Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, March 7, 2013

Teknik Plot dalam Novel T4 - Azfa Hanani


Analisis Novel Ting. 4: Azfa Hanani
Penulis: Halis Azhan Mohd Hanafiah
Tajuk tugasan: Teknik Plot

1.   Pemerian - Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin Maziah.
Contohnya, Begitu, aku terasa seperti berjalan di awng-awangan semasa mula-mula tiba di situ. Banglo itu terlalu besar, berganda-ganda kalau mahu dibandingkan dengan teratak buruk yang pernah kuhuni.
2.   Dialog - Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran.
Contohnya, “Saya nak tanya satu perkara lagi. Abang Mus datang ke mari ini… ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke?”
“Saya tidak perlu beritahu, sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu, cukuplah,” jawab Ekran.
3.   Monolog dalaman - Watak berkata-kata atau berfikir tentang sesuatu perkara di dalam hati. Sebagai contoh, Azfa Hanani bermonolog dalaman setelah dia terasa tersindir oleh kata-kata Kamilah.
4.   Imbas kembali - Azfa Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu-sepupunya di kampung.
Contohnya, “Masakan mama memang sedap,” Aku menokok bersahaja kerana wajah Zahidin melintas di ruang mata. Dia akan kecur liur kalau sesekali mak long menggoreng ayam. Dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratah ayam goreng selepas itu.
5.   Suspens - Pengarang turut menggunakan teknik suspens.
Contohnya, ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia mengajak Azfa  Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar-debar semasa menuruni tangga. Pembaca tertanya-tanya akan reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.
6.   Teknik kejutan - Pengarang menerapkan unsur kejutan untuk mewujudkan suasana pembacaan yang menarik.
Contohnya, Azfa Hanani terkejut apabila melihat pak long dan Zuraini yang telah sembuh daripada penyakit lumpuh berbual dengan Datuk Tengku Makmur.

No comments: