Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, September 30, 2012

SINTAKSIS BM SPM - IV



Bina ayat yang gramatis dengan kata kerja pasif berawalan teR-:

a.   Terlanggar oleh lori
b.   Terpijak oleh Ali
c.    Terambil oleh bapa
d.   Tertelan olehnya
e.   Terangkat oleh saya
f.    Tertewas oleh pasukan pelawat

Contoh ayat:

a.   Anjingnya terlanggar oleh lori.
b.   Kasut saya terpijak oleh Ali.
c.    Baju abang terambil oleh bapa.
d.   Biji saga itu tertelan olehnya.
e.   Kotak yang berat itu tidak terangkat oleh saya.
f.    Pasukan sekolah tertewas oleh pasukan pelawat.

(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Halaman 173 – 174)

Saturday, September 29, 2012

SKETSA


Sketsa - "Kasih Sayang" dalam majalah SMK Methodist (MES), 35900 Tg. Malim, iaitu GOODWILL 2012.

Karangan BM Tingkatan 1



Kegiatan pembalakan haram di negara kita semakin serius. Huraikan kesan-kesan negatif pembalakan haram terhadap alam sekitar.
            Dewasa ini, kegiatan pembalakan haram di negara kita semakin serius dan berleluasa. Hal ini dapat dibuktikan melalui berita pembalakan haram yang tersiar dalam media seperti surat khabar, radio dan siaran televisyen. Sebenarnya, pembalakan haram akan memberikan kesan yang negatif terhadap alam sekitar khasnya dan kehidupan manusia sejagat amnya.
            Pertama sekali, kegiatan yang tidak terkawal ini akan menyebabkan hakisan tanah berlaku di lereng-lereng bukit. Hal ini berlaku disebabkan oleh kekurangan akar pokok untuk menyokong tanah-tanah di lereng bukit dan seterusnya akan menyebabkan tanah menjadi longgar. Apabila hujan lebat, tanah-tanah yang longgar akan mula runtuh dan berlakulah hakisan tanah.
            Selain itu, kegiatan pembalakan haram juga akan menyebabkan pemanasan global yang ketara. Pemanasan global berlaku disebabkan oleh kekurangan pokok. Pokok berfungsi mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida semasa proses fotosintesis. Apabila pokok semakin berkurangan, oksigen akan turut berkurang dan karbon dioksida akan berlebihan kerana pertambahan kegiatan manusia, polusi yang berpunca daripada asap kenderaan dan kilang saban hari. Karbon dioksida akan menipiskan lapisan ozon dan seterusnya menyebabkan pemanasan global yang serius.
            Dalam pada itu, kegiatan pembalakan haram juga akan menyebabkan haiwan kehilangan habitat atau tempat tinggal. Hal ini berlaku kerana manusia menebang pokok dan hutan-hutan ditarah sewenang-wenangnya. Apabila hutan ditarah, haiwan akan kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berhijrah ke kampung-kampung dan pinggir bandar. Hal ini akan mengancam kehidupan dan  keselamatan penduduk di kawasan-kawasan penempatan yang pesat dan padat.
            Kesimpulannya, saya  amat berharap agar kegiatan pembalakan haram dapat dipantau dan ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa. Para pembalak haram perlu dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman yang setimpal tanpa kompromi. Selain langkah penguatkuasaan undang-undang, pendidikan alam sekitar perlu diajarkan kepada murid-murid di sekolah agar lahir generasi yang prihatin dan mencintai alam sekitar sekali gus memerangi aktiviti pembalakan haram pada setiap masa.
Disediakan oleh:
Leong Ming Feng, Tingkatan 1 Meekness, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.      

Friday, September 28, 2012

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERAK 2012


Hakim Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak 2012 di BTPN Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 26 - 27 September 2012. Salam NILAM.

BERITA


Dunia masa depan Penulis Bukan Melayu dalam buana bahasa dan kesusasteraan Melayu tanah air.
(Berita Harian - 27 September 2012)

MES JUARA KEBANGSAAN 2012!


