Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, June 30, 2013

Johan Perbarisan 2013

KRS MES - Johan Perbarisan Sukan Olahraga MES Ke-64 2013 di padang utama UPSI Tg.Malim pada 29 Jun 2013. Tahniah!

APC 2012

Tahniah, guru-guru MES! APC 2012. Salam.

Saturday, June 29, 2013

Aku Sebuah KD



Aku Sebuah Kamus Dewan
          Aku sebuah Kamus Dewan. Isi perutku sarat dengan makna perkataan dan banyak maklumat. Aku sentiasa menjadi perhatian para murid sekolah dan pelajar universiti.
          Aku dibuat di sebuah kilang buku yang terkenal. Aku diterbitkan oleh Dewan dan Pustaka yang terletak di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Sebenarnya, nama aku  ialah “Kamus Dewan”.
          Setelah aku siap diproses, aku dibungkus dengan cantik dan kemas. Aku dihantar ke Perpustakaan Tun Razak, Ipoh. Aku sering menjadi rujukan pelajar, guru-guru, ilmuwan dan golongan cendekiawan.
          Perananku sangat besar dalam perkembangan bahasa. Aku sentiasa menyumbangkan khidmat bakti kepada semua lapisan masyarakat. Antara sumbanganku ialah memberikan makna perkataan, termasuk kata pinjaman bahasa Inggeris, Arab, dan Jawa.
          Oleh sebab aku selalu digunakan oleh banyak orang, maka badan aku menjadi semakin buruk dari sehari ke sehari. Kulitku sudah dikoyakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Isi perutku banyak yang terkoyak, tertanggal dan terpisah.
          Aku tidak dapat diselamatkan lagi. Kulitku telah hilang. Aku terpaksa dibiarkan dan disimpan di dalam stor yang gelap untuk dihapus kira barangkali. Aku berasa amat sedih kerana tidak dapat menyumbangkan khidmat dan berbakti kepada masyarakat lagi,
          Biarpun begitu, aku berasa bangga sungguh kerana dapat berkhidmat kepada masyarakat tentang kosa kata dan makna dalam bahasa Melayu. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Hasil kerja:
Tan Jing Wen, Tingkatan 1 Meekness, SMK Methodist, 35900  Tg. Malim.

Sajak - AKSARA



AKSARA

Aksara berkata. Kata menjerit. Jeritan berlagu. Lagu duka. Duka lara. Lara pun bertapa di gua marah. Marah membara. Bara amarah membakar budi bahasa. Bahasa dicabul. Metafora luka. Personifikasi emosi bersketsa di bingkai hidup. Hidup mempamerkan gah. Gah megah tua tersimpan uzur. Uzur dalam nawaitu berona. Rona hari kian tinggi. Tinggi dalam nafsu tanpa akal. Akal bercelaru. Celaru dibutakan rasa. Rasa ego. Ego membelenggu jiwa. Jiwa meratap hiba. Tunduk hiba di buana duka. Duka mengalirkan air mata. Air mata kehidupan. Kehidupan dibelenggu aksara kata-kata. Kata-kata tanpa minda adalah bisa racun. Bisa racun tohmah. Bisa racun fitnah. Liar fitnah dan muslihat tohmah menodai ikhlas persahabatan. Maka, tertewaslah ukhuwah dalam kerancuan insan di sarwajagat kehidupan!

Chai Loon Guan,
MES Tg.Malim.
24 - 30 Jun 2013

Thursday, June 27, 2013

HSPM 2008 - 2009

Nostalgia I
Majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2008 - 2009 pada 2 Disember 2010.
(Tiga tahun yang lalu...)

Karnival Bahasa Malaysia

Karnival BM SJK(C) dan SJK(T) Negeri Perak Darul Ridzuan, yakni Pertandingan Teater Solo SR (Tahap I) dan Pertandingan Kuiz BM SR (Tahap II) akan berlangsung pada 5 - 6 Julai 2013 di Hotel Taiping Perdana, Taiping. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Monday, June 24, 2013

Sajak - JEREBU



JeReBu

debu jerebu
adalah nasi kabut
gergasi kebun
yang disuapkan
paksa
ke mulutku
loya-meloyakan

debu jerebu
adalah nafas noda
gergasi ladang
yang ditiupkan
cemar
ke paru-paruku
lelah-melelahkan

debu jerebu
adalah hadiah
hembus  
kemanusiaan
buah tangan
korporat kebun
kepada wangsa
cenderamata
korporat ladang
kepada warga
nusantara!

Chai Loon Guan,
Tg.Malim - IPU 150
24 Jun 2013


Jemputan

SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
dengan penuh takzim mempersilakan

YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
ALUMNI MES

ke
Kejohanan Olahraga Tahunan 2013, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim Kali ke-64
pada 29 JUN 2013 (Sabtu) pukul 8.00 pagi bertempat di padang utama
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim.

Mural MES Tg.Malim


Mural SMK Methodist, Tg.Malim.
"Rakyat Malaysia Bersatu untuk Keselamatan Jalan Raya"
24 Jun 2013

JeReBu di MES Tg.Malim



24 Jun 2013 - Isnin (8.30 pagi)
JeReBu menyerang SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim.
IPU melepasi 150.


Sunday, June 23, 2013

Universiti Malaya

Syabas dan tahniah, UNIVERSITI MALAYA! Ikhlas daripada CLG, bekas pelajar Rancangan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM (1994 - 1998). Salam.

Saturday, June 22, 2013

MURAL

Projek Mural "Rakyat Malaysia Bersatu untuk Keselamatan Jalan Raya" - Kerjasama intim dan iltizam daripada murid, guru dan warga SMK Methodist, 35900 Tg. Malim dalam merealisasikan sketsa di dinding pejabat bersebelahan dengan kantin sekolah. Tepuk-tepuk MES! Salam.

Friday, June 21, 2013

Dirgahayu DBP!

Dirgahayu DBP! Kedua-dua antologi perseoranganku - Di Padang Kehidupan (Sajak) dan Di Perantauan Impian (Cerpen) lahir di buana bahasa dan susasteramu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih daun keladi. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

JEREBU

JeReBu Oh JeReBu!

Tatabahasa BM SKOR BH



Latihan Tatabahasa SKOR BM Berita Harian
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1.       Kebanyakkan orang pada masa ini mula meminati perabut jati yang diimport dari Indonesia.

2.       Jalan raya yang diperlebarkan di serata pelusuk negara akan memudahkan perjalanan orang ramai.

3.       Ibu akan memasakan ayah nasi beryani yang enak.

4.       Pengembala kambing itu menunjukkan tauladan yang baik kepada penduduk desa.

5.       Kita hendaklah mengenepikan sikap tamak dan gembelenglah tenaga untuk membangunkan bangsa dan nusa.

6.       Kerajaan akan mengkhaskan peruntukan yang besar untuk meningkatkan taraf pendidikan vokasyenal.

7.       Peniaga itu memperolehi pendapatan yang lumayan hasil jualan murtabak pada bulan Ramadan.

8.       Oleh sebab perlaksanaan program sukan yang terancang, banyak atlit dapat dilahirkan.

9.       Kenaikkan harga petrolium di pasaran dunia membimbangkan banyak pihak.

10.     Untuk menghasilkan pencapaian yang maksima, kita disarankan agar memperhalusi segala pandangan.

11.     Semua surat yang ditandatangan oleh pengetua hendaklah disertakan dengan cop rasmi sekolah.

12.     Pertandingan mengukur kelapa merupakan salah satu acara yang menarik pemerhatian pengunjung karnivel sukan rakyat yang diadakan di padang sekolah kami pada hari semalam.

13.     Wabak selsema burung akan menjadi ancaman kepada penduduk dunia sekiranya tidak mencegah lebih awal.

14.     Jawatankuasa penganjur program gotong-royong untuk membersih kawasan taman perumahan itu telah merancangkan aturcara yang sesuai untuk membolehkan semua penduduk mengambil bahagian.

15.     Semua pelajar diminta menganalisa keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan melakukan usaha untuk membaikki kelemahan masing-masing.

(Sumber: Berita Harian, 12 Jun 2013)