Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, April 28, 2012

BANGKOK


Kehidupan - harus kita lakari sketsanya untuk meneruskan kesinambungannya. Jika tidak, kepasrahan semata-mata tanpa berkat usaha akan mengundang sejuta malapetaka. Salam.

Friday, April 27, 2012

IQRA


Membaca Jambatan Ilmu. Ilmu Pelita Hati. Hati Berkemanusiaan Minda Berketamadunan. Salam.

Wednesday, April 25, 2012

Penulis, Bahasa dan Susastera: Nostalgia

























Kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan Melayu tanah air - Chai Loon Guan. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Tuesday, April 24, 2012

Renungan

Kenangan silam akan mendewasakan kehidupan masa depan. Salam.

Saturday, April 21, 2012

PELUKIS KARIKATUR di MES!























Pelukis karikatur, Sdra. Adios Adagio (bekas murid MES 1999) singgah seharian di SMK Methodist, 35900 Tg. Malim. Beliau melukis sambil  memberikan sumbangan kepada alma maternya.  Penulis sempat menjadi model spontan dan terhasillah sketsa karikatur ini. Salam Adios Adagio. Jangan lupa akan tarikh 16 JUN 2012 - Makan Malam Amal Alumni MES di Kompleks Sukan Proton Tg. Malim.

Friday, April 20, 2012

Thursday, April 19, 2012

CUTI












19 April 2012 - Cuti sehari suntuk ini, dapat kutekuni beberapa urusan diri, keluarga dan dunia "periuk nasi". Yang cukup menduga, pemurnian skrip penulisan buku JKS JPN Perak yang perlu siap die-melkan sebelum 22 April 2012 (Ahad). Dalam kesibukan dan keterbatasan waktu, sempat jua insan kerdil ini mengirimi YBhg.Dr. A. Halim Ali (UPSI, Tg.Malim) empat buah sajak yang bertemakan GURU dan IBU serta biodata diri untuk diantologikan. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Seni Lukis - Warna Air









































(Sumber: Amanda Spencer)

Wednesday, April 18, 2012

Tuesday, April 17, 2012

Hotel Taiping Perdana





















































Makan tengah hari sebelum bertolak balik ke bandar leluhur, Tg. Malim selepas berakhirnya Mesyuarat Pemurnian Penulisan Buku Jom ke Sekolah Peringkat Negeri Perak pada 15 - 17 April 2012 di Hotel Taiping Perdana, Taiping.

Friday, April 13, 2012

Sang Helang





















Barangkali, aku - Sang Helang sedang mencari peluang dan ruang di alam sarwajagat ini.

Thursday, April 12, 2012

Pelita Bahasa April 2012



















NOTA EDITOR

Revolusi Dunia Penerbitan

Sejarah membuktikan manusia mula membuat lakaran dan menulis sebelum terhasilnya teknologi membuat kertas lagi. Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis. Antaranya termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Kertas pertama telah dihasilkan oleh orang Mesir purba lebih 2000 tahun SM. Kertas pertama dihasilkan daripada batang pokok papirus. Semenjak terhasilnya kertas, manusia telah mencatat pelbagai peristiwa dan ilmu pengetahuan, seperti kitab agama yang lebih sistematik.

Setelah berabad-adad lamanya manusia menggunakan kertas dan menerbitkan pelbagai bahan bacaan melalui penerbitan secara bercetak, dunia penerbitan kini berubah pula kepada gaya penerbitan secara elektronik yang tidak memerlukan kertas sebagai medium penyampaiannya. Sekali lagi dunia penerbitan mengalami perubahan seiring dengan teknologi yang dicipta oleh manusia sendiri.

Penerbitan bahan bacaan secara elektronik atau penerbitan dalam talian telah menjadi pilihan banyak orang yang gemar membaca menerusi internet. Pembaca tidak perlu lagi mencari bahan bacaan di kedai buku atau pergi ke perpustakaan. Para pembaca hanya memerlukan peranti tertentu, seperti komputer, iPAD atau telefon pintar, untuk membaca bahan yang diterbitkan secara elektronik. Penggunaan e-buku, pada awalnya, hanya tersebar secara meluas untuk buku teks kegunaan murid sekolah. Setelah teknologi ini mendapat perhatian masyarakat, akhbar, majalah, jurnal dan buku untuk bacaan umum telah diterbitkan secara elektronik. Contohnya, akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang telah diterbitkan secara dalam talian.

Penerbitan elektronik lebih cepat berbanding dengan penerbitan bercetak kerana bahan tersebut tidak melalui proses percetakan. Apabila tidak melalui proses percetakan, kos menerbitkan judul tersebut juga semakin berkurangan. Bahan penerbitan elektronik juga mempunyai pelbagai nilai tambah, seperti boleh disertakan dengan audio dan visual yang menarik perhatian pembaca. Pengedaran pula berlaku di alam maya. Kaedah pengedaran sebegini dapat menyebarkan pasaran judul buku tempatan ke seluruh dunia. Bersedialah kita untuk mengalami perubahan ini.

Pada kesempatan ini, seluruh kerabat kerja majalah Pelita Bahasa ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Zahari Hasib yang telah kembali ke negeri abadi pada 26 Februari yang lalu. Semasa hayatnya, Allahyarham sering mengutus puisi untuk disiarkan dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bait-bait puisinya ringkas dan mengandungi kritikan yang bersahaja. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Nor Azleenda Abdul Hadi

Sari Bahasa

28 Ribu Judul Setahun: Bagaimanakah Peranan E-Buku?

Meskipun jumlah buku di dunia telah bertambah berlipat kali ganda, keadaan di negara kita tidak jauh berubah dalam tempoh 50 tahun yang lalu. Perkembangan industri penerbitan agak perlahan, dan tidak seiring bukan sahaja dengan peningkatan penduduk, tetapi juga dengan pertumbuhan dan perkembangan dalam bidang lain. Mengapakah perkara ini berlaku? Adakah kerana kita tidak mempunyai budaya mencintai dan menjanakan ilmu atau kita tidak mempunyai sarjana, penulis dan penerbit yang komited?

Dunia perbukuan memerlukan kerjasama pelbagai pihak – penulis, penyunting, pereka letak, penerbit,pencetak, pengedar dan seumpamanya. Adakah minat membaca yang rendah menjadi penyumbang lembapnya dunia penerbitan di negara kita selama ini? Kita perlu memastikan segala proses dan rangkaian terbabit berjalan dengan lancar dan berkesan. Jika mana-mana satu mata rantai terbabit tidak berfungsi dengan baik, sudah pasti perkara ini akan menjejaskan matlamat untuk melahirkan lebih banyak tajuk buku di negara ini.

Di dunia, hanya 500 tajuk dihasilkan pada tahun 1550, kemudian bertambah menjadi 2300 pada tahun 1650, sebelum melonjak kepada 50 ribu pada tahun 1850. Pada tahun 1550, jumlah bibliografi secara kumulatif hanya 35 ribu tajuk, kemudian meningkat kepada 700 ribu pada 1750, sebelum mencecah 16 juta pada tahun 1950, dan kemudiannya melonjak 52 juta pada tahun 2000. Untuk membaca semua buku yang telah diterbitkan, anda perlu hidup 250 ribu tahun, dan untuk membaca tajuknya sahaja pun mengambil masa 15 tahun.

Pada kurun pertama penerbitan (1450-1550), hanya terdapat 35 ribu tajuk buku diterbitkan. Dalam tempoh antara tahun 1950 hingga tahun 2000, sebanyak 36 juta tajuk telah berjaya diterbitkan, peningkatan sebanyak 1000 kali ganda. Jika seseorang itu membaca satu tajuk sahaja dalam sehari, dia sebenarnya terpaksa menyingkirkan 4000 lagi tajuk lain yang “dilahirkan” setiap hari. Dengan kata lain, buku yang tidak dibacanya akan bertambah 4000 kali lebih cepat daripada jumlah buku yang sempat dibacanya. Implikasinya, kejahilannya bertambah 4000 kali lebih pantas daripada ilmu yang diperolehnya, seolah-olah mengabsahkan kata Voltaire bahawa “timbunan buku menyebabkan kita jahil”.

Satu daripada kriteria yang digunakan untuk mengukur perkembangan industri buku sesebuah negara ialah jumlah tajuk buku baharu yang diterbitkan dalam tempoh setahun. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menetapkan nisbah penerbitan buku sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara. Jika nisbah itu menjadi ukuran, hal ini bermakna jumlah buku yang sepatutnya diterbitkan di negara ini setahun ialah 28 ribu judul, sesuai dengan jumlah penduduknya seramai 28 juta orang. Namun begitu, pada tahun lepas kita hanya mampu menerbitkan sekitar 16 ribu judul sahaja – 12 ribu judul kurang daripada jumlah sepatutnya. Kita masih jauh daripada pencapaian dan penanda aras yang ditetapkan. Implikasinya, Malaysia belum lagi maju dari segi industri penerbitan buku.

(Sumber: Pelita Bahasa, April 2012)

Seni Lukis - Basikal





















Basikal sebuah dan lorong kecil pembangunan yang membelenggu kebebasan. Salam.

Tupai
















Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga. Pepatah Melayu bermaksud bahawa orang pandai sekali pun, akan tersilap.
(Kamus Peribahasa Lengkap Utusan, Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.:1993)

Hotel Taiping Perdana








Mesyuarat Pemurnian Penulisan Buku "Jom Ke Sekolah" Peringkat Negeri Perak 2012 di Hotel Taiping Perdana, Taiping pada 15 - 17 April 2012. Bersua dan berbicara lagi kita - Taiping Bandar Warisan.

Seni Lukis - Kasih Ibu

Sajak - NUR

NUR

Mencari aku, Nur
Dalam kegelapan
Pekat hitam cabaran
Gelora ombak dugaan
Perlu kuredahi
Dalam ketabahan
Perlu kutempuhi
Dalam kecekalan

Dalam pencarian aku, Nur
Perjalanan panjang
Perlu kutiti simpang duga
Perlu kutiti simpang luka
Sesekali, pernah tersungkur aku
Dalam sepak terajang kehidupan
Sesekali, pernah terpelosok aku
Dalam lubuk akar duga
Sandiwara
Yang silih berganti
Antara babak dan adegan
Di pentas kehidupan

Dalam takwim diri
Notelun duka lara
Bertegur sapa tanpa bahasa
Bercengkerama pahit tanpa putus asa
Syukur, ramuan bitara
Menuntun aku
bermunajat kepada-Mu
Nur pun bergemerlapan
Di hujung terowong kehidupan

Kelewatan yang datang
Bagaikan kejayaan yang tertangguh
Syukur,
Dapat kukecap nikmat
Nur bahagia
Di hujung perjalanan
Dapat kukecap nikmat
Nur makmur
Di hujung pengembaraan
Pabila landskap-Nya
Kian senja, tanpa
Bintang-bintang berkerdipan!


Chai Loon Guan,
Tanjong Malim.

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Gambar Nostalgia


























Zaman persekolahan merupakan zaman kebahagiaan seorang anak kecil yang bernama murid. Nostalgia - 40 tahun yang lalu di SRJK Methodist, 35900 Tg. Malim.

Monday, April 9, 2012

Mesyuarat Penilaian Skrip Cerpen HG Kebangsaan 2012




















Penulis bergambar kenangan dengan urus setia Mesyuarat Penilaian Skrip Cerpen Hari Guru (BM dan BI) Peringkat Kebangsaan 2012 di Institut Aminuddin Baki, Sri Layang, 69000 Genting Highlands pada 6 - 8 April 2012.

Sunday, April 8, 2012

Calon Tokoh Nilam Kebangsaan 2012




















Calon Tokoh Nilam Kebangsaan 2012 sedang giat berlatih di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 4 - 5 April 2012.

Sajak Awang Had Salleh



















Aku Penyambung Zaman

Kerana aku punya wang
Kupastikan anakku hidup senang
Kerana aku punya harta
Kupastikan anakku tidak papa

Jika hanya itu milikku
Jika hanya itu lakuku
Hidup ini belum punya erti apa-apa
Hadirku di dunia baru sekadar sama
Ibu bapa terhadap anak mereka.

Aku tidak sekadar serupa
Punya hanya anak baka
Aku tidak punya anak baka
Aku punya anak bangsa!

Akulah penerus wawasan
Akulah pembawa obor peradaban
Pemangku perubahan
Penyambung zaman

Aku punya daya menulis
Maka dengannya wajar anak bangsa menulis
Aku punya daya bercerita
Maka dengannya wajar anak bangsa, membaca, mengira
Aku punya cita mulia
Maka dengannya kujadikan anak bangsa pewaris dunia yang sejahtera

Tuhanku,
Jadikanlah aku kuat gagah
Menunaikan fungsi khalifah
Di bumi bertuah
Betapapun payah
Menahan semangat jangan mudah patah
Menahan hasrat jangan cepat ‘rebah
Sehingga perjuangan tercapai sudah

Khidmat hamba inilah cuma
Sejahtera anak bangsa
Sejahteralah hamba
Terbayarlah sudah keringat dan air mata.


Awang Had Salleh,
Ampang Jaya.
19 Julai 1999

(Sajak ini sempat saya salin di lobi Asrama Induk, IAB ketika menghadiri Mesyuarat Penilaian Skrip Cerpen Hari Guru Kebangsaan 2012 di Institut Aminuddin Baki, Sri Layang, 69000 Genting Highlands pada 6 – 8 April 2012.)

Tuesday, April 3, 2012


Peringatan:
Murid-murid Tingkatan 3 Endurance, 3 Thankfulness dan 3 Humility - sila baca dan analisis AYAT MAJMUK dalam edaran fotostat yang telah diberikan di samping membaca pantun nasihat (Bersatu Hati) dan pantun berkait (Bekerja) dalam antologi Harga Sebuah Lukisan. Murid-murid Tingkatan 5 Sains 2 pula, sila jawab tiga soalan pemahaman drama Tiang Cengal Dinding Sayung dan syair Makna Riak (antologi Dirgahayu Bahasaku) dalam buku kerja Booster Sasbadi Tingkatan 5 sebelum melengkapkan teks Karangan BM SPM Contoh I dan II. Salam.
Cikgu Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan: BTPN, Ipoh - IAB, Genting Highlands.
4 - 8 April 2012.