Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, December 31, 2012

2013

Selamat Datang - Tahun Baharu 2013! Impian dan harapan saling bermusyawarah di meja bulat kehidupan. Penulis amat berharap agar  hari ini lebih baik daripada semalam serta hari-hari yang mendatang dapat menjelmakan rezeki kejayaan, kecemerlangan dan kebahagiaan hidup di dunia sarwajagat ini.

Sunday, December 30, 2012

Antologi Cerita Rakyat Perak


IPOH, 30 Disember 2012 - Kerajaan negeri melalui Tourism Perak akan membukukan lebih 100 cerita rakyat dari 10 daerah di negeri ini untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman berkata, koleksi cerita rakyat yang dikumpul oleh mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dijangka diterbitkan awal tahun depan.

"Kita sudah ada semua bahannya cuma untuk dicetak dalam bentuk buku dan diedarkan secara percuma. Persatuan Karyawan Perak juga telah mengedit dari segi bahasanya.

(Sumber Berita - Utusan Melayu (M) Bhd, Sumber Foto: Perak Today) 

Catatan:
Syabas dan tahniah kepada Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk)! 
Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Encik Chai Loon Guan, 
Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Munsyi Dewan, AJK Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dan AJK Majlis Munsyi Dewan Malaysia 2012-2013.

A' FAMOSA RESORT - MELAKA


A' Famosa Resort Malaysia is located in Malacca, Malaysia, near the Simpang Ampat exit on the North South Expressway. It was named after the 16th century Portuguese fort of the same name which was once stood near the harbor of Malacca city. The logo of the resort also incorporates a stylized silhouette of the fort's gateway in the background.

A' Famosa is situated on 1,300 acres (530 ha), the bulk of which is a 27-hole golf course, a water theme park called Water World, a zoo called Animal World Safari, a Cowboy Town, a Resort Hotel, and several blocks of condotels and villas.

The 150-acre (61 ha) A’Famosa Animal World Safari is a wildlife safari that is home to more than 100 species of the animals, featuring a Walk-through Area, Chicken Farm, Monkey Island, and a truck drive through the Safari park itself. The park also hosts a number of animal shows, such as an "elephant show" and a "bird show".

The A’Famosa Water World covers an area of 20 acres (8.1 ha).
The 5-acre (2.0 ha) A’Famosa Cowboy Town features a various entertainment outlets, such as restaurants, a shopping village, etc. There is also a nightly carnival which consists of an animal musical parade, dancing and fireworks.

The accommodation available at A’Famosa Resort consists of a resort hotel with balconies. This facility offers self-contained studios, 2-bedroom and 3-bedroom units, and villas ranging from three to five bedrooms.

(Sumber: A ' Famosa Resort Melaka - Internet)

Friday, December 28, 2012

Penggunaan BM Ringkas


DBP diminta pantau penggunaan bahasa ringkas
Berita Harian - 29 Disember 2012

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memantau serta melaksanakan segera program Audit Bahasa Melayu bagi membendung penggunaan bahasa ringkas yang merosakkan keindahan bahasa kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan bahasa ringkas seperti ejaan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) semakin menular dan mula diguna pakai dalam aktiviti pembelajaran dan peperiksaan di institusi pendidikan.

Beliau berkata, ledakan teknologi digital hari ini membolehkan generasi muda mengakses maklumat di hujung jari dan fenomena penggunaan bahasa ringkas memberikan kesan kepada generasi baru jika tidak dipantau.

“Saya juga harap rakyat dapat memupuk sikap cinta kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menggunakan bahasa yang betul setiap masa dalam urusan rasmi atau tidak,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan.

Karya sastera dalam talian

Muhyiddin juga berharap karya sastera diterbitkan dalam talian selaras perkembangan semasa yang mana generasi muda hari ini banyak bergantung kepada alat mudah alih bagi dapatkan maklumat.

Beliau juga mahu supaya karya sastera yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia diberikan keutamaan oleh Jawatankuasa Penilai dan Pemilihan Teks Sastera untuk digunakan dalam mata pelajaran sastera, Bahasa Melayu dan KOMSAS di sekolah.

Ini penting kerana karya sastera yang memenangi hadiah bukan saja memiliki kualiti tinggi, malah nilai sastera serta aspek penggunaan bahasanya amat baik.

“Usaha memperkasakan karya sastera bukan hanya terletak pada tangan sasterawan, tetapi memerlukan dokongan dan sokongan semua pihak. Karya sastera yang baik memerlukan khalayak sastera yang membaca, menghargai dan berbangga dengan karya berkenaan,” katanya.

HSPM 2010 - 2011



Penulis sempat bergambar kenangan dengan YAB TAN SRI DATO’ HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD. YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA pada 28 Disember 2012 (Jumaat) di Hilton Kuala Lumpur Hotel, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur bersempena dengan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 - Penyerahan Resolusi Muzakarah Majlis Munsyi Dewan (Bahasa, Sastera, Jawi) Malaysia. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Thursday, December 27, 2012

Tawaran Pelawaan


RENUNGAN



HIDUP dan KEHIDUPAN

Madah Pujangga:

Jangan hanya mahu menasihati,
Tetapi tidak suka dinasihati.
Jangan hanya mahu menegur,
Tetapi tidak suka ditegur.

Sunday, December 23, 2012

2013


Merry Christmas and A Happy New Year 2013 to all relatives and friends.

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA




MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2010/2011
oleh
YAB TAN SRI DATO’ HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD. YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
pada 28 Disember 2012 (Jumaat)
pukul 3.00 petang
di Grand Ballroom, Hilton Kuala Lumpur Hotel, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur.
  •  Penulis telah menerima kad undangan daripada DBP pada tengah hari, 24 Disember 2012 (Isnin). Terima kasih kepada YBhg. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jawatankuasa Induk dan Pelaksana HSPM 2010/2011. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Saturday, December 22, 2012

DUNIA BUKU



Semalam, 21 Disember 2012, penulis berdarmawisata ke Pasar raya AEON Bandar Country Homes, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Sempat saya singgah di Kedai Buku Popular dan membeli dua naskhah buku yang berbahasa Inggeris yang agak laris di pasaran tempatan mutakhir, iaitu Syed Mokhtar Al Bukhary - A Biography dan Marina Mahathir - Telling It Straight sebagai bahan bacaan melewati hari-hari terakhir bulan Disember 2012. Salam.

Wednesday, December 19, 2012

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor III




*BULAN

bulan
yang sarat
diselubungi
hitam awan
terpenjara
dalam cakerawala
hidup
ungu
terkesima
dalam landskap
hidup
pilu
mergastua
berduka
di rimba lara!


Chai Loon Guan,
ITBM - PENA - DBP, Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
5 - 7 Oktober 2012

(Sumber: Dewan Sastera Disember 2012)

*Sajak – Bulan, pertama kali dibaca bersempena dengan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor III pada 15 – 17 Disember 2012 di Arena Pangkor, Pulau Pangkor

Tuesday, December 18, 2012

Antologi Pangkor 2



Sajak:
Akulah, Pelaut Hidup
(Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2)

akulah, pelaut hidup
yang baru pulang
dari pelayaran panjang
pernah belayar bahtera hidup
di lautan duga

pernah menimba
pahit manis pengalaman
dari pelabuhan ke pelabuhan
dari lautan ke lautan
antara siput duka
dan kerang bahagia

akulah, pelaut hidup
yang baru pulang
dari pengembaraan panjang
pernah dilamar bahasa ombak
yang liar yang jinak
sebelum berumah, aku
di pantai sejarah
meratapi senja merah
berlabuh suram di horizon hayat
akulah, pelaut tua
di lautan hidup! 

Chai Loon Guan, 
Taman Berop Idaman,
Tg.Malim.

(Sumber: Dewan Sastera - Julai 2011)

Monday, December 17, 2012

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor III







Penulis bergambar kenangan dengan tokoh bahasa dan susastera Bahasa Melayu tanah air, nusantara dan antarabangsa bersempena dengan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor III pada 15 - 17 Disember 2012 di Hotel Puteri Bayu, Pantai Pasir Bogak dan Arena Pangkor, Pulau Pangkor. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Berita Bahasa


Berita Kembara Buku 1Malaysia peringkat negeri Perak Darul Ridzuan tersiar dalam ruangan Berita Bahasa, Pelita Bahasa Disember 2012. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor III


Penulis bersama dengan penyair Russia, Dr Victor Pogadev yang amat fasih berbahasa Melayu, YBhg. Tn. Hj. Zabidin Hj. Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Perak dan YBrs. Tn. Hj. Onn Abdullah, SU Karyawan Pk bersempena dengan Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 3 pada 16 Disember 2012 di Arena Pangkor, Pasir Bogak, Pangkor. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Wednesday, December 12, 2012

Sang Harimau Malaya


Lukisan Minyak - "Sang Harimau Malaya" oleh Chai Wuang Shen, IPGM Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Sang Serigala


Lakaran Pensel - "Sang Serigala" oleh Chai Wuang Shen, IPGM, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Program MPT Bandar Warisan

 
Syabas dan tahniah, Majlis Perbandaran Taiping (Bandar Warisan) dan Persatuan Karyawan Perak Sudut Taiping! Salam.

Friday, December 7, 2012

Sajak - Dirgahayu Gentingku




Dirgahayu Gentingku
(buat MD(Bahasa), MD(Sastera) dan MD(Jawi) bersempena dengan Muzakarah Munsyi Dewan pada 28 November – 01 Disember 2012 di IAB, Genting Highlands)

Bahasa indahmu, alam
Menggodaku
Dingin beningmu, alam
Melamarku
Melodi puisimu, alam
Menyapaku
Ceria indahmu, alam
Membelaiku

Tanah Tinggi Genting
Landskapmu
Mengalirkan ilham rindu
Penyair
Flora dan faunamu
Menzahirkan puisi syadu
Mata air

Dirgahayu Gentingku
Di sini, masih dapat kukutip
Erti kedamaian
Di sini, masih dapat kuhirup
Makna ketenangan
Di sini, masih dapat kuhayati
Bahagia kehidupan
Di sini, masih dapat kutatapi
Lestari kehijauan!

Chai Loon Guan,
IAB, Genting Highlands
28 November – 01 Disember 2012.