Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, March 8, 2013

Karangan BM T3 - PMR 2013


Catatan Pengalaman di Kampung Halaman

        Pada cuti penggal akhir persekolahan yang lepas, saya dan keluarga telah pulang ke kampung untuk bertemu dengan datuk dan nenek. Kampung datuk dan nenek saya terletak di Bidor, Perak Darul Ridzuan. Kampung datuk saya ini boleh dikatakan sebagai sebuah kampung tradisional yang sudah mula menerima arus kemodenan secara beransur-ansur. Perjalanan kami pulang ke kampung mengambil masa lebih kurang satu jam dari Tanjong Malim.
Pertemuan dengan keluarga tersayang di kampung merupakan nostalgia yang amat menyeronokkan. Selepas mengalas perut, kami berpeluang untuk melawat ke dusun datuk yang berdekatan. Oleh sebab  kebetulan pula pada waktu itu ialah musim buah-buahan, maka kami dapat menikmati berbagai-bagai buah tempatan seperti durian, rambutan dan manggis. Saya juga membantu datuk memungut durian yang gugur sebelum diangkut keluar untuk dijual kepada peraih buah. Dapat juga saya menyimpan wang upah yang diberikan oleh datuk pada musim cuti. Bak kata peribahasa Melayu sambil menyelam minum air.
Selain itu, kami juga berpeluang untuk berbasikal dan berdarmawisata ke seluruh kampung. Pengalaman ini membolehkan kami meneroka landskap desa sambil beriadah. Saya menunggang basikal bersama dengan Yumi, anak Pak Cik Chan. Kami juga dapat bergaul dengan rakan-rakan lama di kampung. Kami sempat berbual-bual kosong sambil menunggung basikal. Pada waktu petang, kelihatan anak-anak muda berkumpul dan bermain di padang bola yang berdekatan dengan rumah datuk. Saya dan Yumi sempat bermain layang-layang di padang yang luas. Gembira sekali saya pada petang itu.
Semasa di kampung juga, saya telah mengikut datuk memancing ikan di sungai. Kami berbual-bual dan bertukar-tukar kisah antara kehidupan di desa dan di kota. Saya berasa amat gembira melihat datuk dan nenek hidup aman dan sihat. Ikan-ikan berjaya kami pancing dan dijadikan sebagai lauk hidangan kami seisi keluarga pada sebelah malamnya. Berselera sungguh kami makan. Datuk juga mengambil peluang untuk mengajar saya mengenali beberapa pemainan tradisional seperti congkak dan wau tradisional.
Keseronokan sepanjang berada di kampung tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Walau bagaimanapun, saya terpaksa mengakhiri percutian singkat kali ini dan mengikut keluarga pulang ke bandar kembali. Keseronokan darmawisata kali ini membuat saya mahu pulang ke kampung semula pada musim cuti persekolahan yang akan datang.

Hasil Kerja: 
Leong Jie Ying, Tingkatan 3 Hijau, SMJK Katholik, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

4 comments:

Muniama Pachayappan said...

SUPERB !!!!!!!!!bagus
SCORE A
TAHNIAH

Muhammad 410189 said...

"Typo" sedikit-sedikit

Nur Fatin Najihah Abdul Rahman said...

Tahniah,Ayat yang bagus dan truskan usaha ��✏..."Fighting"!!!����

samraj aaron said...

Ayat yang gramatis..