Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, June 7, 2013

Latihan Melengkapkan Karangan Contoh BM PMR



Tajuk:

Semasa anda mengikuti ekspedisi  mendaki gunung, anda telah tersesat. Nasib anda begitu baik kerana anda telah berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Gambarkan keadaan yang anda alami semasa kejadian tersebut.

        Dalam keheningan pagi Sabtu, aku telah mengikuti satu ekspedisi mendaki gunung yang telah dianjurkan oleh pihak sekolahku. Perasaanku sungguh ______________ kerana ini adalah kali pertama aku mengikut ekspedisi _____________ gunung. Aku berasa teruja ketika masuk ke dalam hutan kerana dapat melihat keindahan flora dan fauna. Ekspedisi yang aku sertai _____________ oleh guru pengiring, iaitu Encik Muniandy. Beliau amat _____________________ disiplin para pelajarnya. Beliau meminta kami menjaga kebersihan alam semula jadi.

        Ketika aku asyik melihat keindahan alam semula jadi, tanpa disedari aku telah terpisah daripada kumpulan ekspedisiku. Aku berasa ___________ dan gelisah. Aku mencuba untuk mencari jalan keluar tetapi gagal. Aku terdengar pelbagai bunyi yang pelik dan menyeramkan. Aku menjadi ___________ takut dan kurang selesa. Suasana di dalam hutan yang semakin kelam menyebabkan kebimbangan mula menguasai benakku.

        Hari semakin gelap dan aku masih tidak _________________ jalan keluar. Perasaan takut telah mula menyelubungi diriku. Aku mula dibayangi perasaan yang menyeramkan. Aku mula memikirkan hantu dan ____________ paranormal yang dapat menakutkan aku. Malam sudah muncul. Keadaan di sekelilingku menjadi gelap-gelita dan bulu-bulu romaku mulai tegak berdiri. Aku yang memang takut akan suasana gelap, mencuba untuk __________________ diri. Dalam keadaan yang penat, akhirnya aku tertidur.

        Pada keesokan harinya, aku terjaga daripada lenaku setelah terdengar _________ suara orang memanggil-manggil namaku. Rupa-rupanya suara itu suara Encik Muniandy bersama-sama rakan-rakanku yang datang untuk ____________________ aku. Aku berasa sungguh gembira dan sangat lega. Aku berasa bagaikan _________ dan hidup semula.

        Semua pihak berasa sungguh lega dan gembira kerana aku telah berjaya ditemui. Berita tentang penemuanku telah mendapat _________________ media massa. Dengan tersebarnya berita penemuanku, aku telah menjadi popular. Aku telah mendapat _________________ yang sungguh berharga yang tiada nilainya. Peristiwa ini membuatkan aku menjadi seorang yang tabah untuk menempuh cabaran dan __________________ pada masa depan.

Sumber: 
Esensi Bahasa Malaysia PMR - Longman Pearson (Abdul Ghalib Yunus, Dr. Ghazali Lateh, dan Azahar Bahari)

No comments: