Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, December 7, 2012

Sajak - Dirgahayu Gentingku




Dirgahayu Gentingku
(buat MD(Bahasa), MD(Sastera) dan MD(Jawi) bersempena dengan Muzakarah Munsyi Dewan pada 28 November – 01 Disember 2012 di IAB, Genting Highlands)

Bahasa indahmu, alam
Menggodaku
Dingin beningmu, alam
Melamarku
Melodi puisimu, alam
Menyapaku
Ceria indahmu, alam
Membelaiku

Tanah Tinggi Genting
Landskapmu
Mengalirkan ilham rindu
Penyair
Flora dan faunamu
Menzahirkan puisi syadu
Mata air

Dirgahayu Gentingku
Di sini, masih dapat kukutip
Erti kedamaian
Di sini, masih dapat kuhirup
Makna ketenangan
Di sini, masih dapat kuhayati
Bahagia kehidupan
Di sini, masih dapat kutatapi
Lestari kehijauan!

Chai Loon Guan,
IAB, Genting Highlands
28 November – 01 Disember 2012.


No comments: