 17, 2013

Pelita Bahasa Oktober 2013

Komentar Bahasa - Catatan Bahasa Jiwa Bangsa oleh Chai Loon Guan dalam Pelita Bahasa Oktober 2013.

Gambar Kenangan

Penulis dan En.R.Tewarajoo (Munsyi Dewan Bahasa, DBP) sempat bergambar kenangan dengan YBhg. Tn. Hj. Muhamat Roli bin Hj. Hassan, Pengarah Pendidikan Negeri Perak seusai Majlis Anugerah Tokoh Nilam Negeri Perak 2013 pada 17 Oktober 2013 di Dewan Serbaguna Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

AJK PPC

AJK Persatuan Pengajian Cina 2013, SMK Methodist, Tanjong Malim.

Wednesday, October 16, 2013

Anugerah Tokoh Nilam Negeri Perak 2013

Majlis Anugerah Pusat Sumber Cemerlang dan Anugerah Tokoh Nilam Negeri Perak Darul Ridzuan 2013 akan berlangsung pada 17 Oktober 2013 (Khamis, 2 petang) di Dewan Serbaguna Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Majlis penyampaian anugerah tersebut akan disempurnakan oleh
YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, 
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Monday, October 14, 2013

Godam dan Penggodam Internet

Laman FB dan e-mel saya telah digodam oleh manusia yang bergelar penggodam. Sila abai dan nyahkan bahan yang tidak beretika dalam kedua-dua laman tersebut. Terima kasih. Salam Hari Raya Aidiladha. CLG, Tg.Malim.

Alumni MES Tg. Malim

Barisan Kepemimpinan Alumni MES (SMK Methodist) Tg. Malim bagi tahun 2013 - 2014. Selamat bertugas.

Saturday, October 12, 2013

Sajak - MAUT



MAUT

maut
tidak mengenali
siapa-siapa
datang menjemput kita
tanpa kad
e-mel atau sms

sama ada
dinihari
siang atau malam
maut
bisa mempelawa kita
bila-bila
bisa menunggu kita
mana-mana
segala-galanya
atas kehendak-Nya

yang pasti
hadir sakaratulmaut
mengundang
kita pulang
tanpa apa-apa
melainkan
kebaikan
kemanusiaan
keimanan
ketakwaan
kita, sang pengembara
di buana kehidupan
di rumah Tuhan!

Chai Loon Guan,
Taman Intan Setia,
Tg. Maim.

(Sumber: Berita Harian - 17 November 2013)