Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, January 17, 2013

Latihan Melengkapkan Karangan Contoh BM PMR I


Latihan Melengkapkan Karangan Contoh BM PMR 1
(Murid-murid Tingkatan 3 Meekness dan 3 Devotion)

Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya.
Tidak akan tercapai sesuatu cita-cita itu dengan tidak berusaha kuat. Begitulah maksud peribahasa, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Zaid pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan, Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bertuahlah ibu bapanya kerana Zaid rajin dan ___________________ untuk menghadapi peperiksaan. Dialah harapan keluarganya.

Ketika lapan bulan sebelum peperiksaan PMR, Zaid telah membuat ____________ lebih awal. Dia senantiasa mengulang kaji pelajaran serta tidak pernah ponteng menghadiri kelas-kelas tambahan. Di samping itu, Zaid juga sering _________________ perbincangan secara berkumpulan.

Walaupun sibuk dengan pelajaran, Zaid tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai anak. Setiap petang, Zaid _____________ ayahnya di ladang. Zaid sedar bahawa daripada hasil tanaman di ladang itulah ibu bapanya _______________ kehidupan mereka sekeluarga.

Selain belajar dan membantu ibu bapanya, Zaid senantiasa _______ kepada Tuhan untuk ______________ kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Zaid yakin bahawa selain mendapat restu daripada ibu bapa dan rajin ______________________ pelajaran, dia patut berdoa agar dikurniai Tuhan kejayaan.

Pada hari peperiksaan, Zaid tidak cemas. Soalan-soalan peperiksaan dijawabnya dengan tenang. Zaid tidak sanggup menghampakan _________ kedua-dua ibu bapanya yang telah banyak berkorban untuknya.

Setelah dua bulan berlalu, kini keputusan peperiksaan PMR akan diumumkan. Zaid ____________________ untuk melihat keputusan yang bakal diperolehnya. Zaid amat terkejut kerana belum pun sempat dia sampai ke arah papan kenyataan, beberapa orang rakannya telah mengucapkan ___________ kepadanya.

Zaid tidak menyangka bahawa dia telah mendapat 8A dalam peperiksaan PMR.

          “Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kejayaan ini,” kata Zaid dalam hati.

Ibu bapanya turut berasa gembira __________ kejayaan Zaid. Begitulah usaha yang membuahkan kejayaan. Bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.


(Sumber: Nexus PMR A+ Penulisan, Penerbit Sasbadi, 2012)
·         Cikgu Chai Loon Guan, SMK Methodist, Tg. Malim - 2013

No comments: