Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, January 24, 2013

Sajak - KATAK II


KATAK II

Tersenyum katak
Mendengar bisik
Guruh di langit
Katanya,
Hujan rezeki
Akan membasahi
Buana hidupnya
Yang suram
Buana hidupnya
Yang muram

Lompat
Si katak lompat
Bijak 
Si katak bijak
Dengkang katak kian bergetar

Tersenyum katak
Apabila dibelai rindu
Pawana dari tujuh penjuru
Katanya,
Silir-semilir angin perubahan
Akan memakmurkan
Buana hidupnya
Yang duka
Buana hidupnya
Yang luka

Lompat
Si katak lompat
Bijak
Si katak bijak
Dengkang katak kian bergegar

Masih tersenyum
Katak
Biarpun
Mentari masih merah
Di ufuk
meratapi kematian
Sang pawana!

Chai Loon Guan,
Bandar Proton Tg. Malim.


No comments: