Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, April 15, 2013

Melengkapkan Karangan Laporan BM SPM - Frasa BM


LATIHAN MELENGKAPKAN KARANGAN BM SPM 
(LAPORAN - FRASA BM)
Sekolah anda telah dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri. Anda merupakan setiausaha Persatuan Bahasa Melayu yang ditugaskan menyediakan laporan pertandingan itu. Sediakan laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Kedah

            Pada 16 dan 17 Jun 2011, pertandingan bahas ala parlimen peringkat negeri telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari berturut-turut ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Tujuan utama ____________________ dijalankan adalah untuk mencungkil bakat para pelajar dalam arena perdebatan di samping meningkatkan keintektualan pelajar. Sebenarnya, pertandingan bahas merupakan program serampang dua mata yang dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam usaha untuk menjadi tuan rumah yang terbaik, Persatuan Bahasa Melayu diamanahkan untuk mengendalikan pertandingan ini sepanjang dua hari pertandingan. Encik Nas Ifiat bin Mohd. Salleh selaku guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu telah ______________________ persatuan kepada empat kumpulan untuk melaksanakan tugas yang sewajarnya.

            Seawal pukul 8.25 pagi pada 16 Jun 2011, pasukan bahas yang mewakili daerah Padang Terap/Pendang, iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min tiba bersama-sama dengan penyokong ______________________ mereka. Guru pengiring bagi pasukan ini ialah Encik Alang Ikhwan bin Abdullah manakala ketua pasukan mereka ialah Jamilah binti Kassim. Tiga puluh minit selepas itu, pasukan bahas Sekolah Menengah Pinang Sebatang dari daerah Kuala Muda/Yan tiba bersama-sama ____________________________ mereka, iaitu Encik Md. Haidin bin Rubin. Pasukan yang diketuai oleh Anis Suraya binti Sobri ini merupakan johan ______________________ lepas. Kira-kira pukul 9.15 pagi, naib johan tahun lalu tiba, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lima yang mewakili daerah Baling/Sik. Pasukan-pasukan lain yang mewakili daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Kulim/Bandar Baru, dan Langkawi tiba sejurus selepas itu.

            Pertandingan yang dijadualkan bermula pada pukul 10.00 pagi terpaksa ditunda 15 minit berikutan kehadiran hakim yang ______________________. Tepat pada pukul 10.15 pagi. Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Kedah peringkat saringan dimulakan. Pada peringkat ini, daerah Baling/Sik bertemu dengan Kota Setar membahaskan usul "Hukuman Rotan Wajar Dilaksanakan di Sekolah" manakala daerah Kubang Pasu bertemu _________________________ tahun lalu, iaitu pasukan bahas dari daerah Kuala Muda/Yan. Pada masa yang sama, daerah Padang Terap/Pendang bertemu dengan daerah Kulim/Bandar Baru. Disebabkan beberapa faktor, pasukan bahas dari Langkawi dipilih untuk terus ke peringkat separuh akhir. Seperti yang dijangkakan, pasukan yang berjaya meneruskan perjuangan bersama-sama dengan daerah Langkawi di peringkat separuh akhir ialah pasukan __________________ Baling/Sik, Kuala Muda/Yan, dan Kulim/Bandar Baru.

            Pada waktu petang, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lima mewakili daerah Baling/Sik, Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Sebatang dari Kuala Muda/Yan, Sekolah Menengah Kebangsaan Indah Mahsuri wakil daerah Langkawi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra dari Kulim/Bandar Baru ______________________________ pada peringkat separuh akhir. Usul yang diperdebatkan ialah "Keluarga Bahagia Mangkin Kecemerlangan Komuniti". Pada peringkat ini, daerah Baling/Sik bertemu dengan daerah Kuala Muda/Yan manakala daerah Kulim/Bandar Baru berdebat _________________ Langkawi. Tumpuan lebih diberikan terhadap perdebatan johan tahun lalu dengan naib johan bagi melihat kemampuan Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Sebatang __________________________. Selepas lebih kurang 90 minit pertandingan berlangsung, peringkat akhir yang akan dijalankan keesokan harinya mempertemukan pasukan bahas dari daerah Baling/Sik dengan daerah Langkawi.

            Keesokan harinya, iaitu pada 17 Jun 2011, kedua-dua pasukan yang akan berentap pada peringkat akhir, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Sebatang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lima tiba seawal pukul 8.45 pagi walhal pertandingan bermula pada pukul 10.00 pagi. Sekali lagi pertandingan ditunda kerana kelewatan _____________________ disebabkan tersekat dalam kesesakan jalan raya di pekan Sik. Kendatipun sedikit terlewat, pertandingan diteruskan 15 minit selepas waktu yang ditetapkan. Usul yang dibentangkan pada peringkat akhir ialah "Interaksi antara Pelajar dan Guru Penting dalam Usaha Membina Sahsiah Pelajar". Pertandingan peringkat akhir ini juga menjadi tumpuan kulawangsa Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik sehingga berlaku sedikit gangguan. Namun begitu, gangguan kecil ini tidak ________________________ negatif kepada pertandingan. Pertandingan tamat pada pukul 11.00 pagi dengan kemenangan berpihak kepada pasukan bahas dari daerah Baling/Sik.

            Selepas tamat pertandingan peringkat akhir, _____________________ disajikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Al-Hananiah serta diteruskan dengan persembahan dikir barat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik. Selain itu, majlis penutupan ini juga diserikan dengan persembahan nyanyian ____________________________ dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kwok Kwok. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Tuan Haji Osman bin Ayob turut dijemput untuk memberikan ucapan. Dalam ucapan tersebut,  beliau menyatakan rasa terkejut melihat kebolehan berdebat yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Beliau turut berharap agar pertandingan ini dapat mencapai matlamat utama, iaitu sebagai medium _______________________ tahap pemikiran para pelajar. Selepas itu, Tuan Haji Osman bin Ayob sekali lagi dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

            Segala aktiviti pertandingan tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Para jemputan khas dan guru-guru pengiring dijemput ke _______________________ untuk menjamu selera sebelum para peserta dibenarkan pulang. Urus setia pertandingan, iaitu ahli Persatuan Bahasa Melayu menjalankan tugas terakhir mereka mengemas dewan serta kelas-kelas yang terlibat sepanjang pertandingan. Sememangnya, tugas untuk mengendalikan pertandingan bahas ala parlimen peringkat negeri merupakan suatu ___________________ kepada ahli persatuan. Berkat kerjasama dan sokongan yang utuh, pertandingan ini dapat dijalankan tanpa sebarang kendala. Hal ini bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Akhir kata, ahli Persatuan Bahasa Melayu _________________________ terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha membantu kami secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Disediakan oleh,                                                                                         2 JULAI 2011

Alifsafar Ali
(ALIFSAFAR ALI BIN ZOHOR ALI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.

NEXUS SPM BAHASA MALAYSIA EDISI KHAS - SASBADI SDN.BHD., PETALING JAYA, 2011.
Cikgu Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan (Bahasa) DBP, SMK Methodist, Tg.Malim.

No comments: