Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, February 29, 2012

Kem Gemilang Minda
















Pada 01 Mac 2012 (Khamis, 2.00 - 4.00 petang), penulis akan berceramah tentang BM SPM Kertas 1 (Penulisan) dan Teknik Mengarang Sajak BM kepada murid-murid SMK Tanjong Sepat, 42800 Tanjong Sepat, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan di Kalumpang Resort Training Centre, Hulu Selangor. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Tuesday, February 28, 2012

Nostalgia MESA















Nostalgia pertemuan LPS dan PIBG SMK Methodist, 35900 Tg. Malim dengan Jawatankuasa Induk MES Alumni di Shah Village Hotel, Gazebo Restaurant, 3 & 5 Lorong Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada 13 Februari 2012 (Isnin). Salam silaturahim.

BUKU












Bacalah...sesungguhnya, membaca jambatan ilmu. Ilmu pelita hati.

Tema, Persoalan dan Biodata Penulis Novel Kembara Amira

ANALISIS NOVEL TINGKATAN 5:
KEMBARA AMIRA

BIODATA PENGARANG

Novel “Kembara Amira” ini merupakan karya Amer Hamzah B. L.Kadir. Beliau dilahirkan pada 19 Jun 1966 di Dungun, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Seterusnya, beliau memperoleh B.Ed (Hons) dalam bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan M.Ed dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kini, beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang, Kulim, Kedah. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang penulisan sekitar tahun1994. Pada awalnya, beliau menumpukan perhatian dalam bidang penulisan cerpen dan kini beliau lebih cenderung dalam penulisan novel.

Penglibatan dalam dunia sastera bermula dengan Projek Hadiah Galakan Sastera Kenyalang, satu projek memupuk bakat penulisan dalam kalangan penulis baharu di Sarawak. Pada tahun yang sama cerpennya yang bertajuk “Caturrangga” telah dijadikan judul antologi cerpen dan puisi bagi projek ini. Cerpen “Belasungkawa” telah diberikan pengiktirafan antara cerpen terbaik dalam projek tersebut. Kedua-dua cerpen ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Minggu dan penerbitan antologi ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Bank Utama pada 1999.

Penglibatan dalam penulisan novel pula bermula pada tahun 2004 apabila novel pertama beliau, iaitu “Biar Bintang Berguguran” telah diterbitkan. Kemudian diikuti dengan “Demi Kasih Katrina” dan “Krisandra & Cinta yang Lara” yang diterbitkan oleh Tintarona Publications Sdn. Bhd.

Kembara Amira pula merupakan novel yang memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 dan diterbitkan pada tahun 2006. Akhir sekali, novel beliau, iaitu “ Kala Yuda” telah mengungguli tempat pertama dalam Sayembara Fiksyen, Sains dan Teknologi UTM – Kumpulan Utusan.


TEMA

Novel Kembara Amira bertemakan ketabahan dalam menjayakan sesuatu misi atau tugas tanpa mengenal erti putus asa dan takut.
Perkara ini dibuktikan melalui tindakan Amira yang begitu tabah semasa berada di Gunung Mat Raya, iaitu di tempat ibunya bersama-sama dengan pembantu dan pelajar-pelajarnya menjalankan aktiviti mencari gali artifak lama tinggalan manusia zaman silam. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi bukan sahaja oleh Amira tetapi juga dihadapi oleh ibunya sendiri, Jacinta, Itai dan juga pelajar-pelajar ibunya yang sedang bekerja di tapak kerja lapangan itu. Amira hampir mati lemas akibat tergelincir di sungai dan dia bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Itai. Jacinta juga menghadapi cabaran, iaitu dia pengsan dan sesat di dalam hutan ketika hendak menjejaki Amira yang telah dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Jacinta juga bernasib baik kerana diselamatkan oleh Tau. Profesor Zaidah juga menghadapi cabaran, iaitu beliau mendapat kecederaan, iaitu tangannya terseliuh apabila kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan kerana breknya mengalami kerosakan.

Tugas mereka hampir-hampir tidak dapat disempurnakan kerana keselamatan mereka bagaikan terancam dan menyebabkan Dr. Zawawi mencadangkan kerja-kerja cari gali itu ditangguhkan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, Profesor Zaidah tidak bersetuju dengan cadangan Dr. Zawawi untuk menangguhkan kerja lapangan itu dan mengatakan bahawa kerja itu perlu diteruskan. Amira tabah semasa melakukan kerja cari gali dan akhirnya dia menjumpai artifak yang berupa bekas air. Ada yang menjumpai karpus ataupun tulang pergelangan tangan manusia. Seterusya, Amira tabah menghadapi dugaan semasa hendak menyelamatkan Malique yang dikurung oleh makhluk yang berbulu (Tau) bersama-sama dengan Itai, Pak Lias, dan Jacinta.

PERSOALAN

Persoalan kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara.
Contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.

Persoalan tolong-menolong dalam kehidupan.
Contohnya, Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas di sungai dan Tau pula menyelamatkan Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan ketika hendak menjejaki Amira. Ludin pula merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya dengan kaedah perubatan tradisional.

Persoalan keberanian dalam menempuh cabaran.
Contohnya, Amira, Itai dan Jacinta berani untuk pergi ke Gunung Gua Gajah demi menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengurung Malique.

Persoalan kebijaksanaan dalam tindakan.
Contohnya, Amira menunjukkan kebijaksanaannya dengan bertindak pantas dan tepat pada masanya untuk menggerakkan usaha demi menyelamatkan Malique.

Persoalan kesabaran dan ketekunan dalam melaksanakan tugasan.
Contohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah bersabar dan tekun menjalankan kerja lapangan di tapak ekskavasi atau kerja lapangan itu.

Persoalan kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga.
Contohnya, Profesor Zaidah sayang kepada Amira, iaitu dia masih mengambil berat tentang keselamatan Amira. Tau amat menyayangi anaknya, iaitu Malique atau Sabi dan tidak mahu anaknya itu berjauhan daripadanya.

Persoalan kebijaksanaan dalam membuat keputusan
Contohnya, Amira berfikir dengan rasional dan bijaksana dalam membuat keputusan dengan menceritakan perkara yang sebenar kepada Ludin tentang peristiwa dia dan Itai mengambil ketulan emas di sungai untuk dihadiahkan kepada Jacinta.

Persoalan tentang penggunaan masa cuti dengan cara yang berfaedah.
Amira bersama dengan Jacinta ke Bukit Mat Raya untuk membantu ibunya, Profesor Zaidah yang mengetuai misi cari gali bahan artifak yang tinggi nilainya di samping memastikan kehijauan hutan dikekalkan daripada pembalakan dan pengusaha cari gali emas.

Persoalan tentang sikap masyarakat yang tidak menerima perbezaan warna kulit.
Orang asli tidak menerima Ipah dalam masyarakatnya kerana Ipah berkulit putih dan bermata biru sehingga menyebabkan dirinya dipulaukan.

Persoalan sikap saling membantu.
Itai, Amira, Jacinta, Roslan dan Pak Lias saling membantu mencari Malique yang hilang setelah dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras.

Persoalan taat kepada perintah agama
Amira segera mengadakan solat subuh yang tidak dapat ditunaikan ketika di dalam kereta api.

Persoalan penyayang
Amira bercakap lemah-lembut dengan ibunya.
Amira sangat menyayangi Jacinta, sahabatnya dengan sanggup ke lubuk emas mencari batu emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta.

Persoalan Suka akan cabaran
Amira seronok dapat bersama-sama ibunya ke tapak kajian arkeologi kerana suka akan cabaran.

Persoalan integrasi kaum.
Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

Persoalan kegiatan manusia yang telah merosakkan alam sekitar.
Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

Hasil Kerja Kumpulan 1:
Manreet Kaur, Chaw Hui Wen, Sundarraj, dan Abdullah, Tingkatan 5 Sains 2, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Monday, February 27, 2012

Sunday, February 26, 2012

Sajak - TAIPING













TAIPING
(dedikasi buat guru-guru BM PMR - LMS)
perjalanan yang panjang
petang itu
ke bumimu, Taiping
tenang, setenang air di tasikmu
indah, seindah landskap alammu
ceria, seceria wajah pengungsimu
mendamaikan sukmaku
seketika daripada belenggu liku dugaan
menghiburkan kalbuku
seketika daripada onak duri cabaran
yang pernah berkhemah
di buana hidupku

bandar warisan, Taiping
sesekali singgah
di daerah sejarahmu
dapat kutatapi
buana keindahan
dapat kuhayati
buana keamanan
dapat kuhargai
buana kekayaan
nikmat kurniaan Tuhan!

Chai Loon Guan,
Hotel Seri Malaysia - SMK Klian Pauh, Taiping.
18 Februari 2012

(Sumber: Mingguan Warta Perdana - 8 Julai 2012)

Dirgahayu MESA 2012!















Tahniah atas pelantikan Jawatankuasa Induk Methodist English School Alumni (MESA) 2012 yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Yang Farina Abdul Aziz. Terima kasih kepada Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung MESA, LPS, PIBG, Alumni MES, dif-dif jemputan (jauh dan dekat), guru-guru MES dan anak-anak didik MES kerana telah berjaya mengelolakan dan menjayakan Mesyuarat Agung MESA dan Mesyuarat Bersama LPS, PIBG, AJK Induk MESA dengan pihak sekolah. Terima kasih daun keladi. Dirgahayu MESA! Salam.

Thursday, February 23, 2012

Penerbitan Majalah

PENGENDALIAN PENERBITAN MAJALAH TAHUNAN YANG MESRA BAHASA:
ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN CABARAN*
oleh
MOHAMAD BIN MUSIP
Munsyi Dewan (DBP) dan Pensyarah Cemerlang DG52, Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Perempuan Melayu, Melaka.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar (Manusia) dengan perantaraan kalam. Dia telah mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah Al-“Alaq: 1-5)

Pendahuluan

Ayat 1 hingga ayat 5 Surah Al-‘Alaq di atas sering dirujuk dan digunakan orang sebagai peringatan kepada diri sendiri dan orang sekeliling supaya mencintai ilmu, bermula dengan membaca untuk menggali ilmu dalam pelbagai bidang mengikut keperluan kita. Apabila membaca sudah dijadikan amalan, timbul pula keinginan susulan kita untuk berkongsi ilmu dan pengalaman daripada pembacaan itu. Justeru, kita cenderung pula untuk menulis. Gambaran ini tampaknya mudah untuk dinyatakan, tetapi untuk memahami dan melaksanakannya sehingga menjadi kenyataan tidak semudah yang dijangka. Banyak cabaran yang melatari perjuangan kita.

Berasaskan pemikiran di atas, penerbitan majalah tahunan dalam mana-mana institusi pekerjaan atau pendidikan haruslah dikategorikan sebagai satu bidang tugas rasmi. Pelaksanaannya mestilah berasaskan perancangan yang rapi. Kerapian perancangan penerbitan terhasil daripada kesedaran asas dan kecekapan pasukan tadbir urus sesebuah organisasi untuk mengenal pasti sumber manusia yang dapat menggerakkan penerbitan majalah tahunan.

Dalam konteks penerbitan majalah tahunan Institut Pendidikan Guru (IPG), kerapian perancangannya bermula daripada pembahagian tugas dan perancangan strategik Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). JHEP dikatakan penggerak tugas penerbitan kerana organisasi ini menaungi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang memegang amanah menerbitkan majalah tahunan IPG menerusi Biro Penerbitan dan Penerangan.

Majalah Tahunan yang Mesra Bahasa

Isu bahasa dalam majalah tahunan bukanlah isu baharu. Bahkan, isu bahasa dapat ditemukan dalam apa-apa jua penerbitan. Konsep “isu bahasa” bermaksud segala masalah yang berpunca daripada pengabaian terhadap tuntutan ke arah berbahasa dengan betul. Natijah daripada timbulnya isu bahasa yang sering kita lihat dan baca dalam media cetak termasuk majalah tahunan ialah berlakunya masalah pencemaran atau kerancuan bahasa dalam makalah yang diterbitkan. Punca terjadinya kerancuan ini mungkin kerana pengetahuan dan pengalaman pengendali majalah (sidang redaksi) yang secara relatifnya bersifat kurang dan belum matang. Berasaskan keadaan ini, saya terpanggil untuk menyarankan supaya majalah tahunan IPG menyerlahkan sifat mesra bahasa. Ke arah itu, satu mekanisme bagi meningkatkan pengetahuan bahasa dalam kalangan pengendali majalah perlu dibina. Mekanisme ini perlu digerakkan oleh tenaga penggerak yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam arena penerbitan, dengan berfokuskan aspek bahasa yang murni atau saya istilahkan sebagai mesra bahasa.

Pembentukan Sidang Redaksi

Sidang redaksi sebagai pengendali majalah tahunan perlu disusun dengan mengambil kira keperluan untuk menghasilkan majalah yang sesuai dengan citra dan taraf IPG. Susunan sidang redaksi majalah yang mesra bahasa harus bermula dengan jawatan ketua pengarang selaku editor, diikuti penolong-penolong pengarang selaku penolong-penolong editor (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Pasukan pengarang ini berperanan memimpin redaksi untuk menghasilkan majalah yang mesra bahasa. Maksud mesra bahasa dalam konteks ini ialah bahan-bahan yang diterbitkan mestilah melalui proses penentuan reka bentuk (dummy), persembahan kulit dan isi, penyuntingan makalah, pembacaan pruf pracetak, penjadualan kerja, penyediaan naskhah pracetak, dan pengedaran. Sidang redaksi bukanlah dibentuk dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira merit kecemerlangan seseorang. Demikian juga penasihat kepada sidang redaksi, mereka ini perlu diberikan perincian tugas yang dapat membantu sidang redaksi, bukan menjadi penjawat tanpa tugas. Tegasnya, kesemua proses penerbitan perlu mengutamakan kepentingan untuk menjaga piawaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Peranan Pasukan Pengarang sebagai Pasukan Editor

Pasukan pengarang yang diketuai ketua pengarang dengan dibantu oleh sidang pengarang hendaklah bertindak menyediakan bahan mentah untuk penerbitan. Peranan dan tanggungjawab ini haruslah dinaungi pensyarah yang berfungsi sebagai penasihat merangkap ketua editor. Dalam hubungan ini, ketua editor dan pasukan editor majalah perlu meneliti komponen yang berikut dalam penyediaan bahan pracetak untuk majalah, iaitu komponen:

1. kulit majalah (judul hadapan dan belakang);
2. bahan awalan/prelim (halaman ulangan kulit hadapan, kata alu-aluan, halaman
kandungan, halaman redaksi);
3. isi (takwim, laporan dan gambar aktiviti rasmi, makalah deskriptif dan kreatif, gambar staf dan pelajar, selingan);
4. penutup (penghargaan dan autograf).

Keempat-empat komponen berkenaan perlu menampilkan aura profesional daripada segi reka bentuk persembahan, yang mesti bersih daripada kesalahan bahasa.

Peranan Editor Naskhah

Tuntutan untuk menghasilkan majalah yang mesra bahasa terpikul secara langsung di bahu editor naskhah. Editor naskhah ialah editor yang dipertanggungjawabkan untuk menangani naskhah atau bahan mentah yang diterima daripada penyumbang bahan. Editor naskhah bertanggungjawab membaca draf, menyemak kesesuaiannya dengan keperluan majalah, menambah baik atau memberikan nilai tambah, seterusnya menyediakan draf akhir untuk dibaca oleh pembaca pruf. Untuk menjadi editor naskhah yang berkesan, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan bahasa yang kemas kini. Pengetahuan yang kemas kini bermaksud pengetahuan yang berkembang mengikut perkembangan ilmu. Dalam hal bahasa, editor yang hebat hendaklah menunjukkan keupayaan mengenal pasti bentuk bahasa yang betul dan bentuk bahasa yang salah. Daripada manakah kehebatan sedemikian timbul? Jawabnya, kehebatan timbul daripada pembacaan dan amalan berbahasa, selain amalan merujuk sumber sebagai petunjuk kecemerlangan dalam menghargai tatabahasa, ejaan, tanda baca, kosa kata, dan makna.

Antara unsur dalam teks bukan kreatif yang perlu diteliti oleh editor ialah:
1. Tajuk:
- tidak terlalu panjang
- tidak perlu noktah
- keseluruhan hurufnya ditebalkan
- keseluruhannya menggunakan huruf besar
- berupa satu penyataan, bukan ayat yang sempurna

2. Pendahuluan
- bentuknya ringkas untuk menjelaskan maksud tajuk
- mengutarakan konsep penting berdasarkan tajuk
- membayangkan isi selanjutnya

3. Perenggan Isi
- mengemukakan isi utama, huraian, dan contoh
- menghubungkaitkan isi dengan tajuk dan isi yang lain
- menggunakan kosa kata, frasa, dan ayat yang sesuai
- menggunakan tanda baca yang betul
- menggunakan penanda wacana yang sesuai mengikut pertalian (kohesi) antara
ayat dan pertautan (koheren) antara perenggan

4. Perenggan Penutup
- menggambarkan teks yang sudah selesai mengemukakan isi
- menyimpulkan idea dan merumuskan pandangan

Sekiranya bahan mentah yang disemak ialah bahan yang berbentuk karya kreatif, senarai semak yang berikut perlu dipatuhi, iaitu:

1. Tajuk
- kreatif dan menarik
- bukan berbentuk ayat (tiada noktah)
- bukan tajuk yang pernah diterbitkan

2. Keseluruhan Cerita
- diyakini karya asli, bukan diciplak atau diplagiat
- kata bualnya sesuai, termasuk penggunaan tanda pengikat kata
- ceritanya logik dan dapat membina pemikiran
- penggunaan kosa kata/diksi yang sesuai
- jika puisi, dapat difahami mesej atau perutusannya

Peranan Ketua Pengarang

Ketua pengarang majalah tahunan ialah ketua sidang redaksi, iaitu pasukan yang menyediakan bahan mentah untuk diproses sebagai bahan majalah tahunan. Seseorang ketua pengarang yang berkesan dapat memainkan peranan sebagai editor naskhah, sekal gus sebagai pengerusi mesyuarat apabila diadakan mesyuarat untuk membuat keputusan yang penting bagi menjayakan penerbitan. Ketua pengarang dengan dibantu oleh penolong ketua pengarang, serta sidang pengarang (seksyen: aktiviti, karya kreatif, karya deskriptif, fotografi, dan umum) bertanggungjawab secara

kolektif untuk menggerakkan penerbitan majalah tahunan. Setiap individu yang dimaksudkan itu perlu bekerja dalam kerangka sebagai “editor yang hebat” – bersama-sama memastikan bahasa dalam teks/bahan terpelihara tatabahasa, ejaan, dan tanda baca, selain daripada sudut kosmetik atau reka bentuk persembahan.

Ketua pengarang dengan persetujuan dan bantuan penasihat sebenarnya mempunyai satu tanggungjawab yang lebih utama, iaitu merangka reka bentuk majalah mengikut amalan penerbitan majalah tahunan semasa. Dengan reka bentuk atau kerangka kandungan yang mantap, pengisian bahan lebih mudah dilakukan. Reka bentuk majalah merupakan acuan konsepsual majalah yang ingin diterbitkan. Keseluruhan konsep majalah tahunan dapat dikembangkan sekiranya reka bentuk (dummy) majalah dapat disediakan dengan kemas dan sesuai dengan latar belakang organisasi yang menerbitkan majalah. Majalah tahunan IPG misalnya hendaklah mencerminkan hasrat IPG untuk melahirkan guru yang cemerlang. Justeru, aura majalah secara keseluruhannya mencerminkan petunjuk kecemerlangan itu, antaranya:

1. Tidak ada penggunaan bahasa yang menyalahi tatabahasa;
2. Susunan dan isi kata pengantar atau kata alu-aluannya kemas dan bernas;
3. Susunan sidang redaksinya menggambarkan oraganisasi yang berfungsi, bukan
merupakan tempelan nama dan gambar;
4. Gambar dan keterangan gambarnya tepat (ejaan nama khasnya betul)
5. Faktanya tepat serta diyakini, misalnya tarikh mula bertugas dan mengakhiri tugas
bagi pensyarah;
6. Susunan laporan, gambar, dan takwim menggambarkan usaha mencapai visi dan misi IPG;
7. Karya deskriptif dan karya kreatifnya sesuai dengan kematangan warga IPG;
8. Persembahan isiya tampak profesional, mirip kepada persembahan majalah komersial;
9. Keseluruhan format majalah mengikut spesifikasi penerbitan, berdasarkan gaya
yang diterima di peringkat antarabangsa. Di Malaysia, buku Gaya Dewan dirujuk sebagai manual penerbitan, termasuk jenis dan saiz fon, tanda baca, huruf besar dan huruf kecil, serta cara menulis rujukan.

Langkah-langkah Menjadi Editor yang Hebat

Apabila semua tindakan kita dalam kehidupan diasaskan kepada ilmu, iaitu bersumberkan pembacaan dan penulisan, maka editor atau pengendali majalah (ketua pengarang dan sidang pengarang) yang mahu menampilkan kehebatan dalam hasil kerja juga perlu membaca dan menulis. Dalam konteks tugas menerbitkan majalah tahunan, editor atau ketua pengarang bertanggungjawab membaca semua bahan atau teks yang diterima untuk penerbitan. Dalam proses membaca, editor perlu juga menulis ketika membetulkan mana-mana bahagian dalam teks sebelum ditaip semula oleh sidang redaksi yang diberikan tugas khas sebagai jurutaip. Surah Al-‘Alaq ternyata dapat menyuntik ilham kepada petugas majalah untuk menangani tugas menjayakan penerbitan majalah tahunan.

Ukuran nyata bagi seseorang editor yang hebat ialah keupayaannya dalam menguasai bahasa, iaitu mengenal pasti bentuk bahasa yang betul dan diterima sebagai amalan. Jika dinilai daripada segi kelayakan mata pelajaran Bahasa Melayu pada perigkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seseorang siswa/siswi, maka secara umum dapat dikatakan bahawa semua siswa/siswi celik bahasa. Ironinya, hakikat yang dapat diperhatikan pada bahan-bahan bertulis termasuk bahan-bahan yang diserahkan kepada pengendali majalah tahunan, tampak kelemahan yang ada. Isu tidak menguasai bahasa sebenarnya berpunca daripada tahap amalan berbahasa yang rendah. Punca berlakunya fenomena ini wajar dikaji dan dicari penyelesaiannya secara tuntas.

Contoh isu kesalahan bahasa dalam teks bertulis ialah penggunaan:
1. kata sendi dari dan daripada;
2. kata majmuk yang dieja rapat dan dieja terpisah;
3. kata pemeri ialah dan adalah;
4. hukum D-M; dan
5. ayat pasif diri pertama.

Seseorang editor yang mahu dilabelkan sebagai hebat ialah editor yang sanggup menerima tanggungjawab untuk mendepani cabaran dengan menekuni hal bahasa, yang bagi kebanyakan orang sebagai bersifat skematik (skema) dan tidak menyeronokkan. Anjakan paradigma atau perubahan cara berfikir daripada manjauhi hal bahasa kepada mendekati dan menghayati penggunaan bahasa yang betul, tepat, dan berkesan amatlah relevan bagi editor atau pengendali majalah tahunan IPG. Sanggupkah cabaran ini dihadapi dalam situasi kebanyakan orang merasakan bahawa mempelajari bahasa sebagai langkah menjumudkan diri! Jika bahasa dapat dipelajari secara beristiqamah dan berhikmah, tidak diragukan lagi bahawa majalah tahunan akan dapat diterbitkan dengan jaya dan sempurnanya.

Penutup

Bengkel yang singkat ini tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah rendahnya tahap penguasaan bahasa dalam kalangan pengendali majalah tahunan. Namun, setiap orang disarankan supaya berfikir secara bijak dan proaktif untuk mendepani cabaran dalam menjayakan penerbitan. Seseorang yang terlibat dalam kerja penerbitan sebenarnya tidak melakukan pekerjaan yang sia-sia. Hal ini demikian kerana pengendali majalah ialah mereka yang begitu hampir dengan budaya ilmu, budaya membaca, dan budaya belajar sepanjang hayat. Jika wacana ilmu yang ditekuni memberikan barakah, budaya membaca memberikan kebahagiaan, pembelajaran sepanjang hayat mengurniakan ketinggian akal budi, apakah perkara lain yang lebih membahagiakan daripada kesemuanya itu?

Rujukan

Pengetahuan dan Pengalaman Peribadi (Penulis pernah menjadi Ketua Pengarang Majalah Tahunan SINARAN (Jasin, 1972), PEMUKA (Melaka, 1974), CENDERAMATA (MPSI, 1976-1977); Penasihat Teknik Majalah Tahunan SEMESTA (Raub, 1989-1995),; Ketua Penasihat Majalah Tahunan BINGKISAN (Melaka, 2010-2011); memimpin bulletin PERTAMA dan PEKA (UPM, 1985-1988), RIMBUN BAHASA (JPM, IPPM, 1997-1998). Selain itu, penulis juga menulis sajak, pantun, gurindam, nazam, syair, cerpen, berita, rencana, kertas kerja, kertas cadangan, minit mesyuarat, teks ucapan, buku kerja, dan buku teks. Penulis dapat dihubungi di www.facebook.com/MunsyiMohamadMusip.)

*Dibentangkan dalam Bengkel Penerbitan Majalah Tahunan IPG Zon Selatan pada 25 Februari 2012 di IPGK Perempuan Melayu, Melaka.

Bahasa Inggeris










Imperialisme bahasa Inggeris menghakis jati diri nasional
Oleh Teo Kok Seong
bhnews@bharian.com.my
2011/03/30
BI sepatutnya jadi sumber ilmu dianggap simbol prestij

TOHMAHAN terhadap pencinta bahasa Melayu, sama ada mahasiswa, pensyarah mahupun sesiapa saja yang memiliki rasa bangga, sayang dan setia terhadapnya, sebagai golongan fanatik, bukan saja tidak tepat, malah tuduhan melulu itu tidak sensitif langsung kepada sentimen nasionalisme Melayu, yang menjadi asas kepada nasionalisme Malaysia. Memburukkan lagi keadaan, prasangka begini datang dari kaum Melayu sendiri, di kalangan pemimpin pula, untuk menyelar pencinta bahasa Melayu yang ingin melindungi warisan Melayu ini, yakni bahasa leluhur mereka daripada dikuasai bahasa Inggeris yang lebih berprestij.

Sehubungan itu, pencinta bahasa Melayu bukan fanatik yang terlalu taksub sehingga tidak berpijak di bumi nyata dalam hal penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris di negara ini. Mereka tidak sekali-kali menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai lingua franca dunia dan bahasa ibunda zaman globalisasi.

Malah, mereka ikut menyarankan keperluan menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin oleh rakyat. Ini dilakukan agar rakyat tidak ketinggalan dalam tuntutan kepenggunaan tempatan dan pasaran antarabangsa yang diidentifikasikan dengan bahasa Inggeris.

Nilai pragmatik bahasa Inggeris di Malaysia dan juga di merata tempat di dunia, adalah sentiasa tinggi. Dengan ini, pelbagai usaha diperkenal untuk memajukannya. Bagaimanapun, dalam keghairahan mempertingkat penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pembelajaran didapati mempunyai impak bukan saja atas jati diri linguistik rakyat, tetapi juga terhadap jati diri nasional.
Justeru, kaedah yang tidak sesuai didapati boleh mencabar kejayaan bahasa negara di sesebuah tempat itu, sama ada untuk tujuan penyatuan mahupun kemajuan.

Sesungguhnya julat kaedah pembelajaran ini adalah luas. Pada satu penghujung, mereka yang mempelajarinya didapati tidak pun teruja walaupun ia bahasa yang hebat. Dalam kes begini, masyarakat Jepun secara umumnya didapati tidak memperlihat rangsangan berlebihan ketika mempelajari bahasa Inggeris.

Dalam hal ini, pelajar Jepun menguasai sistem bahasa Inggeris sebaik mungkin, sama saja seperti yang berlaku ketika mereka mempelajari mata pelajaran lain. Dengan kata lain, bahasa Inggeris tidak dipelajari dengan minat dan semangat yang berkobar-kobar sehingga boleh mempengaruhi pemikiran dan sikap mereka sebagai orang Jepun.

Hal sebaliknya berlaku pada satu penghujung lain. Golongan elit di sesetengah negara didapati mempelajari bahasa Inggeris dengan penuh teruja. Mereka didapati hanya boleh berbicara dengan baik apabila menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Disebabkan mereka tidak fasih ketika menggunakan bahasa negara sendiri, mereka bukan saja dianggap sebagai orang asing di bumi sendiri oleh rakyat jelata. Tetapi lebih mengecewakan ialah mereka tiada jati diri etnik dan nasional pada diri mereka.

Di antara dua penghujung ini, wujud keadaan yang memperlihat pelbagai cara bahasa Inggeris menceroboh lalu mengubah jati diri etnik sesetengah kaum dan juga jati diri nasional di beberapa negara. Impak begini berlaku di Singapura yang mana sebilangan besar belia Cina dilaporkan menyesal dilahirkan sebagai orang Cina. Mereka ini yang dari segi budayanya bukan lagi Cina, merungut bahawa mereka sepatutnya dilahirkan sebagai orang Barat.

Jati diri sedemikian sudah tentu tidak unggul untuk jati diri etnik Cina. Ia juga tidak ulung untuk mewakili jati diri nasional republik itu yang ingin menonjol sistem nilai Asia dalam bentuk kepelbagaian budaya Cina-Melayu-India.

Sebetulnya kaedah pembelajaran bahasa Inggeris itu amat penting dalam usaha warga dunia menguasai bahasa dunia yang penting ini. Perkara inilah yang menjadi kebimbangan pencinta bahasa Melayu agar penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris di negara ini berlaku atas landasan yang tidak boleh sekali-kali menyebabkan bahasa Melayu terpinggir di tanah air sendiri.

Landasan itu adalah kepentingan bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan dan arena antarabangsa. Berlandaskan kepercayaan dan kefahaman begini, kaedah pembelajaran bahasa Inggeris perlu dihadkan, pertamanya kepada peri pentingnya sebagai bahasa sumber ilmu. Dalam konteks ini, bahasa Inggeris perlu dipelajari sebaik mungkin untuk memahami kandungan ilmu yang rata-rata ditulis dalam bahasa Inggeris.

Pemahaman dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa sumber ilmu ini kemudian diungkapkan semula dalam bahasa Melayu selaku bahasa ilmu. Ini bukan saja cara yang amat nasionalistik sifatnya untuk kita membina peradaban dan tamadun di Malaysia. Tetapi ia juga seiringan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu-Memperkukuh Bahasa Inggeris.

Dasar ini adalah dasar sosial penting untuk pembentukan dan pengekalan jati diri nasional di Malaysia, selain menangani persaingan antara bahasa negara ini dengan bahasa antarabangsa yang penting itu, secara bestari.

Seterusnya bahasa Inggeris dipelajari kerana ia adalah bahasa antarabangsa paling penting. Dengan penguasaannya rakyat Malaysia apabila perlu berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa, sudah tentu dapat menggunakan bahasa pengantar ini dengan berkesan sebagai medium komunikasi. Ini dapat dilakukan ketika mengendalikan hubungan antarabangsa, selain terbabit dalam perdagangan dan perjalanan antarabangsa.

Inilah kaedah pembelajaran terbaik untuk melindungi bahasa Melayu daripada dikuasai oleh bahasa Inggeris. Sehubungan itu, kita perlu memastikan bahasa Inggeris di Malaysia tidak dipelajari atas landasan kekuasaan bahasa Inggeris. Ini bermakna kita tidak boleh mempelajarinya kerana kuasa dan prestijnya dalam pelbagai bentuk imperialisme. Antaranya adalah imperialisme budaya yang meliputi media, pendidikan, sains dan teknologi.

Apabila bahasa Inggeris dipelajari atas landasan ini, minda dan kehidupan rakyat Malaysia, akhirnya ditakluki. Penaklukan ini antaranya mewujudkan keadaan yang memperlihat rakyat benar-benar taksub bahawa bahasa Inggeris saja yang mampu memajukan negara, selain menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Oleh itu ia perlu digunakan untuk mengendalikan hal yang menyangkut semua aspek kehidupan yang maju sifatnya. Antaranya pendidikan, urus tadbir negara, perundangan dan kegiatan budaya tinggi lain.

Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Ketamadunan Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Wednesday, February 22, 2012

Satu Bahasa




















BERSATU TANPA SATU BAHASA

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN ialah Karyawan Tamu kepada Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir UUM.

TIMBALAN Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong menyatakan bahawa patriotisme pelajar-pelajar sekolah jenis kebangsaan tidak perlu dipersoalkan dan dihubungkaitkan dengan kesetiaan dan kasih sayang pada negara.

Tajuk berita mengenainya: Patriotism not in one 's language, those study in vernacular school are loyal to country, says Wee ( Sunday Star 19 February 2012)

"Bahasa adalah jambatan perpaduan tetapi menggunakan bahasa yang sama tidak bererti bahawa kita bersatu" katanya.

Pandangan ini ada logiknya tetapi menidakkan atau menafikan peranan "Satu bahasa Satu Bangsa" untuk jalinan penghayatan perasaan kenegaraan, persefahaman, saling hormat-menghormati dan bagi pembangunan dan kesepaduan suatu bangsa dalam masyarakat berbilang kaum.

Pandangan ini juga menolak kejayaan Singapura membangunkan suatu Bangsa Singapura (Singaporean Singapore) menerusi satu bahasa iaitu bahasa Inggeris walaupun bahasa ibunda masing-masing dibenarkan untuk dipelajari sebagai bahasa kedua (Dasar Dwi Bahasa).

Singapura melaksanakan dasar Bahasa Inggeris sebagai pengantar utama semua sekolah dengan tegas, berani dan tanpa tolak ansur terutama terhadap kaum Cina sendiri (lihat buku Lee Kuan Yew : My Life Long Challenge : Singapore Bilingual Journey). Keberkesanannya yang terbesar adalah menghapuskan cauvinisme Cina berpunca dari sekolah Cina yang berpotensi menjadi ancaman besar kepada ketenteraman dan keharmonian politik Singapura dari awal 60 an hingga 80an.

Di Malaysia Sekolah Kebangsaan (Pengantar Melayu) tidak mencapai matlamat seperti sekolah aliran kebangsaan di Singapura (aliran Inggeris) kerana pendekatan dalam pelaksanaan dasar Bahasa Kebangsaan bermula dengan pendekatan jingoism atau fahaman perkauman Melayu yang sempit yang tidak menampakkan pendekatan liberal dan berdiplomasi supaya diterima selesa oleh bukan Melayu sebagai bahasa mereka.

Pendekatan ini lebih hendak menonjolkan kebanggaan bahasa Melayu adalah hak kepunyaan orang Melayu sekalipun hasrat utama adalah untuk menjadikannya bahasa nasional atau bahasa bagi semua kaum.

Menyedari hakikat ini, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra menganjurkan supaya Bahasa Melayu diistilahkan sebagai Bahasa Malaysia tetapi seakan ditolak oleh pejuang bahasa dan fanatik bahasa yang berpusat di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehingga ini kesempitan dalam pendekatan ini dapat dilihat dari papan-papan iklan atau poster promosi penggunaan Bahasa Melayu di lebuh raya dan di lain-lain tempat umum yang menggunakan gambar lelaki dan wanita Melayu berpakaian Melayu.

Ini memberikan gambaran penggunaan Bahasa Melayu mestilah juga menggunakan budaya Melayu atau Bahasa Melayu itu hanya terbatas kepada orang Melayu dan Islam sahaja. Kenapa tidak memakai wajah berbilang kaum dalam pakaian harian.

Kempen menggalakkan penggunaannya masih memakai slogan lapuk dan beku" Gunakanlah Bahasa Melayu". Pada hakikatnya dalam interaksi seharian antara kaum sekarang ini adalah menggunakan bahasa Melayu kecuali di bidang perdagangan dan ekonomi yang tetap memerlukan penggunaan bahasa Inggeris.

Slogan ini tidak dinamik dan beku yang menunjukkan kejumudan berfikir pejuang bahasa yang bertanggungjawab yang tanpa sedar menyinggung perasaan generasi baru bukan Melayu yang telah pun menguasai dan menggunakan bahasa itu.

Ketidakterbukaan sikap ini juga mempengaruhi corak pendekatan pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan sehingga anak anak bukan Melayu merasa terasing dan menjadi antara salah satu fakta menyebabkan orang Cina tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan. Sesetengah sekolah ini pula agak keugamaan kerana sikap pengetua atau guru.

Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) sendiri diawal kemerdekaan negaranya telah melihat ancaman perkauman Cina dari sekolah-sekolah Cina kepada perkembangan keharmonian kaum dan kestabilan Singapura. Oleh kerana jumlah besar penduduk Singapura orang Cina maka cabaran besar yang pertama sekali dihadapi adalah dari generasi muda berpendidikan Cina yang dibudayakan oleh Bahasa Cina.

LKY dengan berani, tegas dan menggunakan tangan besinya memerangi pejuang-pejuang pendidikan Cina dan menutup sekolah-sekolah Cina, Tamil dan Melayu dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama yang akhirnya menjadi alat paling berkesan bagi kecairan perkauman Cina. Dalam 1987, Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar tunggal sekolah Singapura.

Air mata mengalir di kalangan masyarakat India apabila sekolah Tamil ditutup di Singapura pada 1982 terutama sekali di kalangan penjual-penjual akhbar Tamil yang yang penutupan sekolah itu bererti berakhirnya riwayat akhbar Bahasa Tamil di Singapura. (Men In White - hlm 611)

Mengenai penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa bersama rakyat Singapura, LKY berkata " Selepas 1965, kami terpaksa membuat keputusan mengenai bahasa bersama. Jika kami menjadikan Cina sebagai bahasa bersama , maka kebudayaan Cina menjadi dominan dan akan membawa kepada perpecahan masyarakat. (Ibid hlm 613)

Tidak dapat dinafikan bahawa berikutan dengan kebangkitan Republik Rakyat Cina menuju ke arah menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia maka dasar Singapura kini tercabar tetapi tidak mungkin Singapura mahu meleburkan asas kekuatannya seperti yang dibenarkan berlaku di Malaysia sehingga mengakibatkan tsunami 2008.

LKY berjaya melahirkan rakyat Cina yang berfikiran Singapura atau Singapura yang tidak kecinaan berbanding dengan aliran pemikiran Cina Malaysia yang mengwujudkan suasana yang memaksa kepimpinan politik Cina untuk mencari populariti menerusi isu perkauman Cina.

Kesilapan LKY adalah hendak menjual eksperimen kejayaan politik kosmopolitannya di Singapura ke Malaysia (Malaysian Malaysia) tanpa mempedulikan sensitiviti majoriti masyarakat tradisi Melayu. Beliau mahu melakukan apa yang dilakukannya terhadap majoriti rakyat Cina Singapura.

Dalam buku Men In White halaman 610 disebutkan bagaimana LKY menghadapi golongan pejuang pejuang bahasa Cina pada 1965. LKY menulis "under the full glare of TV light I met the committees of all four chambers of commerce. I left the Chinese representative in no doubt that I would not allow anyone to exploit the Chinese language as a political issue. That put an end to their attempts to elevate the status of the Chinese"

Hal ini tidak mungkin akan dilakukan oleh LKY jika beliau tidak melihat mereka yang bersekolah Cina akan terbentuk dengan pemikiran perkauman Cina dan keperluan penggunaan satu bahasa untuk pembinaan perasaan kenegaraan atau kesetiaan kepada Singapura.

Contoh kecil bahawa golongan berpendidikan Cina bersikap perkauman Cina yang menyebabkan mereka berpandangan sempit dan kecinaan jelas dalam tulisan Joceline Tan di Sunday Star 19 Februari 2012 mengenai debat Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Joceline golongan berpendidikan Cina menganggap orang Cina seperti Soi Lek dan Guan Eng sebagai pisang, kuning di luar tetapi Barat di dalam kerana mereka tidak berpendidikan Sekolah Cina tetapi hanya bersekolah Kebangsaan dan Sekolah Inggeris.

Demikian juga dalam bukunya My Life Long Challenge: Singapore Bilingual Journey, LKY menyatakan bahawa orang Cina yang mendapat pendidikan Inggeris memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kedua untuk anak-anak mereka kerana menyedari hakikat bahawa Singapura berada di rantau Melayu tetapi orang China yang berpendidikan Cina tetap memilih bahasa Cina sebagai bahasa kedua.

Menafikan sesuatu bahasa membibitkan perasaan kenegaraan adalah menafikan proses pembentukan kejatian diri sesuatu bangsa. Dalam hal ini Singapura mencapai kejayaan dalam masa singkat dan boleh dijadikan contoh.

Dalam masa tiga dekad (1960 -1980) , Sekolah Rendah dan Menengah pengantar Bahasa Cina tidak wujud lagi di Singapura. Dalam 1980, Nanyang Universiti dipaksa bergabung dengan Universiti of Singapura untuk menjadi National Universiti of Singapore (Lihat Men in White hlm 612).

Bagaimanapun rakyat Malaysia yang mahukan suatu identiti nasional tidak seharusnya bersikap sentimen, marah atau prejudis terhadap bukan Melayu yang tidak mahu menerima Sekolah Kebangsaan atau tidak mahu menghantar anak anak mereka ke Sekolah Kebangsaan.

Ini adalah sikap pengasingan diri secara sukarela yang sewajarnya dihormati dalam masyarakat berbilang kaum yang negaranya percaya kepada perpaduan menerusi integrasi. Mereka tidak mahu diserapkan dalam suatu acuan bangsa seperti yang berlaku kepada orang Cina di Indonesia atau di Thailand yang menjalankan dasar asimilasi terhadap pendatang.

Dalam kata-kata lain, kewujudan masyarakat bukan Melayu yang mahukan kebebasan untuk terus kekal dengan identiti bangsa pendatang dan tidak mahu berada dalam aliran perdana sewajarnya dibiarkan.

Mereka akan dikenali dengan pertuturan dialek Bahasa Melayu yang tersendiri kerana tidak mahu menerima guru bahasa dari orang Melayu dan menolak sekolah wawasan. Ini berbanding dengan keturunan India yang bersekolah kebangsaan dari peringkat rendah. Mereka bercakap Melayu seperti orang Melayu.

Golongan "pemencilan diri sukarela" ini juga akan dikenali dengan identiti pemikiran yang terasing dari aliran perdana. Dalam menangani situasi ini yang perlu adalah kerajaan Malaysia memperkasakan terus kualiti Sekolah Kebangsaan dan Pendidikan Tinggi Nasional terutama sekali dalam memantapkan pengajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar di samping Bahasa Malaysia.

Saya percaya ramai orang Cina yang akan kembali menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan sekiranya Bahasa Inggeris digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Orang Cina ialah orang yang praktikal, pragmatik dan amat mementingkan nilai. Inilah yang ditakuti oleh sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Tidak ada ruginya kepada negara jika ada mana-mana kaum dalam masyarakat berbilang kaum mahu terpisah dari aliran nasional dengan lebih mengutamakan kemantapan bahasa dan kebudayaan sendiri. Semakin jauh kejayaan Sistem Pelajaran Kebangsaan dengan pengantar Bahasa Melayu dan kemantapan Bahasa Inggeris (Pasti akan berlaku) akan semakin nyata mereka terpisah dari aliran perdana dan akan semakin mudah mereka dikenali sebagai bangsa asing. Ini bukanlah kehendak kita tetapi pengasingan diri mereka secara sukarela.

Ini berbanding dengan masyarakat Cina Indonesia yang berbahasa Indonesia sesama mereka dan terlihat sebati dengan bumiputera Indonesia dan dikenali oleh orang asing bahawa mereka adalah bangsa Indonesia. Kita sendiri merasa bangga mendengar Cina Indonesia berbahasa Indonesia.

Sebuah hotel di Singapura yang pernah saya menginap, ramai pekerjanya yang terdiri dari orang Cina dan India Singapura berbahasa Indonesia dengan baik kerana sekian lama menjadi tumpuan penginapan keturunan Cina Indonesia.

Maka itu kenyataan Ka Siong tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan, kemarahan atau kerisauan di kalangan rakyat di aliran perdana negara sekalipun berbeza pendapat dengan menterinya sendiri. Biarkan dan biarkan.

(Sumber: Utusan Malaysia Online)

Monday, February 20, 2012

Pada Marcapada








Pada Marcapada
Munsyi Bahasa

PADA ialah kata sendi nama atau kata depan bahasa Melayu. Perkataan ini digunakan di hadapan kata nama untuk menerbitkan frasa sendi nama, seperti pada ibu, pada kertas, dan padanya.

Penggunaannya dalam pelbagai bentuk dan dalam binaan ayat membawa berbagai-bagai maksud pula. Marilah kita meneliti kepelbagaian maksud kata depan ini menurut konteks maknanya dalam ayat.

Sebagai fungsi menandai tempat, kata sendi nama pada dapat bersilih ganti dengan kata depan di. Pada dalam ayat:

(1) Tulislah nama kamu pada kertas ini, boleh sahaja digantikan dengan di, iaitu Tulislah nama kamu di kertas ini. Makna yang terkandung dalam kedua-dua ayat tersebut tetap sama.

Selain menandai maksud tempat, pada digunakan untuk menanda waktu.
Contoh ayatnya: (2) Dia akan pulang pada keesokan harinya. Ayat ini menyatakan waktu dia pulang, iaitu hari esok.

Makna pada dalam ayat dapat juga menunjukkan maksud “menurut” atau “mengikut”. Maksud ini terungkap dalam ayat yang berikut:

(3) Pada sangkanya orang itulah yang mengganggu perjalanannya setiap hari. Frasa pada sangkanya membawa maksud menurut agakannya.

Untuk maksud “buat” atau “bagi”, kata sendi nama pada dapat menggantikan makna ini dalam ayat yang berikut:
(4) Padanya, arwah isterinya satu-satu manusia yang menerangi hidupnya.

Dalam penulisan prosa Melayu klasik, dapat kita temukan ayat-ayat yang menggunakan kata sendi nama pada bagi mendukung sesuatu maksud yang khusus. Antara ayatnya:

5. Bab ini pada mengisahkan Kerajaan Chempa dan kejatuhannya.
6. Relalah hamba mati pada bersuamikan putera raja itu.

Kata sendi nama pada dalam ayat (5) mendukung maksud “akan” atau “untuk”. Hal ini tepat lagi jelas maksudnya apabila pada digantikan dengan kata “akan” atau “untuk”:

5. (a) Bab ini bagi mengisahkan Kerajaan Chempa dan kejatuhannya.
5. (b) Bab ini untuk mengisahkan Kerajaan Chempa dan kejatuhannya.

Dalam ayat (6) pula, kata depan pada bermaksud “daripada”. Telitilah maksud seperti ini dalam ayat yang berikut:

6. (a) Relalah hamba mati daripada bersuamikan putera raja itu.

Kata pada juga mengandungi maksud “kurang” atau “cukup lumayan”. Selain itu, kata pada juga membawa maksud “berasa puas”. Penggunaan perkataan pada bagi mendukung kedua-dua maksud ini terkandung dalam ayat contoh yang berikut ini:

7. Kaum kita hidup pada dengan sesuap nasi.(menunjukkan cukup lumayan)
8. Hatinya belum pada selagi musuh tradisinya itu belum dapat dikalahkannya.(maksud berasa puas)

Dalam ayat yang lain, pada membawa maksud “sama-sama” melakukan sesuatu pekerjaan. Ayat contohnya:

9. Kaum ibu pada duduk menghiris daun pandan untuk membuat bunga rampai.

Seterusnya, kata pada apabila dirangkaikan dengan perkataan tertentu dapat pula membentuk makna khusus. Telitilah beberapa potong frasa yang berikut:
pada adatnya bermaksud biasanya
pada dasarnya bermaksud pegangan
pada ghalibnya bermaksud kebiasaannya
pada hakikatnya bermaksud sebenarnya, sesungguhnya
padahal bermaksud sebenarnya, sebetulnya
pada lazimnya bermaksud kebiasaannya, biasanya
pada lahirnya bermaksud tampaknya, kelihatannya
pada mulanya bermaksud pertama-tama, mula-mula

Sejak mutakhir ini, para pelajar sering menggunakan perkataan marcapada sebagai penanda wacana ayat. Apakah makna perkataan ini? Marcapada ialah perkataan sastera lama Melayu. Perkataan ini lazimnya, digunakan dalam tulisan Melayu klasik. Ertinya “dunia sekarang ini”. Oleh itu, apabila kita menggunakan perkataan marcapada, maka tidak perlu perkataan ini diikuti oleh kata ganti nama tunjuk “ini”. Lebih-lebih lagi akan menjadi kesalahan pula jika diungkapkan sebagai marcapada sekarang ini. Frasa sekarang ini tidak perlu lagi mengikuti perkataan marcapada kerana makna frasa “sekarang ini” sudah terkandung dalam maksud perkataan marcapada itu.
Contoh penggunaannya yang betul adalah seperti ayat contoh berikut:

10. Kita jangan mudah terpengaruh dengan marcapada yang penuh dengan tipu daya.
Rasionalnya, jika marcapada itu bermaksud “dunia sekarang ini”, bagaimana kata ini dapat menjadi penanda wacana seperti penanda-penanda wacana malahan, oleh itu, namun, walaupun, kemudian, dan lain-lain seumpamanya.

Sketsa Sebuah Desa


BAHASA

Saturday, February 18, 2012

AMANAH dan TUGAS

















Baru kembali dari Taiping sebagai penceramah Bual Bicara Tatabahasa dan Penulisan Sajak Bahasa Melayu untuk guru-guru Bahasa Melayu Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan di Dewan Pendeta, SMK Klian Pauh, Taiping. Kemudian, terima pula panggilan daripada Pengurus Pasukan Bola Keranjang L18 MSSD Batang Padang agar bersiap siaga untuk menunggu kepulangan kontinjen (seorang daripada ahli kontinjen murid MES) daripada Kejohanan Bola Keranjang MSSPK 2012 - Teluk Intan di SMJK Choong Hua Bidor. Maka, meluncurlah BMW Kelisaku meredah senja dan malam yang mendinginkan sesudah hujan turun sepanjang petang, 18 Februari 2012.

Thursday, February 16, 2012

YAB MB PERAK TURUN PADANG KE MES






















16 FEBRUARI 2012 - SMK METHODIST, 35900 TG.MALIM

Wednesday, February 15, 2012










Pendaftaran ahli MES Alumni juga boleh dibuat pada 26 Februari 2012 (Ahad), yakni mulai pukul 10.00 pagi di Dewan MES. Datanglah beramai-ramai - anak kandung MES Tg. Malim! Daftar, bermesyuarat, bertemu dengan sahabat, yang tua dan yang muda sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dan muhibah. Selamat Datang! Salam 1 Malaysia. Salam 1 MES!

Sunday, February 12, 2012

Watak dan Perwatakan dalam Novel 6:20


















Analisis Novel : 6.20
Penulis : Siti Jasmina Ibrahim
Tajuk : Watak dan Perwatakan

Watak dan perwatakan:
Nur Sukma Binti Haji Syakir
. Watak utama
. Anak tunggal perempuan Haji Syakir dan Puan Delia
. Berusia 19 tahun
. Penuntut jurusan Sains Politik dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam
. Guru tarian zapin
Cth: Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga 12 tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya.
. Bersimpati terhadap orang lain
Cth: Sukma berasa simpati akan wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya
. Taat akan perintah ibu.
Cth: Suria menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu
misteri yang berada di luar rumahnya.
. Merendah diri
Cth: Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya
. Taat kepada perintah Tuhan
Cth: Walaupun sibuk akan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat pada setiap waktu.
. Berani
Cth: Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab itu.
. Memiliki sikap setia kawan
Cth: Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya, Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi pemikiran barat.
. Degil
Cth: Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi diadakan.
. Gigih berusaha
Cth: Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2.
. Baik hati
Cth: Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya.
. Bersikap prejudis
Cth: Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya.

Watak dan perwatakan :
Puan Delia
. Ibu Sukma dan isteri Haji Syakir
. Seorang yang berhati-hati
Cth: Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan isteri muda di hadapan pagar rumahnya.
. Menghormati tetamu
Cth: Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq.
. Pernah bekerja di sebuah syarikat besar
. Seorang yang berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.
. Penyayang
Cth: Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah buku kerana risau akan diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.
. Penghidap penyakit darah tinggi
Cth: Doktor menasihati Puan Delia agar berehat di rumah.
. Seorang perisik
Cth: Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.

Watak dan perwatakan:
Tuan Haji Syakir
. Seorang yang bertanggungjawab
Cth: Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah.
. Bersikap prihatin
Cth: Beliau berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.
. Taat akan perintah Tuhan
Cth: Walaupun sibuk akan urusan harian, beliau tetap menunaikan solat pada setiap waktu.
. Berjasa kepada rakyat
Cth: Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap mereka.
. Seorang yang tidak emosional
Cth: Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dan Puan Delia.
. Bertolak ansur
Cth: Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke kelab WX2 seorang diri.
. Pandai memujuk
Cth: Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya.

Watak dan perwatakan:
Iskandar
. Sahabat Sukma di sekolah menengah
. Gemar memberontak ddan pesimistik
. Seorang lelaki yang ego
. Tertarik akan Sukma
. Bertaubat dengan kesalahan yang telah dilakukan
. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2

Watak dan perwatakan:
Kak Ros
. Jiran keluarga Sukma
. Seorang Inspektor polis
. Berusia dalam lingkungan 30-an
. Seorang yang cekal dan tabah
. Hidup bersendirian tanpa ibu bapanya
. Berani menjalankan tugas

Watak dan perwatakan:
Rafiq
. Berasal dari Washington
. Pelajar cemerlang dari Amerika
. Pelajar baharu di universiti Sukma
. Berperwatakan sederhana
. Lelaki yang menyenangkan dan berwajah ceria
. Ikut ayahnya berpindah ke Malaysia
. Bersemangat setia kawan
. Tertarik akan Sukma
. Baik hati
. Mudah dibawa berbincang
. Bersikap rendah diri

Watak dan perwatakan:
Teja
. Mahasiswa di institut pengajian tinggi awam
. Teman karib kepada Sukma sejak berusia 13 tahun
. Sedikit nakal dan gila-gila bahasa
. Sahabat yang prihatin akan masalah yang dihadapi oleh sahabatnya
. Taat akan kedua-dua ibu bapanya

Watak dan perwatakan:
Remy
. Berketurunan Iban
. Seorang penari daripada Kumpulan Waris Cinta
. Mahir segala jenis tarian tradisional
. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi
. Menimba ilmu hanya daripada pembacaan
. Lemah-lembut, berbudi bahasa dan terlibat dengan kumpulan WX2

Watak dan perwatakan:
Jerry
. Berusia 19 tahun dan sahabat kepada Sukma
. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma
. Taat akan perintah kedua-dua ibu bapanya
. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya
. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan
. Baik, boleh dipercayai, tidak pernah menyusahkan keluarga dan terlibat dengan kumpulan WX2

Watak dan perwatakan:
Wanita Tua
. Wanita tua yang berdikari
. Sayang akan cucunya
. Bidan kepada Sukma
. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma
. Ada seorang anak lelaki yang sudah meninggal dunia
. Menjual buah di pasar untuk menyara kehidupannya
. Tabah membesarkan anak seorang diri
. Berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya

Watak dan perwatakan:
Abang Aim
. Kurus badannya, melengkung, berkulit gelap dan lemah
. Penghidap Aids dan bekas kumpulan WX2
. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang
. Tinggal di belakang rumah Tok Siak
. Menceritakan pergerakan WX2 yang menggunakan pati 1 dan dadah untuk mempengaruhi
pengikut mereka

Watak dan perwatakan:
Aim Kecil
. Anak yatim piatu yang berusia 5 tahun
. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berumur 2 tahun
. Matang walaupun masih kecil
. Mendengar kata dan sayang akan neneknya

Watak dan perwatakan:
Su Ani
. Ibu saudara Teja
. Pemilik kafe flora
. Berkahwin dengan Su Rawi
. Pemurah dan baik hati
. Mesra dengan kanak-kanak

Watak dan perwatakan:
Pak Rashid
. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun
. Berpakaian kemas, berbaju kemeja putih dan berseluar hitam
. Pandai menyimpan rahsia
. Prihatin akan diri Sukma
. Baik hati

Watak dan perwatakan:
Erman
. Ketua kumpulan Waris Cinta
. Kumpulan penari tradisional Sarawak
- Seorang yang peramah

Hasil kerja Kumpulan 2:
Ketua Kumpulan:
Danarajan
Ahli Kumpulan:
Emir Uzair bin Shuhaimi
Khairun Nisa
Leong Yien Leng