SMK Methodist (MES), 35900 Tg. Malim telah muncul sebagai juara (pingat emas) sekali lagi dalam Pertandingan Robotik (Kategori Terbuka Menengah Rendah) peringkat kebangsaan 2012 dan akan mewakili negara dalam Pertandingan Robotik Sedunia 2012/2013 di Kuala Lumpur. Syabas dan tahniah buat Kontinjen Robotik MES!

Kontinjen Perak (MES Tg. Malim) diketuai oleh Derrick Goh Xin Deik (Tingkatan 3 Meekness), Yuharajan a/l Baskaran (Tingkatan 3 Meekness) dan Liew Ban Chau (Tingkatan 3 Endurance). Guru Pengiring selaku Jurulatih Utama/Guru Pembimbing - Puan Lau Yoke Yin, Guru Kanan Sains, MES Tg. Malim.

(Catatan: Chai Loon Guan, 28 September 2012)

Tuesday, September 25, 2012

BERITA


Berita Forum Sastera Penulis Pelbagai Kaum anjuran ASWARA dengan kerjasama DBP Malaysia di Auditorium Orkestra ASWARA pada 7 September 2012 tersiar dalam Ruangan Sastera Berita Hairan - 24 September 2012.

SINTAKSIS BM SPM 2012 - III


I
Bina ayat yang gramatis dengan kata kerja transitif berawalan teR-:

a.   Termakan
b.   Terambil
c.    Ternampak
d.   Terbeli
e.   Terbaca

Contoh ayat:

a.   Adik termakan lauk yang pedas itu.
b.   Saya terambil buku Ali.
c.    Kami ternampak seekor buaya dalam sungai itu.
d.   Ayah tidak terbeli rumah besar itu.
e.   Anita tidak terbaca tulisan yang halus itu.

II
Bina ayat yang gramatis dengan kata kerja tak transitif berawalan teR-:

a.   Terjatuh
b.   Terduduk
c.    Terlantar
d.   Terdiam
e.   Tersandar

Contoh ayat:

a.   Dia terjatuh dari atas pokok.
b.   Ali terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.
c.    Pesakit itu terlantar di atas katil.
d.   Murid-murid terdiam apabila dimarahi guru.
e.   Pelajar itu tersandar di kerusi rotan.

(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Halaman: 172 - 173)

Festival Bahasa dan Sastera 2012


Monday, September 24, 2012

Baca Puisi Dunia NUMERA 2012


SINTAKSIS BM SPM 2012 – II

Bina ayat yang gramatis dengan kata kerja berawalan beR-:
a.   Bertukar
b.   Bersenam
c.    Berkayuh
d.   Berunding
e.   Berundur
f.    Bercukur
g.   Berhias
h.   Berjemur
i.     Bersembunyi
j.    Bersandar

Contoh ayat:
a.   Pekerja itu sudah bertukar ke Ipoh.
b.   Peserta program motivasi itu bersenam di tepi pantai.
c.    Nelayan itu berkayuh ke tebing sungai.
d.   Mereka berunding tentang projek raksasa itu.
e.   Musuh mula berundur sejak subuh tadi.
f.    Ayah sedang bercukur di bilik air.
g.   Pengantin baharu sedang berhias.
h.   Kucing memang suka berjemur.
i.     Budak-budak itu bersembunyi di bawah katil.
j.    Pak Mat bersandar pada pohon rendang itu.

(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Halaman: 165)

Sunday, September 23, 2012

SINTAKSIS BM SPM 2012 - I



Bina ayat yang gramatis dengan kata kerja berawalan beR- tak transitif berpelengkap:
a.          Beransur baik
b.          Berbuat jahat
c.           Bertukar tangan
d.          Berterima kasih
e.          Berdatang sembah

Contoh Ayat:
a.          Pesakit itu sudah beransur baik.
b.          Jangan sekali-kali berbuat jahat.
c.           Buku itu bertukar tangan sejak dua hari lalu.
d.          Mereka berterima kasih kerana pertolongannya.
e.          Mamanda menteri segera berdatang sembah.

(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Halaman: 164)