Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, September 29, 2013

Malam Tanglung MES Tg. Malim 2013

Malam Tanglung MES Tg. Malim 2013 anjuran Persatuan Pengajian Cina, SMK Methodist, Tg. Malim telah berjaya diadakan di Dewan MES dan Dataran Goodwill MES Tg. Malim pada 14 September 2013.

Saturday, September 28, 2013

Analisis Novel Menjelang PMR 2013 (ii)



Tema

Novel Hikmah (T1)

Novel ini bertemakan kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku. Amri ialah anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Malangnya, sikap ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan Amri berubah sikap. Ayahnya yang terlibat dalam perjudian dan penyalahgunaan dadah sering merampas wang dan barang kemas daripada ibu Amri. Amri yang melihat kekasaran ayah terhadap ibunya berasa marah. Untuk melepaskan tekanan dan kemarahannya, Amri memeras ugut pelajar yang lemah dan meminta wang perlindungan.

Novel Erti Sebuah Pengorbanan (T2)

Novel ini bertemakan kegigihan dan kecekalan hati seorang anak yang menjadi mangsa perceraian kedua-dua orag tuanya dalam menghadapi pelbagai cabaran. Iman Zulaikha berusaha dengan sabar untuk menyatukan bapa dan ibunya semula setelah mereka bercerai. Dia juga bersabar apabila menghadapi segala perbuatan dan tindakan Linda yang cemburu atau iri hati terhadap kejayaannya. Iman Zulaikha juga tidak mengalah terhadap setiap masalah yang datang. Dia tetap memberikan tumpuan terhadap pelajarannya. Diajuga membuat segala persiapan untuk menghadapi pertandingan pidato peringkat daerah yang disertainya sebagai wakil sekolah. Akhirnya, dia berjaya.

Novel 6:20 (T3)

Novel ini bertemakan jati diri remaja yang diuji dengan anasir Barat dan pengaruh kemodenan. Jati diri yang teguh akan melahirkan pewaris yang bijak dan terarah serta mempunyai nilai moral dan keperibadian tinggi. Kekuatan jati diri remaja yang dibina dalam novel ini dapat dilihat melalui watak Nur Sukma Hj. Syaqir dan Rafiq Mustaqeem. Begitu juga hadirnya watak-watak lain seperti watak Iskandar, Teja, Alvin, dan Jerry. Jati diri remaja yang dibimbing akan menghasilkan insan yang prihatin terhadap keadaan sekeliling, perasaan kasih sayang sesama keluarga serta memupuk persahabatan tanpa mengira bangsa dan agama.

Analisis Novel Menjelang PMR 2013 (i)



Latar Masyarakat dalam Novel Hikmah (T1)

1. Masyarakat yang amanah dan berani dalam menjalankan tugas. Contohnya, Sapura sebagai pengawas berani mengadukan salah laku Amri kepada guru disiplin, Cikgu Salman walaupun dia sedar akan risiko yang bakal menimpanya.

2. Masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain dan sanggup membantu. Contohnya, Sapura yang telah mengetahui kesusahan hidup Amri berusaha sedaya upaya untuk membantu Amri dan emaknya. Malah, ibu bapa Sapura pun sudi menghulurkan bantuan kepada Amri dan emaknya.

3. Masyarakat guru yang tegas. Contohnya, Cikgu Salman tidak berkompromi dalam soal disiplin. Beliau mengenakan hukuman rotan terhadap Amri kerana Amri telah melanggar undang-undang sekolah apabila membuli pelajar lain.

Latar Masyarakat dalam Novel Erti Sebuah Pengorbanan (T2)

1. Masyarakat moden yang mementingkan pendidikan. Ibu Iman Zulaikha melanjutkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran di universiti di New Zealand manakala bapa saudara Iman Zulaikha, iaitu Pak Su Razlan juga melanjutkan pengajian di situ.

2. Masyarakat kampung yang berbilang kaum. Pei Wen dan Iman Zulaikha tinggal berjiran. Malah, Pei Wen gemar menikmati masakan orang Melayu.

3. Masyarakat yang celik teknologi komunikasi. Iman Zulaikha dan ibunya saling berutus berita melalui e-mel.

Latar Masyarakat dalam Novel 6:20 (T3)

1. Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam menjaga ikatan kekeluargaan agar hidup sejahtera.  Contohnya, ikatan kasih sayang antara Sukma dengan ibu bapanya tetap utuh walaupun mereka diuji dengan dugaan yang amat berat.

2. Masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Hj. Syaqir menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikulnya.

3. Masyarakat yang mengambil berat dan prihatin akan orang  tersayang. Contohnya, ibu Sukma, Puan Delia sentiasa mengambil tahu tentang keadaan anak tunggalnya walaupun sikapnya menimbulkan salah faham, namun semuanya itu disebabkan oleh perasaan sayang dan prihatin.

Plot Cerpen Tingkatan 2 - Dendam



Cerpen:
Dendam (Shariza A.Rahman)

Permulaan
Along sangat marah apabila melihat buku latihan Fizik yang baru dibelinya semalam telah diconteng dan dikoyakkan oleh Angah. Along mengimbas kembali kejadian buku-bukunya yang telah dikoyakkan oleh Angah sebelum ini. Kemudian, Along melihat majalah kesayangannya juga habis dikoyakkan oleh Angah.

Perkembangan
Along bertindak memarahi Angah. Along juga menampar dan menolak Angah. Angah menangis dan segera berlalu. Ibu mereka mencari-cari Angah. Setelah mendapati Angah tiada, ibu memarahi Along. Ibu juga menunjukkan rasa kasih kepada Angah. Malamnya, ayah mereka turut memarahi Along setelah mendapati kertas kerjanya telah dikoyakkan.