Saturday, February 11, 2012

Teknik Plot dalam Novel 6:20


















Analisis Novel – 6:20
Penulis – Siti Jasmina Ibrahim
Tajuk: Teknik Plot

(i)Teknik Pemerian
Pengarang memerihalkan sikap ibu Sukma yang dahulunya merupakan seorang wanita yang begitu disegani dan dihormati tetapi sikapnya itu berubah setelah beliau berhenti kerja. Contoh:-
 Ibu wanita yang disegani dan dihormati kerana kebjaksanaan, kelembutan dan kesederhanaannya dalam melakukan apa-apa sahaja. Semasa ibu masih bekerja di sebuah syarikat besar yang mempunyai cawangan di serata dunia, hidupnya teratur dan berdisiplin. Dia teliti dan amanah orangnya. Saya yakin ada sikapnya yang tumbuh subur dalam diri saya. Mungkin juga setelah berhenti kerja ibu berasa sedikit tertekan. (Hal.24)
(ii)Teknik Dialog
Terdapat banyak dialog antara watak termasuklah antara Sukma dengan Iskandar. Contoh:-
 “Sentiasa hendak melarikan diri daripada saya!” Iskandar cuba menghalang laluan saya.
 “Kalau dah tahu, eloklah. Duduk dengan Ehsan lagi aman.” (Hal.39)
(iii)Teknik Imbas Kembali
Terdapat beberapa peristiwa telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya termasuklah ketika nenek tua menceritakan kisah lalu antara dia dengan ibu Sukma ketika Sukma masih kecil lagi. Contoh:-
 Nenek Aim menyambung cerita lagi. Dia kerap juga datang melawat saya sehingga umur saya empat tahun.Waktu itu berlaku sesuatu antara nenek dengan ibu. Dia mengesat air mata, seakan-akan tidak berdaya hendak menyambung kisah silamnya. Nafasnya kedengaran sesak. (Hal.175)
(iv)Teknik Monolog Dalaman
Sukma terfikir akan Iskandar yang tidak pernah bersikap lembut terhadap dirinya. Sukma juga menyatakan kepada dirinya agar memikirkan perkara lain yang lebih penting daripada perihal Iskandar. Contoh:-
 “Ah, bagaimana pula jawapannya indah?” Itu Iskandar dan dia tidak pernah berdamai denganku! Dia sengaja. Dia tahu apa-apa yang dilakukan sebenarnya. Dia sengaja. Sudahlah tu, Sukma. Banyak perkara lagi yang perlu difikirkan. Lupakan!” Suara itu jelas melantuni ruang minda. (Hal.94)

Ahli Kumpulan:-
Navindran a/l Pani Chlavam (Ketua), Vivian Kuang, Nor Faraheeda bt. Mohd Rahmat, Nurul Shahiera bt. Abdullah dan Siti Nor Azura, Tingkatan 3 Thankfulnes, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim.

Wednesday, February 8, 2012

Rumah Terbuka TBC 2012



















Penulis bersama-sama Pengetua dan barisan kepemimpinan Lembaga Pengelola Sekolah/PIBG, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim baru kembali menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2012 anjuran MCA Bahagian Tanjong Malim pada 8 Februari 2012 di Dewan Ku Kong Chow, Tg. Malim. Tetamu Kehormat - YBhg. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA Malaysia.

USIA





















kata sahabatku
usia sekadar mainan angka
antara genap dan ganjil

usia, kata sahabatku lagi
adalah himpunan pengalaman
yang sesekali menduga lautan cabaran
adalah asam garam kehidupan
yang sesekali membahagiakan kenangan

lewat senja usia ini
masih matangkah aku
atau mudah kalahkah aku
di medan perjuangan?

usia, barangkali sebenar-benarnya
mahu kita hidup dalam mangkuk gembira
mahu kita hidup dalam cawan bahagia
teladannya kebaikan
sempadannya keburukan
amar makruf nahi mungkar
sebelum kita pasrah
kepada-Nya
di pertengahan pengembaraan
atau
di hujung noktah perjalanan

terima kasih Tuhan
kerana memberikan nur kehidupan
dalam hidayah-Mu!

Chai Loon Guan,
MESA Tg.Malim.

(Sumber: Mingguan Malaysia - 19 Februari 2012)

Tuesday, February 7, 2012

Seni













Ilham cipta Sdra. Adios - MESA Tg.Malim.

Senior - Junior MESA
















Pertemuan Alumni Senior - Junior MESA pada 6 Februari 2012 di PJ Hilton. Cikgu David Kok (duduk nombor dua dari kiri - berbaju gelap) - guru SRJK Methodist, 35900 Tg. Malim ketika saya masih di bangku sekolah rendah, yakni sekitar 1967 - 1972.

Kata Sendi dan Kata Hubung "dengan"

Perkataan `dengan’ sebagai kata sendi nama dan kata hubung

Banyak pengguna bahasa Melayu yang tidak menyedari bahawa perkataan `dengan’ dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan juga kata hubung pancangan keterangan cara dalam bahasa Melayu. Lihatlah penggunaan kata sendi nama `dengan’ seperti ayat yang berikut:

1. Kakak ke pasar dengan ibu.
2. Masalah tersebut dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak.
3. Ayah menggali lubang itu dengan penggali.
4. Orang itu tidak sependapat dengan saya.

Selain itu, kata sendi nama juga dapat berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan cara seperti yang terdapat dalam ayat yang berikut:

5. Murid itu ke sekolah setiap hari dengan menaiki bot.
6. Mereka menangkap ikan di sungai itu dengan menggunakan jaring.
7. Yang melukis dengan menggunakan kaki itu pemuda cacat .
8. Dengan menggunakan kasut itu, lariannya sangat pantas.

Ayat (5) hingga (8) di atas, boleh juga diungkapkan seperti ayat yang di bawah ini apabila berlaku pengguguran.

5(a) Murid itu ke sekolah setiap hari dengan bot.
6(a) Mereka menangkap ikan di sungai itu dengan jaring.
7(a) Yang melukis dengan kaki itu pemuda cacat .
8(a) Dengan kasut itu, lariannya sangat pantas.

Apabila kata kerja seperti `menaiki’, dan `menggunakan’ digugurkan dalam ayat tersebut, ayat majmuk pancangan keterangan cara tadi telah bertukar menjadi ayat tunggal yang menggunakan kata sendi nama `dengan’.

Oleh hal yang demikian, pendapat yang mengatakan bahawa ayat (5) hingga (8) sebagai ayat yang lewah tidak benar. Sebagai pengguna bahasa Melayu, kita mestilah dapat membezakan ayat tunggal dengan ayat majmuk yang terdapat dalam bahasa Melayu. Jika kita membuat analisis, ayat (5) di atas terdiri daripada dua ayat tunggal, iaitu:

5(b) Murid itu ke sekolah setiap hari
5(c) Murid itu menaiki bot.

Apabila kedua-dua ayat 5(b) dan 5(c) digabungkan, ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk pancangan keterangan yang di bawah ini:

5.Murid itu ke sekolah setiap hari dengan menaiki bot.

Sebagai kesimpulannya, perkataan `dengan’ dalam bahasa Melayu mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai kata sendi nama dan juga sebagai kata hubung pancangan keterangan cara. Oleh itu, semua pengguna bahasa Melayu mestilah mendalami kata sendi nama dan kata hubung yang terdapat dalam bahasa Melayu. Ingatlah bahawa banyak kata sendi dalam bahasa Melayu yang berfungsi sebagai kata hubung.

(Sumber: http://agy7500.blogspot.com/)

Monday, February 6, 2012

Duta Kecil
















Anak-anak nusa bangsa Malaysia menyertai Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa 2012 di Korea Selatan. Duta kecil tanah air di perantauan.

Sunday, February 5, 2012

Saturday, February 4, 2012

Madah Pujangga

MESA Tg.Malim

Sumbangan ADUN Behrang 2012

















Sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2012 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Behrang (N59) di Dewan MDTM Pekan Behrang Stesen pada 4 Februari 2012 (Sabtu), YB En. Jamaluddin bin Mohd Radzi (ADUN Behrang) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 10,000.00 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Methodist, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan. Terima kasih, YB. Jasa YB kami kenang. Salam Perak Aman Jaya.- MMS MDTM Tg. Malim.

Thursday, February 2, 2012

MDTM TURUN PADANG




















SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN:

Bagi pihak Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG, SK Methodist, Tg. Malim dan SMK Methodist, Tg.Malim, saya merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Puan Siti Azura bt. Haji Juki , Setiausaha Majlis Daerah Tg.Malim, YBrs. Encik Yee Jee Kwong, Ahli Majlis Tg.Malim dan pegawai-pegawai MDTM atas kesudian dan daya usaha mereka yang proaktif untuk turun padang ke sekolah pada 8.30 pagi bersamaan 2 Februari 2012 (Khamis).

Kehadiran mereka bertujuan untuk meninjau, bermusyawarah dan mencari jalan penyelesaian berhubung dengan masalah banjir (hampir satu dekad lamanya), sistem perparitan, pagar, kebersihan dan keselamatan murid-murid di kawasan yang menempatkan tiga buah sekolah, iaitu Tadika Methodist, SK Methodist dan SMK Methodist, Tg. Malim. Jasa baik tuan-tuan dan puan-puan amat saya/kami hargai dan didahului ucapan terima kasih. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Perak Aman dan Jaya. Salam tulus ikhlas daripada saya - MMS MDTM 2011-2012.