Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, January 22, 2013

Sajak - HIKAYAT SERI KELANTAN



HIKAYAT SERI KELANTAN dalam SAJAK

Tanah Serendah
Kebun Bunga Cerangtegayung
- Kelantan
Di bawah perintah Encik Siti
- Raja Gunung Ayam
Maka tersebutlah nama
Tuan Puteri Sa’dung
Diangkat sebagai anak
Elok rupa parasnya
Gila berahi dibuat orang
Berkahwinlah akhirnya
Tuan Puteri Sa’dung
Dengan Raja Abdullah
Sebelum berpindah
Ke kota baharu – Kota Jelasin

Datang angkatan Siam
Mahu dilanggar kota
Dikepalai ahli nujum – Tuk Ca
Khabar berita tersebar
Raja Siam berahi akan
Tuan Puteri Sa’dung
Maka berperanglah mereka
Antara kesaktian Tuan Puteri Sa’dung
Dengan bala tentera Tuk Ca
Biarpun menang
Bala kelaparan menyerang
Tanah Serendah Kebun Bunga
Kota Jelasin dikepung musuh
Ghaiblah kota parit
Mahligai istana ke dalam Cerang Bahana
Serangan Siam
Menghidupkan perundingan
Maka Tuk Ca pun beroyatlah kepada Sultan Abdullah
“Raja Siam berkehendakkan Tuan Puteri Sa’dung!”

Maka, buah hati cahaya mata Sultan
Setia menurut perintah
Bercerai tinggallah suami isteri
Berlayarlah Tuan Puteri Sa’dung
Dalam bahtera ke benua Siam
Demi tanah air
Demi Tanah Serendah Kebun Bunga!

Chai Loon Guan,
Tingkatan 3 Meekness – 3 Devotion,
SMK Methodist, Tg.Malim.

Kosa kata
i.                      Beroyat – menceritakan, memberitahukan
ii.                     Berkehendakkan – memerlukan
iii.                    Bahtera – kapal besar
iv.                   Buah hati – orang yang dikasihi
v.                    Bercerai tinggal – berpisah
vi.                   Gila berahi – terlalu cinta, gila asyik

Nota:       
Usaha penulis (guru BM) untuk memudahkan kebolehbacaan dan kefahaman murid-murid dalam
pembelajaran dan pengajaran prosa Melayu Lama BM di dalam bilik darjah. Salam Bahasa Jiwa
Bangsa.

No comments: