Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, August 30, 2012

Sajak - KEBUN HIDUP



KEBUN HIDUP

Kukutip
Duka silamku
Dari buku luka
Jadi ramuan bitara
Benteng waspada
Jadi obor usaha
Penyuluh cita-cita

Silam luka duka
Kujadikan benih siap siaga
Agar tumbuh membaja
Bahagia
Di kebun hidup
Yang berona
Tanpa lagi duka
Tanpa lagi luka

Chai Loon Guan,
MES Tg. Malim.
(31 Ogos 2012)

MERDEKA

Selamat Hari Lahir, tanah airku yang tercinta. Dirgahayu, Malaysiaku.

Warkah Salam

 
Salam Bahasa Jiwa Bangsa buat ASWARA - DBP.

Maklumat Mutakhir:
Fakulti Penulisan Kreatif, ASWARA dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Seminar Sastera Pelbagai Kaum pada 6 - 7 September 2012 di Dewan Orkestra Aswara. Seminar tersebut bertujuan untuk mengimarahkan dunia sastera dan kritikan sastera di Malaysia.

Antara pembentang kertas kerja ialah Dr. Mohamad Saleeh Rahamad, Dr. Sarjit Singh, Dr. Teo Kok Seong. Dr. Lim Swee Tin, Dr. Jusang Bolong, Dr. Hanafi Ibrahim, Dr. Krihanan Maniam, dan Dr. Wong Ooi Ming.

Penulis menerima undangan sebagai panel forum dan peserta Seminar Sastera Pelbagai Kaum 2012 pada 6 - 7 September 2012 di Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), 464, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada YBhg. SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Dekan Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA.

Wednesday, August 29, 2012

Sajak - Malaysiaku Gemilang


Sajak
MALAYSIAKU GEMILANG

Diari merdeka kubuka
Lembar demi lembar tertera ceritera
Kisah kelicikan penjajah melebarkan sayap kuasa
Kisah kerakusan penjajah membelenggu kebebasan warga
Kisah ketamakhalobaan penjajah mengaut keuntungan hasil mahsul nusa
Kisah ketipumuslihatan penjajah memalu gong pecah dan perintah

Yang derita, rakyat yang dibataskan ilmu tulis baca
Yang mundur, rakyat yang dibataskan gah megah ekonomi desa kota
Yang leka, rakyat yang dimomokkan keasyikan janji berjuta-juta
Yang cuai, rakyat yang disemaibajakan bebenih hasad dengki fitnah luka
Yang terjajah, rakyat yang dibelenggu oleh minda culas noda
Bagaikan benar kisah Kitul dan Raja Mendeliar atau cetera
todak melanggar pura Singa
dan mautnya seorang budak cendekia
Maka, terjajahlah tanah air abad-berabad!

Dan, saat tiba tarikh keramat – 1957, Ogos 31
Laungan  Merdeka Tuanku
Adalah nafiri juang perwira perkasa
Laungan mErdeka Tuanku
Adalah gema gendang pengorbanan umarak bangsa
Laungan meRdeka Tuanku
Adalah paluan kompang iltizam ilmuan nusa
Laungan merDeka Tuanku
Adalah peluh keringat wewarga tua muda di kota desa
Laungan merdEka Tuanku
Adalah aroma jasa bebunga bangsa kembang mewangi di perkebunan nusa
Laungan merdeKa Tuanku
Adalah setia anak watan yang mempertaruhkan wangi cinta demi martabat bangsanya
Laungan merdekA Tuanku
Adalah titisan merah darah maruah kesateria serikandi bangsa demi daulat nusanya
Yang berpantang maut sebelum ajal
Yang berpantang kalah sebelum juang
Maka, hari ini – detik ini, saat ini
Lahirlah tanah air tercinta, Malaysia!
Malaysia yang beraneka bangsa
Malaysia yang beraneka agama
Malaysia yang beraneka budaya
Aman makmur maju jaya di persada kehidupan
Trampil ilmu canggih teknologi di persada wawasan
Dirgahayu Malaysia – Malaysiaku, gemilang!

Chai Loon Guan,
MES - UPSI, Tg.Malim.


Tuesday, August 28, 2012

Sajak - GAGAL


GAGAL

Kehidupan
Bagaikan air lautan
Pasang surutnya
Sering bercumbu
Di garis horizon
Seketika
Menemukan maju jalan
Kegagalan
Seketika
Menemukan buntu jalan
Kejayaan

Usah kita takuti
Kegagalan
Yang kadang-kala
Menggagalkan impian
Sejuta harapan
Tergagal, sebenarnya
Mengajar kita
Perihal manisnya
Kegagalan
Perihal pahitnya
Kejayaan!

Chai Loon Guan,
MES Tg.Malim.

Monday, August 27, 2012

Sang Burung

Mencari ketenangan dengan Sang Burung II.

Sang Burung

Mencari ketenangan dengan Sang Burung I.

Thursday, August 23, 2012

Sajak - TAKUT


TAKUT
Takut seringkali melamar gentar, berkawan dengan gerun dan ngeri. Takut jua acapkali berbicara dengan segan dan hormat, takwa dan sesekali diusik bimbang, ragu-ragu dan khuatir. Tiba-tiba, gelisah pun hadir dalam buana hidup takut sehingga takut tidak sanggup menghadapi bahaya atau menanggung derita, tidak berani dan kecut. Takut sentiasa takut-takut. Adakalanya, takut berasa takut-takutan dan menakut dalam menjalani kehidupan di maya pada ini. Tentu sekali ada gejala yang menakuti takut atau barangkali yang ditakuti amat menakutkan atau menakut-nakutkan takut sehingga takut  ketakutan, hilang keberanian dan menjadi penakut atau pengecut. Takut akan bayang-bayang. Takut akan hantu, lari ke pandan. Takut akan hantu terpeluk bangkai. Takut akan lecah lari ke duri. Takut akan tuma dibuang kain. Takut  kerana salah, berani kerana benar. Takut mengikut jalan tak berentas. Takut pada ular, terkejut pada bengkarung. Takut titik, lalu tumpah. Takut-takut berani, takut-takut segan. Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.

Chai Loon Guan,
MES Tg. Malim.

Bunga Tanjung MDTM

Bunga Tanjung pecah lapan merupakan bunga rasmi bagi Majlis Daerah Tanjong Malim, iaitu melambangkan kebersihan dan keindahan lapan kawasan utama atau lapan kawasan pentadbiran majlis.

Nama Saintifik: Mimusops Elengi
Nama Keluarga:
Sapotaceae
Jenis Pokok: Pokok Tanjung
Ketinggian: 5 hingga 15 meter
Warna: Kuning keputih-keputihan

(Sumber: Laman Sesawang MDTM)

Gadis 1Malaysia


Gadis 1Malaysia - Alumni MES 2010. 
Dari kiri: Angie Low, Lalina Murugan, Wong Shun Yi dan Fatehah Hanim bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2012.

(Sumber: Tan Yu Hang)

Jaguh MES di Shanghai, China.

Tahniah, jaguh MES di Kejohanan Tae Kwan Do Antarabangsa Shanghai 2012, China!

(Sumber: Malvinder Singh Gill dan Rabiyatul Nafisah)

Analisis Peperiksaan Percubaan PMR BM 2012


Peperiksaan Percubaan PMR Bahasa Melayu 2012
SMK Methodist, 35900 Tg. Malim
Analisis Markah Murid Tingkatan 3 Endurance

Gred
Bilangan
A
13 orang
B
18 orang
C
05 orang
D
-
E (Gagal)
-
TH
-
Jumlah Lulus
36 orang
Jumlah Murid
36 orang
Peratus Lulus
100%

Peperiksaan Percubaan PMR Bahasa Melayu 2012
SMK Methodist, 35900 Tg. Malim
Analisis Markah Murid Tingkatan 3 Thankfulness

Gred
Bilangan
A
03 orang
B
16 orang
C
13 orang
D
-
E (Gagal)
-
TH
01 orang
Jumlah Lulus
32 orang
Jumlah Murid
33
Peratus Lulus
96.97%


Peperiksaan Percubaan PMR Bahasa Melayu 2012
SMK Methodist, 35900 Tg. Malim
Analisis Markah Murid Tingkatan 3 Humility

Gred
Bilangan
A
-
B
11 orang
C
13 orang
D
02 orang
E (Gagal)
03 orang
TH
-
Jumlah Lulus
26 orang
Jumlah Murid
29
Peratus Lulus
89.66%
·        Cikgu Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan DBP, SMK Methodist, Tg. Malim.