Klimaks
Along menyatakan protes terhadap ayahnya kerana baginya, ayah bersikap berat sebelah. Berlaku pertengkaran mulut antara Along dengan ibunya pula. Di dalam bilik, Angah yang tidak mengerti apa-apa ingin memujuk Along tetapi dimarahinya. Angah dihalaunya keluar dari biliknya. Ibu begitu sedih apabila mendapati rantai mutiaranya putus. Along berpura-pura tidak mengetahui apa-apa. Angah dituduh memutuskan rantai itu. Sebagai akibatnya, Angah disebat oleh ayah dengan menggunakan tali pinggang.

Peleraian
Along berasa kasihan terhadap Angah. Along juga kesal kerana telah memfitnah Angah. Kerana simpati terhadap Angah, Along memasuki bilik Angah dan memeluk Angah dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang Along terhadap Angah mula berputik. Hilanglah dendamnya terhadap Angah selama ini.

Tema
Perasaan dendam yang menyebabkan hilangnya pertimbangan. Along hilang pertimbangan sehingga dia lupa bahawa adiknya, Angah masih kecil dan memerlukan belaian dan didikan.

Persoalan
a. Layanan yang tidak adil terhadap anak-anak. Ibu dan ayah Along sering memarahi Along atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Sekiranya Angah yang berbuat salah, ibu dan ayahnya tidak pula memarahi Angah.
b. Perasaan dendam sebagai akibat ketidakadilan yang terjadi. Along berdendam dengan Angah kerana layanan ibu dan ayahnya yang tidak adil terhadap dirinya.
c. Fitnah yang menyebabkan seseorang teraniaya. Along menuduh Angah yang memutuskan rantai mutiara ibu mereka sehingga Angah disebat dengan tali pinggang oleh ayah, walhal Alonglah yang melakukan perbuatan itu.
d. Keinsafan setelah timbul perasaan belas kasihan. Along bersimpati terhadap Angah setelah melihat kesan sebatan pada badan Angah. Along insaf atas kesalahannya membuat fitnah sehingga Angah menderita kesakitan.
e. Hubungan adik-beradik perlu dijaga dengan baik. Along akhirnya sedar bahawa dia mempunyai seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatiannya.

Thursday, September 26, 2013

Persatuan Penulisan Kreatif 2013

Ahli-ahli Persatuan Penulisan Kreatif, MES Tg. Malim bergambar kenangan di Dataran Goodwill MES Tg.Malim pada 27 September 2013.

Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak 2013

Antara calon Tokoh Nilam Negeri Perak Darul Ridzuan 2013 yang sempat bergambar kenangan dengan penulis pada 25 September 2013 di BTPN Perak. Salam MBMMBI.

Tuesday, September 24, 2013

Friday, September 20, 2013

Hari Kokurikulum MES Tg.Malim 2013


Hari Kokurikulum MES Tg. Malim 2013.
Tema: Mendaulatkan Negara, Membudayakan Bangsa
Perasmian: Encik Lee Weng Woh, Pengetua, SMK Methodist, Tg. Malim.
Tarikh: 21 September 2013
Tempat: Dataran Goodwill MES Tg.Malim


KKMM, Putrajaya

Antara penulis tanah air yang hadir menambahserikan majlis pelancaran buku - SUARA KITA: Antologi 1000 Sajak Merdeka pada 19 September 2013 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Putrajaya.

Jalan-jalan Cari Makan


18 September 2013 - Hotel AnCasa Pudu raya, Kuala Lumpur memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk berdarmawisata di sekitar Jalan Petaling. Menjelang senja, dapat saya beli beberapa naskhah buku ahli falsafah agung Cina dalam bentuk kartun berversikan bahasa Inggeris.

Thursday, September 19, 2013

Perayaan Kuih Bulan


 The Moon Goddess of Chang'e (Shi Yu)

SUARA KITA - Antologi 1000 Sajak Merdeka

Selamat pergi dan selamat kembali ke Tanjong Malim seusai Majlis Pelancaran Buku - Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 19 September 2013 di Dewan Serbaguna,  Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Putrajaya. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Monday, September 16, 2013

Sunday, September 15, 2013

Antologi Ratib 1000 Syair

Bacalah sajak-sajak CLG dalam Antologi Puisi - Ratib Seribu Syair (Gapena, 2005). Sajak-sajak tersebut ialah Bahasa, Kerusi, Kuda dan Lata Bongsu.

Saturday, September 14, 2013

Malam Tanglung MES Tg.Malim

Lentera bergantungan di sepanjang kaki lima bilik darjah menjelang lewat petang
14 September 2013.

Sajak - WAKTU



WAKTU
(bersempena dengan Malam Tanglung...)

Waktu
tidak pernah menipu
di dunia hidup
sang warga
waktu
pernah didatangi
dan ditinggalkan
dalam duka
dalam bahagia

Waktu
tidak pernah bersandiwara
di pentas hidup
sang manusia
waktu
pernah dipertontonkan
dan dilupakan
ketika susah
ketika mewah

Kitalah
musafir perjalanan
di alam fana
sesekali alpa
membiarkan waktu
berlalu
tanpa ilmu
di rumah hidup
sesekali lupa
melepaskan waktu
sia-sia
tanpa usaha
di buana hidup

Sayang
perginya waktu
dalam rindu
dalam ungu
tanpa tunggu!

Chai Loon Guan,
Dataran Goodwill, MES Tg.Malim.

(Sumber: Berita Harian - 22 September 2013)